Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.' "

(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)


Sunday, April 17, 2011

Hari-hari Yang Dilalui..........


بسم الله الرحمن الرحيم
' Ya Allah...
Hari-hari yang aku lalui semakin mencabar. Sungguh mencabar. Sangat mencabar. Mampukah aku menetapkan prinsipku? Mampukah aku untuk terus berdiri teguh di atas landasan yang bengkok? Mampukah aku??

Untuk menjadi gagak putih dalam kalangan gagak hitam memang sesuatu yang mustahil untuk dilakukan terutama bagi hamba Allah sepertiku...Terlalu banyak kelemahan... Tetapi aku tahu, untuk menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah bukan sesuatu yang mustahil.. Semua orang boleh buat termasuk AKU.


Ya Allah...
Bagaimana...? Berikanlah petunjuk-Mu. Sungguh ya Allah, aku benar-benar tertekan... Keadaan semakin rumit... Mampukah aku untuk terus menguatkan iman dalam kalangan teman-teman yang kurang menjaga pergaulan? Yang tidak memegang amanah sebagai pelajar? Yang melanggar perintah Allah supaya menghormati guru? Yang tidak bekelakuan seperti muslim atau muslimah yang CUBA mentarbiyah diri? Sungguh ya Allah... Aku benar-benar perlukan pertolongan daripada-Mu... Tetapi, mampukah aku untuk terus berdiri dengan penuh dedikasi... Mampukah...

Sudah berpuluh-puluh atau mungkin juga beratus-ratus kali aku menghadapi keadaan seperti ini...

"Eh, you dah siap homework hari tu punya? Nak pinjam kejap boleh? Nanti I pulangkan balik."

"Eh, em, awak dah siap kerja sekolah? Tengok jap. Tak taulah nak buat macam mana. Lagi pun busy semalam."

"Esok tolong bawak buku BM ek. I tak siap lagi. Tak tau nak buat macam mana. Peninglah.. Banyak sangat homework."

Ayat serupa. Matlamat juga serupa. Matlamat untuk mengadakan 'acara tiru-meniru'. Dan 'acara' ini sering kali berulang, berulang dan berulang.

Ya Allah...
Aku tidak kisah jika teman-temanku hendak meminta bantuan daripada aku untuk menerangkan soalan-soalan atau mata pelajaran yang mereka tidak faham atau tidak tahu. Tetapi mengapa mereka sering mencari jalan mudah dengan cara MENIRU kerja orang lain? Aku bukan berkira ya Allah... Bukan... Cuma mereka tidak BERUSAHA. Yang mereka tahu, 'kalau tak siap, meniru....' dan yang menjadi 'MANGSA' ialah aku...

Ya Allah...
Adakah aku terlalu berlembut dengan teman-temanku sehingga mereka pijak kepala aku? Atau mungkin juga aku terlalu memendam apa yang aku rasa? Dan yang menjadi pendengar setia ialah Engkau ya Allah... Dan apa yang aku risaukan sekarang ialah apabila 'pendam menjadi dendam'. Nau'zubillahiminzalik ya Allah... Aku tidak mahu sifat itu ada di dalam diriku... Bersihkanlah hatiku...


Ya Allah...
Kadangkala aku bosan dengan sikap mereka. BUKAN dengan mereka tetapi dengan sikap mereka. Apabila meniru, sudah tentu tiada usaha. Jika hendak menuntut ilmu perlu ada USAHA. Barulah ada kesungguhan yang sebenar.


Ya Allah...
Kuatkanlah imanku untuk terus menegakkan syiar Islam di sekolahku. Menjaga peribadiku sebagai seorang wanita Islam dalam kalangan teman-temanku yang kurang memahami 'batas-batas pergaulan dalam Islam'... Kuatkanlah aku ya Allah... Kuatkan diriku, imanku, jasadku dan emosiku... Berikanlah petunjuk-Mu di setiap langkahku... Aku sangat memerlukan-Mu... '

Air mata Nasuha mengalir deras apabila menulis ayat 'Aku sangat memerlukan-Mu' di dalam diarinya.

 Menyedari akan hal itu, Nasuha berhenti seketika untuk menyeka air matanya yang mengalir. Air mata yang sungguh berharga itu sudah pun menitik di atas diarinya. Pilu sungguh hatinya. Terlalu kecewa. Jika ditatap matanya, memang akan terlihat kesedihan yang sangat dalam. Kekecewaan yang sangat memilukan dan sepasang mata yang penuh dengan pengharapan.

Setelah menyeka air matanya, Nasuha menyambung luahan hatinya di dalam diari.

' Ya Allah...
Mencabar sungguh dunia-Mu ini ya Allah sehinggakan kadang kala aku juga seolah-olah ragu dengan rahmat-Mu. Terlalu mengharapkan pergantungan kepada manusia. Yang akhirnya akan mengundang kecewa.

Ya Allah...
Terlalu banyak perkataan-perkataan yang tidak baik yang keluar daripada mulut teman-temanku dan yang menjadi 'pendengar' kepada perkataan-perkataan tersebut ialah aku. Walaupun aku hanya pendengar dan mereka tidak pernah mengucapkan perkataan-perkataan yang tidak baik kepadaku, tetapi aku sangat kecewa dan terkadang aku tertanya,

"Inikah teman-teman yang mampu membimbing aku untuk menuju ke jalan-Mu? Menuju syurga-Mu? Teman-teman yang mampu mendekatkan diriku kepada-Mu? Teman-teman yang mampu mentarbiyah aku di samping mentarbiyah diri mereka juga? Inikah ya Allah..."


