Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.' "

(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)


Wednesday, December 25, 2013

Kisahkah kita?


Kadangkala, saya terfikir.

Saudara-saudara kita di sana (Palestin), sibuk dengan misi mereka untuk mempertahankan Masjidil Aqsa. Sangat sibuk dengan perjuangan mereka. Tidak pernah kenal erti rehat. Tidak pernah kenal erti penat. Kanak-kanak membesar dalam keadaan yang penuh dengan kezaliman. Belum sempat merasai belaian ayah, ibu, kakak, abang atau seumpamanya,mereka telah pergi menghadap Ilahi.

Di saat Gaza diserang sana sini, kita masih lena diulit mimpi. Remaja kita (termasuk saya), lebih banyak menghabiskan masa dengan tidur, tidur dan tidur. Hiburan sana sini. 'Facebook' nya... 'Twitter' nya... 'Running Man' nya... 'K-Pop' nya... 'Wechat' nya... 'Whatsapp' nya... Kita sangat sibuk dengan semua tu. Tipu kalau kita tak pernah leka dan lalai dek kerana melayan semua itu.

Dengan jujurnya, saya kata, memang kadang-kadang saya leka dengan benda-benda alah tu. Sampai tak perasan masa banyak dihabiskan dengan perkara-perkara itu. Tapi, bila mak dah marah dan ramai orang tegur, baru saya tersedar.

'Oh. Aku leka dengan benda tak patut hari ni.'

Menyesal. Sangat menyesal. Tiba-tiba terbayang wajah-wajah saudara kita di Gaza yang penuh dengan darah. Yang sedang gigih dengan perjuangan mereka. Tatkala terbayang wajah-wajah saudara kita di Palestin, sayunya hati ini.

'Ya Allah... Apa yang telah aku perbuat demi membantu mereka? Istiqamahkah aku dalam memanjatkan doa buat mereka?'

Sahabat.. Memang kita muda. Tapi, usia muda, jangan disia-siakan. Saya lihat, ramai remaja kita sibuk berbincang soal-soal kahwin... Buka Facebook, banyak update pasal jodoh-jodoh... Kahwin-kahwin... Cintan-cintun...

'Siapalah jodoh aku...'
'Ya Allah... Aku jatuh cinta... Rindunya kat dia...'
'Aku nak kahwin... Sayang sangat kat dia...'

Kadang-kadang, saya terfikir,
"Apa perlunya kita sibuk berfikir tentang jodoh yang sememangnya Allah dah tetapkan?"

Banyak lagi perkara lain yang perlu difikirkan. Banyak lagi perjuangan yang perlu diteruskan. Banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan.

Pejam celik, pejam celik. Saya hampir menuju ke umur 20 tahun. Tinggal kurang sebulan untuk saya 'tiba' di hari lahir saya, 11 Januari. Iman bersuara dalam bisikan di hati,

'Umur hampir 20 tahun. Tapi, apa yang kau dah buat demi menegakkan Islam?'

'Soalan' daripada iman terkesan. Maka, saya terus menaip di sini, berkongsi apa yang berada dalam fikiran saya saat ini.

'Ya Allah... Sampai bila kami nak berada dalam keadaan yang lalai begini......'

Sahabat, dunia ini, sangat menyesakkan dada. Sangat melemaskan. Banyak yang ke neraka kerana terlena dalam pelukan kealpaan dunia......... Dunia yang menipu. Namun, sampai bila kita mahu tertipu?

Saturday, November 23, 2013

Hadis tentang RIBA !

Ini sabda Nabi Muhammad SAW. Sekarang, sudah benar-benar terjadi. Masya-Allah.

Sungguh akan datang kepada manusia suatu masa yang pada waktu itu tidak tersisa seorangpun melainkan akan makan riba. Barangsiapa yang tidak memakannya, maka ia akan terkena debunya.” 
(Hadis Riwayat Abu Daud & Ibnu Majah)

“A group of people will make peoples’ intoxication halal by giving it other names.”
(Reported by Ahmad)

“A time will come when people will devour usury, calling it ‘trade’.”
(Reported by Bukhari & Muslim)

Dan sekarang, memang ada yang menamakan riba' itu sebagai jual beli. Masya-Allah. Ya Allah, bantu kami dalam memperbetulkan semua ini suatu hari nanti. Semoga dapat kami perjuangkan perkara ini suatu masa kelak. Aamiin ya Rabb. T_T




Hukum Bekerja di Bank - Fatwa Dr. Yusuf Al-Qaradhawi


Bismillahirrahmanirrahim. Sedikit perkongsian yang ingin saya kongsikan di sini. Semoga bermanfaat. :)
Artikel ini dalam Bahasa Indonesia. Jika ada antara pembaca yang tak faham, bolehlah tanya pada saya supaya dapat saya jelaskan. Insya-Allah. :)

Friday, October 18, 2013

I'm Miss Lonely . . .

