Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.' "

(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)


Tuesday, April 5, 2011

Badai Kekecewaan

 
 
Kecewa sungguh dengan manusia,
apabila menabur jasa, habis diungkit seantero dunia,
apabila diberi bunga, habis dilempar tahi ke muka,
apabila diberi budi, katanya tak ikhlas memberi,
apabila dijawab, katanya tak mengenang budi,
apabila tak dijawab, katanya " tahu takut aku lagi hebat, aku lagi tinggi "
apabila diminta cuba memahami dan saling memberi," aku sendiri tak cukup lagi.. asyik-asyik aku kena faham.. kau bila lagi?? "

Aduh....
memang kecewa dengan manusia,
manusia ciptaan ALLAH berakal tinggi, bersekolah tinggi,
yang menentukan tetap sekeping hati.....

tetapi.....
syukur ALLAH tidak pernah mengecewakan,
apabila berjasa, pinta-NYA ialah taatilah AKU....
tetapi.....
cuma diriku yang masih tidak mahu mengerti....
 
 
Ya Ilahi....
tumbuhkanlah bunga dalam diri ini,
agar dapatku memberi seikhlas hati...
ikhlas memberi walau disakiti..
ohhh... payah sekali.....
belum ditadah tangan, sudah tahu isi hati,
DIALAH paling memahami apa yang terkandung di dalam hati.....

Aduh..
Tuhan sendiri tidak pernah kecewa dengan manusia,
memberi, menyayangi, merahmati dan melindungi,
walau DIA sendiri tahu, bukan semua akan mentaati........

~ sekadar nukilan di malam hari, oleh kakakku, Kartini Sri Dewi bt. Birkamsin ~
 

Firman Allah S.W.T :

Janganlah kamu bersedih hati oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah S.W.T. Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
[ Surah Yunus : Ayat 65 ]
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...