Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.' "

(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)


Wednesday, April 6, 2011

Aku Mengagumimu Wahai Pemuda



Tutur katamu,
Lembut bicaramu,
Tingkah lakumu,
Bisa membuat manusia terpaku,
Terpaku dengan akhlak muliamu...

Tak kusangka wahai pemuda,
Dalam kegagahanmu,
Terselit kelembutan yang mempesona...

Tak kuduga wahai pemuda,
Dalam ketaatanmu,
Terselit ketabahan yang penuh bermakna...

Tak kujangka wahai pemuda,
Tika keadaan kian menekan perasaan,
Kau menguatkan iman didada,
Menepis segala godaan syaitan...

Wahai pemuda,
Kagumnya aku pada dirimu,
Di usia yang masih muda,
Kau benar-benar menjaga pergaulanmu...


Wahai pemuda,
Fitnah terbesarmu ialah WANITA,
Maka tetapkanlah prinsipmu untuk menepisnya,
Biarkan mata-mata memandang hina,
Asalkan Si Empunya Mata meredhainya...

Istiqomahlah dalam ketaatanmu,
Berdoalah andai DIA menguji imanmu,
Percayalah kepada Allah,
Nescaya kau tidak akan rebah...
Berpeganglah kepada sunnah,
Maka hidupmu lebih terarah...

Wahai pemuda,
Ingatlah pesanan daripadaku,
Pesanan daripada saudara seagama denganmu,
Peliharalah dirimu sebaiknya,
Agar tiada zina mata...
Agar tiada zina hati...
Dapatlah kau menetap di Syurga Firdausi...

Ku doakan kau tetap berdiri,
Berdiri dengan penuh dedikasi,
Walau keadaan membelenggu diri...

Wahai pemuda,
Ingin sekali kulihat pemuda sepertimu,
Berada dalam kalangan ahli keluargaku...
Aku impikan saudara lelakiku menjadi pemuda sepertimu...
Menjadi pemuda yang SOLEH hanya kerana YANG SATU...



[ Puisi ini saya tujukan khas buat pemuda-pemuda yang benar-benar menjaga pergaulannya, menjaga iman dan dirinya walau di mana dan ke mana sahaja dia berada...

Tercetus idea untuk mencipta puisi ini apabila saya melihat seorang pemuda (lebih muda daripada saya) di sekolah yang sangat menjaga pergaulannya dengan kawan-kawan terutama perempuan. Saya sangat kagum dengan 'dia' kerana di usia yang masih muda, 'dia' dapat menjaga diri 'dia' dengan sangat baik. SUBHANALLAH. Dan salah satu sebab saya kagum dengannya kerana itulah kali pertama saya jumpa lelaki yang betul-betul menjaga pergaulan di SEKOLAH saya.... SUBHANALLAH...
Kawan-kawan lelaki saya (di sekolah) pun, saya tak pernah jumpa lagi. Dan 'dia'lah orang pertama yang berjaya buktikan kepada saya bahawa masih ada lelaki yang jenis macam tu di sekolah saya... Insha Allah...

Terima kasih, Allah...
Terima kasih, 'adikku'...

Semoga istiqomah, ye dik... ^ ^ ]

Firman Allah S.W.T :
Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.
[ Surah Al - Ahzab : Ayat 35 ]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...