Bismillahir Rahmanir Rahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamua'laikum buat insan yang sedang membaca penulisanku ini. Semoga Allah merahmatimu. Aamiin~

Sedikit coretan inginku kongsikan di sini. Aku 'tinggalkan' buku-buku 'keseorangan' buat sementara waktu walaupun hakikatnya, banyak waktu aku tinggalkan 'mereka'. Tidak mengerti? Oh, tidak mengapa. Selepas membaca coretan ini, pasti kau mengerti. :)

Ustazku dulu pernah berpesan, "Setiap hari, berdoalah kepada Allah agar DIA menggantikan hati kita kepada hati yang baru."

Ya Allah... Aku mahu hati yang baru. Hatiku kini sudah kotor. Banyak titik hitam yang terkumpul dan bertompok-tompok di sana-sini. Allahu rabbi... :'(

Ustazku juga pernah berkata, "Celakalah orang yang dulu hatinya putih (suci) bercahaya lalu bertukar menjadi hitam kerana melakukan maksiat kepada Allah S.W.T."

Allahu... Nau'zubillahi min zalik. Aku hanya tertunduk mendengar kata-kata itu. Aku sangat bimbang jika hatiku menjadi sebegitu. Dulu...... Aku pernah jauh dari-Nya. Namun, hidayah-Nya kutemu jua. Segala-galanya dengan keizinan daripada-Nya. Namun, kini... Aku tidak pasti, masih sucikah hatiku sama seperti aku mula-mula bertaubat dulu?


Oh Allah. I really miss the old me. Ya Rabbi... T_T


Sejak melangkahkan kaki ke IPTA ini, keistiqamahan aku teruji. Kadangkala, aku sedar. Namun, aku biarkan ia tenggelam bersama waktu yang tetap berputar. Namun, dalam masa yang sama, hatiku tetap berbisik, 'Dulu aku tak macam ni...... T_T '

Tapi... Apalah guna kesedaran tanpa tindakan....? Oh, aku sungguh rugi kerana membiarkan kesedaran itu pergi tanpa tindakan yang menyusuli.... :'(

Dulu ...
Aku dikenali sebagai insan yang kuat kerana tetap dan teguh berada di landasan-Nya walaupun dicemuh dan dicerca. Walaupun majoriti insan di sekelilingku tidak dapat menerima penghijrahanku. Aku masih ingat, sewaktu di sekolah menengah, aku sering dipinggirkan dek kerana cuba 'membawa' keIslaman aku  ke mana-mana jua. Teman akrabku ialah air mata. Ya, air mata. Sewaktu di tingkatan 3 (waktu itu, aku masih baru dalam 'dunia' penghijrahanku) , aku kurang diterima oleh kawan-kawanku. Setiap kali mereka ingin berborak-borak dan berbual-bual, aku diketepikan. Tidak semua yang bersikap sebegitu, namun majoritinya begitulah. 

'Eh Husna mana boleh dengar...' , begitulah tutur kata yang sering mereka keluarkan setiap kali aku ingin join perbualan mereka.

Aku redha. Aku pasrah dengan ketentuan Allah. Aku yakin, Allah bersama orang-orang yang mengejar redha-Nya.


Keperitan menjadi 'Miss Lonely' itu, aku harungi sehinggalah aku di Tingkatan 5. Perit memang perit. Sakit memang sakit. Namun, aku yakin, hikmah-Nya pasti terselit. Waktu di awal-awal aku harungi situasi itu, aku memang selalu menangis. Aku memang tidak kuat untuk hadapi semua itu kerana mind-set aku yang begitu teruk. Aku selalu 'tanamkan' dalam minda yang "Aku tak kuat. Aku tak terdaya nak hadapi semua ni lagi". Balik rumah, menangis. Pergi sekolah, tiada semangat. Balik rumah, mengadu dan luah kepada emak. Sampailah suatu saat.....

