Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.' "

(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)


Friday, April 8, 2011

Banit dan Banat


BANIT & BANAT

Marilah kita berfikir sejenak
Jika kita ini tidak benak
Datanglah sang hawa menghadap
Pelbagai cara ke banit dengan mengharap
Apakah dapat dihalang
Jika fitnah paling besar mendatang
Sungguh aku mengaku
Bahwa banat mudah menaikkan nafsu
Sesuai dengan bersabdanya Nabi Muhammad
Bahawasanya nisa' itu fitnah besar yang kuat
Jangan kita berani mencabar
Akan hasutan syaitan yang besar
Tiadalah manusia dapat melawan
Melainkan dengan bantuan Tuhan

Bagaimana pula datangnya si Adam
Dengan cara seperti menerkam
Wahai banat, aku memberi amaran
Bahawa godaan kami ibarat harimau kelaparan
Janganlah kau cuba beri laluan
Sekalipun hanya dengan sapaan
Sungguh ku kata tiadalah kami berani "masuk"
Apatah lagi mahu "mengetuk"
Maka jangan kau sekali-kali membiarkan "tidak berkunci"
Lebih-lebih lagi dibiarkan buka dengan "tidak berpenghuni"
Semuanya ini sudah terbukti
Lihat sahajalah zaman ini
Bagi yang sudah menjaga batasan aurat
Janganlah kau pula yang nakal mengorat

Muslimin muslimat tino jante lelaki perempuan
Mereka ibarat magnet yang berpautan
Jika betul antuma ingin dicantumkan
Maka ikutlah cara syari'at bukannya cara syaitan.....
**************************************************

[ Sedikit perkongsian yang saya buat untuk pembaca sekalian. Puisi ini bukan rekaan saya, tapi saya terbaca di Facebook. Saya tak pasti siapa 'pemiliknya', tapi lepas saya terbaca, saya tertarik dan ingin menarik orang lain untuk membacanya. Jadi, saya kongsi di blog saya... ^ ^
Semoga bermanfaat... Insha Allah ~

Renung-renungkanlah ~ Wassalam... ^ ^  ]



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...