Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.' "

(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)


Wednesday, July 11, 2012

Coretan : Hati Yang Mendung

"Cuaca yang mendung, lalu turunlah hujan membasahi bumi.
Ibarat hati yang mendung, lalu turunlah air mata membasahi pipi."


Doa ketika hujan :
Allahumma soyyiban nafi'a - Maksud : Ya Allah, jadikanlah hujan ini, hujan yang bermanfaat.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari)


Doa ketika sedih / berdukacita :
Allahummazhib 'Annil Hammi Wal Hazan - Maksud : Ya Allah, hilangkankanlah kesedihanku dan kesusahanku.


atau :-



-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sejak beberapa hari ni, mudah sangat rasanya air mata nak mengalir. Mudah sangat hati ni terkecil. Maksudnya, kecil hati la. 

'Mungkin sebab aku selalu mengecilkan hati orang, so, orang pun balas baliklah, kan?', kata hati saya.

"What goes around, comes around."

Bila tak dapat nak meluahkan kemarahan, mesti menangis.
Bila tak dapat nak berterus terang, mesti menangis.
Bila pendam, mesti menangis.
Bila diluahkan, pun menangis.
Bila gembira, menangis.
Bila sedih, lagilah nak menangis.
Bila rasa kesal, kecewa, dan apa-apa yang sewaktu dengannya, mesti menangis.
Bila terharu, menangis jugak.


So, tindakan mana satu yang patut saya ambil? Luahkan, pendam? Entahlah, tapi saya rasa, pendam lebih baik kot. Biarlah saya yang rasa perit, kalau itu dapat jaga lidah saya supaya tak keluarkan kata-kata yang kasar.

Tapi, bila tak dapat nak pendam, termarah la jugak. Termengalirlah pulak air mata ni kat pipi. Lalu, terjadilah tindakan yang tak diingini daripada diri sendiri. Lidah yang tak bertulang ni, kadang-kadang, termengumpat jugak, terkeluar jugak kata-kata yang agak kasar (orang tengah marahkan, tentulah susah nak mengawalnya kadang-kadang tu).

Bila tengok balik pada diri sendiri, memang terlalu banyak kelemahan yang masih tak berjaya untuk diperbaiki. Banyak sangat. Tapi, syukurlah, masih ada yang sudi menegur. Walaupun, time orang tegur tu, rasa macam agak tersentak, tapi Alhamdulillah, masih ada yang berani membetulkan tindakan kita yang kita rasa macam dah betul dan menepati syaria't.

Kakak saya pernah beritahu saya, 
"Jangan lihat pada SIAPA yang berkata, tapi lihatlah pada APA yang dia kata."

So, dalam keadaan saya ni, 
"Lihatlah pada APA yang ditegur, bukan SIAPA yang menegur."

Sebab...
Semua manusia tak sempurna termasuk saya. Jadi, masing-masing diberi kelebihan dan kekurangan yang berbeza-beza supaya saling melengkapi, saling menasihati, dan saling bertoleransi.

Kalau kata, kita betul-betul nak cuba memperbaiki diri, kita kena terima teguran. Mungkin kadang-kadang kita rasa susah nak terima, tapi didiklah diri untuk mudah menerima teguran. Hati ini perlu dididik supaya dapat membentuk diri yang baik dalaman dan luaran. InsyaAllah. 

Mungkin kadang-kadang ayat ni yang ada dalam fikiran kita bila ada seseorang menegur kesalahan kita.
"Eleh. Macamlah dia bagus sangat nak tegur orang macam tu. Nak berlagak baik pulak kat sini. Dia pun lebih kurang jerrrr.. Poyo giler!"

Macam yang saya bagitau tadi, manusia ni memang tak sempurna. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan  tersendiri supaya apa? Supaya, kita dapat menasihati antara satu sama lain.

Firman Allah SWT :
"Demi masa. Sesungguhnya, manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, yang saling menasihati ke arah kebaikan dan kesabaran."
(Surah Al-Asr, ayat 1-3)

Hidup ni, memang kena banyak bermujahadah. Mujahadah yang paling besar ialah mujahadah melawan NAFSU. 

Susah memang susah. Saya tahu dan sangat faham. Saya pun selalu tak berjaya dalam bermujahadah bagi sesetengah perkara. Tak apa, cuba lagi sampai berjaya. Keep trying!


Sebenarnya, bila saya buat silap, buat kesalahan yang saya rasa susah sangat nak maafkan diri sendiri, timbul perasaan nak berhenti berdakwah. Timbul perasaan nak berhenti daripada menyebarkan kebaikan sebab saya sendiri tak baik pun! Tapi suruh orang lain buat baik...?

"Cakap tak serupa bikin."
"Poyo."
"Berlagak baik."
"Bajet."

Mungkin itulah kata-kata yang terpacul di mulut sesetengah orang kepada saya (bukan nak buruk sangka, cuma, saya rasa, mungkin ada yang terfikir macam tu, sebab saya tahu dan sangat mengerti yang saya ni tak baik).

Pernah satu masa ni, terbayang kat fikiran, nak delete blog 'Jalan Yang Lurus' ni. Nak delete Facebook account, nak delete semua Islamic post yang saya buat.

Tapi bila fikir-fikir balik, buat apa nak ikut perasaan? Islam itu tak pernah memberatkan umatnya. Allah itu, Maha Pengampun sifat-Nya. 

"Selagi masih ada NYAWA, selagi itu kita punya KESEMPATAN untuk kembali kepada-Nya."

'Andai rebah, bangkitlah! Usah mengalah... Usah lelah... Ayuhlah bermujahadah... Kitakan ada Allah.... Hasbiyallah.....', bisik hati saya disaat saya rasa down sangat-sangat-sangat.

Kata-kata ni, menenangkan  saya :-


Saya nak cari semula diri saya yang dulu (waktu saya mula-mula berubah dulu).

Dikala itu,
Ketenangan sentiasa menular dalam diri. 
Ketegasan merantai diri. 
Prinsip mengikat diri. 
Keimanan menyelimuti diri. 
Ketaqwaan menyelubungi diri. 
Kekhusyukan menemani diri ketika menghadap Ilahi....

Namun, kini...
Semua itu semakin melangkah pergi...
Saat 'cinta dunia' mula terbit dalam diri...
Hati mula dikotori...
Kematian semakin dilupai...
Azab akhirat buat tak peduli....
Aduh...!
Sampai bila hendak begini.....?

Astaghfirullaha 'azhim...

Jom baca doa taubat ni.... :-


Saya sebenarnya, takut sangat-sangat-sangat bila orang pandang tinggi pada saya. Sebab, saya tak bagus pun. Betul saya cakap, saya tak bagus pun.

"Jangan pandang tinggi pada saya, kalau pandang sebab saya tinggi, takpe.... Huhu"

Saya harap, orang membaca coretan ini, doakanlah saya dapat cari semula identiti diri saya yang dahulu. Nak dapatkan semula KETENANGAN HAKIKI.

Saya doakan, awak semua, dapat istiqomah dalam melakukan kebaikan ya...
Jangan jadi macam saya...

Wassalam...






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...