"Tukarlah sekolah ! Asyik menangis je setiap kali balik dari sekolah !" , emak bersuara dengan nada yang tegas. Namun, sebenarnya, aku tahu yang emak ingin memujuk aku. Emak benar-benar serius hendak menguruskan pertukaran sekolah aku. Sewaktu itu, aku berada di Tingkatan 4.

Lama aku berfikir... Aku tanamkan kekuatan dalam diri aku. Aku banyakkan berdoa kepada Allah. Keputusan lantas kubuat.

"Tak apalah mak. Una sekolah je kat situ. Una boleh.. Cuma, beri Una masa untuk kuat." , lebih kurang begitulah kata-kata yang aku katakan kepada emak. Maaflah, tak berapa ingat dialognya.

Sampailah suatu masa... Aku temui kekuatan diri aku. Dengan izin-Nya. Alhamdulillah. 


Aku mencari hikmah di sebalik semua ini. Ternyata, sejak perkara ini berlaku ke atas diriku, aku menjadi seorang insan yang berdikari. Tiada lagi pergantungan kepada teman-teman. Setiap kali aku berasa sedih kerana dipinggirkan, imanku berbisik, 

"Tak apa Husna. Allah ada dengan kau. Fizikal je kau nampak keseorangan, tapi sebenarnya Allah sentiasa teman."

Subhanallah. Bisikan iman ini sangat memberi kesan yang sangat mendalam dalam hidup aku. Sejak itu, aku tidak bergantung harap pada sesiapapun. Supaya kurang rasa dikecewakan. Supaya tiada lagi tangisan.

Memang aku rasa asing berada di tengah-tengah manusia di sekolah itu pada waktu itu. Namun, aku sentiasa berdoa pada Allah agar DIA berikan aku kesabaran dan kekuatan dalam menjalani hidup di dunia SMKTTDI ketika itu. Hakikatnya, aku memang selalu nampak macam 'alien' dalam kalangan non-muslim ketika itu. Masakan tidak, yang Muslim pun rasa aku ini asing, apatah lagi yang non-Muslim.

Suatu masa, aku pernah ditegur oleh B, seorang lelaki berbangsa Cina dan sebaya denganku. Ketika itu, kami bertugas di tempat yang sama iaitu di bahagian Dewan Terbuka. Kami sama-sama pengawas sekolah.

"Husna, you cubalah bergaul-gaul dengan orang-orang sekeliling. You asyik duduk seorang diri je. Kenapa?" , kata B. Lebih kurang begitulah. Aku tak berapa ingat susunan dialognya.

Aku membalasnya dengan senyuman. Cukuplah sekadar senyuman walaupun mungkin B akan fikir macam-macam tentang diri aku. Biarlah. Jika aku terangkan kepadanya pun, dia tidak mungkin akan mengerti.

Aku sekadar mampu berbisik di dalam hati, 'Bukan aku tak nak, B. Duduk rapat-rapat antara lelaki dan perempuan, bukanlah cara aku. Bergelak-gelak ketawa kuat-kuat dengan lelaki ajnabi, bukanlah cara aku. Bertepuk tampar sana sini dengan lelaki, bukanlah cara aku. Takkanlah aku nak duduk kat situ dengan diorang and interrupt time diorang bercakap sesuatu yang bukan aku suka cakap? Yang aku rasa, daripada aku bercakap perkara macam tu, lebih baik aku tak payah bercakap dan diam. You will never understand what's in my mind, B. That's not my way. If you want to judge me, let you be. If you want to label me, it's up to you. If you ask me 'why, why and why' and want me to explain but you don't want to understand, so, there's no point of my explanation. So, better I just keep my mouth close.’

Sudah banyak kali dia menegur aku sebegitu. Aku diamkan saja. Daripada cara B, mungkin dia rasa aku pelik. Tak apa, biarkan dia. Dia tidak mengerti situasi aku.