Sungguh ya Allah... Hanya Engkau yang memahami perasaanku. Yang memahami isi hatiku. Perkataan-perkataan ini sering kali terhambur keluar daripada mulut mereka, tidak kira lelaki atau perempuan, sama saja. Tiada beza.

" B@b$lah kau! "


"Bodohlah kau ni. Janganla buat macam tu !"


"Shit! Damn it!"


"Taik betul la!"


"Bangang sial....!"


"What the hell???!!"


"What the f@#k??!!"


"F@#k/ng man !!"


Ya Allah...
Kuatkanlah imanku. Bantulah aku untuk menguatkan imanku. Hanya Engkau yang dapat membantu aku. Aku tidak kuat untuk berdiri seorang diri tanpa adanya pertolongan daripada-Mu... Sangat benar kata pujangga,

"Seseorang yang cuba mendekatkan diri kepada Allah, akan terasa asing di tengah-tengah manusia."

Dan kini ya Allah, aku sangat mengerti perkataan 'asing' itu... Sangat mengerti.

Ya Allah...
Kadang kala aku juga ingin berkongsi pendapatku dengan teman-teman yang sekepala denganku. Yang ingin berkongsi suka duka denganku. Yang mampu memberi inspirasi kepadaku. Tetapi bagaimana ya Allah jika cara pemikiran aku dan teman-teman sungguh berbeza? Bagaimana ya Allah... Bagaimana...

Ya Allah...
Aku cuba untuk mengajak mereka ke jalan-Mu, tetapi ya Allah, payah sekali walau aku cuba berlembut, cuba mengajak mereka dengan cara yang halus... Aku cuba ya Allah, tetapi apakan dayaku, aku tidak berjaya... Mungkin kerana aku terlalu banyak dosa dan terlalu banyak kelemahan... Maafkan aku ya Allah... Aku tidak sehebat Asiyah, tidak pula sekuat Sumayyah... Maafkan aku...


Ya Allah...
Hampir setiap hari kulihat kemungkaran berlaku di depan mataku. Lelaki dan perempuan yang bergelak ketawa bersama-sama. Mampu juga tergelak besar dan terbahak-bahak bersama-sama. Ada juga yang berkongsi masalah peribadi yang terlalu peribadi bersama mereka yang berlainan jantina... Di manakah cara hidup Islam diletakkan? Di mana ya Allah... Perasaan malu juga sudah tidak diambil kira. Lelaki dan perempuan duduk rapat-rapat bagai tiada dosa dan pahala. Bisik-bisik ke telinga masing-masing untuk berkongsi cerita. Apabila ditegur, mereka berkata,

"Kawan je kot... Bukannya kami buat apa-apa pun...Lek luuuuuuuu..."

Nau'zubillahiminzalik ya Allah...
Nauzubillahiminzalik...

Ya Allah...
Mampukah aku untuk terus bertahan?? Mampukah aku ya Allah... Aku benar-benar rasa keseorangan tanpa teman yang mampu menasihati aku untuk sentiasa mengingati-Mu di setiap detik dan waktu...


Ya Allah yang Maha Mengetahui... Hari ini aku sudah pandai tersenyum apabila ada lelaki-lelaki yang mengusik, ada lelaki-lelaki yang membuat lawak di depanku... Dan kadang-kadang tergelak kecil... Maafkan aku ya Allah... Ampunkan aku... Aku juga sangat kecewa dengan diri ini... Dan sebab itu, aku mula tertanya dan bertanya kepada diriku, mampukah aku?? Mampukah aku untuk terus istiqomah dalam persekitaran seperti ini... Mampukah aku... Mampukah... "

Nasuha menangis teresak-esak. Tangisan yang penuh syahdu. Terlalu banyak perkara yang dipendamnya dan tidak mampu diluahkan.

Nasuha mengemas diarinya sambil menangis tersedu-sedan. Pilu sungguh hatinya. Satu jam dia menelaah diarinya selepas pulang dari sekolah pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

Bibir Nasuha terkumat-kamit beristighfar.

'Aku tidak seharusnya meragui-Mu... Ya Allah... Maafkan aku...' , getusnya di dalam hati.


Firman Allah S.W.T :

Pada hari itu (hari kiamat), sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).
[ Surah Az-Zukhruf : Ayat 67 ]


****************************************************

Wahai hamba-hamba Allah sekalian...

Mungkin ada di antara kamu semua yang pernah mengalami situasi seperti Nasuha. Mungkin saya, mungkin kamu dan mungkin hamba-hamba Allah di luar sana.

INGAT. Saya bukan sekadar bercerita. Ada mesej yang saya ingin sampaikan disebalik cerita itu. Tetapi, tidak perlu tertanya-tanya dan bertanya,

"Eh, ini cerita betul ke??"

Tak perlu. Apa yang perlu sekarang ini, hayatilah kisah di atas. 

Inilah 'kehidupan'. Semua tidak terjangkau di fikiran dan tidak di duga. Ada yang memeritkan. Ada yang membahagiakan.

Saya harap, saya dan kamu dapat menguatkan diri walau diri kita diuji dengan ujian seberat mana sekalipun kerana semakin kuat diri kita, semakin kuat ujian yang Allah akan berikan. Tetapi, Allah tidak akan menguji hamba-hamba yang mengaku TAAT kepada-Nya dengan ujian yang hamba-Nya tidak mampu untuk memikulnya. Insha Allah, saya dan kamu BOLEH hadapi kenyataan bahawa inilah KEHIDUPAN !

Kita semua sebenarnya MAMPU ! Mudah-mudahan Allah mudahkan jalan kita untuk menuju ke JALAN YANG LURUS.. Insha Allah.... ~

~ Jadilah orang yang berpijak di bumi namun cita-cita tergantung di langit nan tinggi ~

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...