Banyak perkara yang aku lalui di alam sekolah menengah dulu yang membentuk diri aku untuk jadi KUAT. Tidak banyak bergantung harap. Berdikari. Setiap kali kesusahan demi kesusahan yang menimpa aku, aku semakin banyak berfikir dan memuhasabah. Oh, sungguh indah pentarbiyahan Allah. Sungguh unik. DIA beri aku ujian, sebab mahu aku jadi insan yang hebat di mata-Nya. Oh, sungguh indah. DIA mendidik aku agar sentiasa memuhasabah diri dan banyakkan merintih dalam doa yang sering aku panjatkan kepada-Nya. Ya Allah... Aku bersyukur atas segala yang menimpa diri aku selama ini. Aku redha dengan segala ketentuan-Mu.
Alhamdulillah.


Berkat menjadi ‘Miss Lonely’ jugalah, aku menjadi orang yang sangat rapat dengan buku. Ya, bukulah yang menjadi kawan yang paling baik dan paling rapat dengan aku. Tatkala sudah letih dan penat menghadap buku-buku, aku akan tertidur bersama buku-buku di atas meja aku. Begitulah kehidupan seharian aku di sekolah menengah. Selalu bersendirian di meja sendiri dan spend time to study. Apa yang membuatkan aku sentiasa semangat hendak ke sekolah adalah kerana guru-guruku yang banyak memberi dorongan kepadaku. Aku menjadi orang kepercayaan guru-guru sewaktu di sekolah dulu. Guru-guru selalu memberi perhatian yang penuh kepadaku. Aturan Allah memang cantik. :’)
Walaupun aku dipinggirkan oleh kawan-kawan, tapi dalam kalangan guru, aku diraikan. Subhanallahil ‘azhim. ALLAH memang baik. Terharu dengan Allah. :’)

Berkat doa yang aku panjatkan, aku berjaya harungi hidup di sekolah menengah sehinggalah tamat SPM. Syukur Alhamdulillah ! Result exam pun, Alhamdulillah, mampu membuatkan emak tersenyum. Tiada apa-apa yang membahagiakan hati aku, melainkan dapat melihat senyuman emak kerana kejayaan anaknya. Alhamdulillah ! Aku memiliki kekuatan dalaman kerana keberkatan doa emakku dan rahmat daripada Allah yang MAHA KUAT. Kekuatan itu datang daripada Allah,maka mohonlah daripada-Nya... Doa itu senjata mukmin, maka janganlah pernah berhenti daripada berdoa kepada Allah....

Sehinggalah ketika aku menjejakkan kaki ke Kolej Islam, aku masih istiqamah dengan kekuatan yang Allah ‘bekalkan’. Melihat Islam yang hanya sekadar nama pada kolej itu sahaja, membuatkan hatiku hancur berkecai. Aku fikir, orang-orang di dalamnya benar-benar menjaga pergaulan dan soleh solehah belaka dek kerana ianya bertitle “Kolej Islam”, namun ternyata sangkaan aku meleset. Barangkali aku lupa, Islam itu bukan pada nama, bukan pada ‘title’, tapi Islam itu pegangan. Kalau seseorang itu tidak berpegang dengan pegangan yang sebenar-benarnya, maka dia masih perlu diIslamkan. Tapi, kalau seseorang itu benar-benar kuat dan kukuh pegangannya terhadap Islam, maka, dialah muslim yang SEBENAR ! Ianya soal pegangan. Bukan soal nama atau ‘title’ semata-mata. Aku lantas memuhasabah. Hidup diteruskan dengan penuh pasrah. No more expectation upon something. Tiada kekecewaan dan diri tidak runsing.

TUP ! Aku terpaksa berhenti dari Kolej Islam meskipun aku sangat mencintai bidang yang aku pelajari di sana. Aku benar-benar ingin fasih berbahasa Arab. Aku benar-benar ingin mendalami ilmu Tamadun Islam. Namun, Allah lebih tahu apa yang terbaik buat diriku dan sekalian hamba-Nya. Dek kerana pembiayaannya mahal, aku terpaksa berhenti. Semester 1 sahaja berjaya ditamatkan. Aku mendapat pointer yang cemerlang. Hanya kepada Allah pujian dipanjatkan. Alhamdulillah... !

Dulu... Aku memang rajin study. Selalu pergi ke library. Menelaah buku sana sini. Tapi, sekarang... Aku kurang rajin. Dulu, aku selalu ada target aku sendiri nak buat apa untuk hari ini dan hari seterusnya. Setiap hari ada target. Tapi sekarang... Sejak aku berhenti dari kolej Islam yang aku sangat cintakan bidangnya, aku jadi kurang semangat. Kadang-kadang, aku susah nak faham diri aku sendiri. Aku tak tahu kenapa aku jadi seperti ini. Kenapa aku kerap rasa tak semangat. Kerap mengantuk tak tentu hala. Kurang ikhlas. Serba serbi kurang. Sebab itu, aku mahu sangat Allah kurniakan aku hati yang baru. Hati aku kini sudah kotor. Banyak sangat konflik dalam diri aku sekarang ini. Mungkin, dari segi zahir memang tak kelihatan sebab aku kerap lawan, tapi dari segi dalaman, hanya Allah saja yang tahu apa yang aku alami dan rasa.

Sekarang ... Aku study juga. Cuma.... Tidaklah serajin dulu. Dan tidak teratur seperti dulu. Aku sedih. Sedih sangat. Kenapa aku jadi macam ini. Semester 2 sudah hampir tiba ke penghujungnya, tapi aku..... masih lagi rasa kurang bersemangat. Entah mana pergi kekuatan aku yang dulu. Sedih. Aku sedih. Kenapa aku jadi selemah ini. Baru diuji sikit, sudah mahu mengalah. Ya Allah... Aku sedih.

Kekuatan aku sudah hilang... Di mana aku mahu cari ?

Semangatku sudah terbang melayang... Ke mana ‘dia’ pergi ?


Aduhai diri.... Kekuatan itu tidak ‘lari’. Kuncinya adalah diri sendiri.

Aduhai diri.... Semangat itu tidak pergi, jika kau pandai mengurus diri.


Ya Allah... Semoga aku berjaya dalam mujahadah aku ini. Janganlah kau pesongkan hatiku setelah KAU memberi aku petunjuk. Aamiin. T_T


Buat kamu yang membaca coretan ini, doakanlah aku. Aku sangat hajatkan doamu. Kenanglah namaku dalam doamu.... Doakanlah aku dan kaum muslimin dan muslimat yang lain. Doakanlah.



~ SyahidatulHusna Binti Birkamsin
~ 2350
~ Kamsis, PUO.

Sunday, September 22, 2013

Mengandung ...?

"Kalau awak mengandung nanti, saya tak tahu..." , kata si lelaki kepada si perempuan dengan nada bergurau. Diikuti pula dengan ketawa terkekek-kekek. Si perempuan turut ketawa seolah-olah perkara itu biasa saja baginya.

Saya yang mendengar kata-kata itu, hanya memendam rasa malu di dalam hati.

Kata-kata sebegitu sudah menjadi trend dalam kalangan remaja zaman ini. Sungguh saya tak sangka. Tatkala si lelaki dan si perempuan berkongsi minuman dengan menggunakan straw yang sama, si lelaki akan berkata sambil ketawa berdekah-dekah,

"Eh. Tak takut ke awak mengandung anak saya nanti?"

Dan malang sekali, si perempuan pula menjawab,
"Tak nak saya. Nanti anak saya hitam macam awak!"

Kedua-duanya gelak. Ketawa. Kata-kata itu dianggap biasa.

Sudahlah berkongsi straw, boleh pula bergurau-gurau dengan perkataan 'mengandung'. Sudahlah bergurau dengan lelaki ajnabi, yang bukan mahram, boleh pula sama-sama ketawa dengan gembiranya. Allahu rabbi. Nau'zubillahi min zalik. KAU lindungilah hamba-hamba-Mu daripada perkara yang batil. Tunjukkanlah kami jalan kebenaran. Aamiin..... :'(

Saya sungguh tak sangka, perkara sebegini dianggap biasa oleh segelintir remaja yang beragama ISLAM. Walaupun ianya sekadar gurauan, kita kena ingat yang pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram perlu dijaga. Walau kita selesa macam mana pun dengan seseorang yang berlainan jantina yang berstatus 'non-mahram', batas-batas pergaulan tetap WAJIB dijaga. Bukan sekadar ikut suka hati kita saja.

Benar. Kadang-kadang secara tak sengaja, kita termelebih dalam pergaulan dengan yang bukan mahram. Termelebih dalam ketawa.... Termelebih dalam kata-kata.... Termelebih dalam bercanda....

Namun, didiklah hati untuk sentiasa bermuhasabah. Hati yang HIDUP ialah hati yang banyak memuhasabah dirinya. Contohilah sifat Nabi Yusuf yang sentiasa memuhasabah dirinya walaupun dirinya maksum. Walaupun Nabi Yusuf tidak melakukan keingkaran terhadap Allah dek kerana menurut hawa nafsu atau seumpamanya, namun Nabi Yusuf tetap banyak bermuhasabah. Subhanallah. Tentu cantik sekali hati Nabi Yusuf yang hidup itu. Sudahlah memiliki rupa paras yang menawan, hatinya juga turut berkilauan. Subhanallah ya Rahim. Subhanallah ya Rahman.

Saya sedar sesuatu tentang diri saya sejak menjejakkan kaki ke IPT ini. Kadangkala, saya rasa, saya kurang menjaga pergaulan sedangkan dulu sewaktu sekolah menengah, saya sangat tegas dengan kawan-kawan lelaki saya. Saya hanya akan bergaul dengan lelaki jika ada urusan yang perlu diselesaikan. Saya tak banyak bercakap pun dengan rakan-rakan lelaki yang sekelas. Saya lebih banyak meluangkan masa dengan diri sendiri. Banyak buat sesuatu secara seorang diri saja. Ketika itu, kawan-kawan sekelas saya pun, 'hidup' secara berpuak-puak. Saya memilih untuk bersendirian kerana saya tidak mahu lagi bergantung harap pada kawan-kawan. Cukuplah Allah sebagai peneman yang setia.....

Sekarang di IPT, saya rasa macam.... Emm. Masya-Allah.... :'(
Saya takut kalau-kalau saya sudah sedikit tersasar dari jalan-Nya. Saya sungguh takut. Ya, walaupun sedikit, saya sungguh takut. Mungkin, bagi saya sikit, tapi bagi DIA, saya sudah banyak tersasar. Allahu... :'(

Nau'zubillahi min zalik. Jangan KAU tarik semula hidayah ini. Astaghfirullah... Nau'zubillah...!

Kadangkala, terlebih dalam ketawa bersama kawan sekelas (lelaki) . Dulu, saya tak bersikap seperti ini.... Saya sangat tegas dengan kawan-kawan lelaki sama ada sekelas dengan saya ataupun tidak. Sekarang, apabila saya rasa selesa dengan seseorang kawan lelaki, saya bercakap dan berbual-bual dengan dia seolah-olah dia itu perempuan pula. Astaghfirulla hal 'azhim ... :'(

Ya Allah... Jangan KAU sisihkan aku kerana aku ingin kembali kepada-Mu.
Ya Allah... Jangan KAU biarkan aku tersasar. Tuntunilah aku.

Aamiin.

Sekarang, saya ingin mencari semula identiti diri saya sama seperti sewaktu saya mula-mula berubah dulu. Insya-Allah. Dalam kesibukan saya mencari itulah, saya tak sangka, sesetengah kawan saya bergurau dengan kata-kata yang sungguh tak enak untuk didengar. Ada yang bertudung 'biasa'. Ada juga yang bertudung labuh. Sebab itu, saya sangat terkejut. Saya sangka, mereka akan malu dengan gurauan seperti itu, tapi rupa-rupanya kata-kata itu dianggap biasa saja.

Setiap kali berkongsi minuman, berkongsi bekas, berkongsi makanan, kata-kata 'mengandung' itu pasti dikeluarkan. Mengapa? Nau'zubillah.... Saya sungguh malu dan tak selesa apabila terpaksa dengan situasi percandaan sebegitu yang bagi saya agak over. Maafkan saya, tapi saya rasa, gurauan seperti itu sangat tak manis dipandang Allah. Ianya boleh menimbulkan fitnah.

Ya, saya tahu yang itu sekadar gurauan... Tapi, kita kena ingat, batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan tetap WAJIB dijaga. Rasulullah Sallalallahu 'alaihi wasallam pun ada pesan yang kita perlu bersederhana dalam setiap perkara.

Ya Allah. Semoga seluruh kaum muslimin dan muslimat berada di bawah naungan rahmat-Mu dan inayah-Mu. 

Aamiin ya Rabbal 'alamin. 

Peringatan bersama ya.

Wallahua'lam.


Sunday, September 8, 2013

Apabila 'aku' subuh gajah...

Sedikit perkongsian puisi ingin dicoretkan di sini. Jika sudi, silalah hayati. Coretan ini, hanya sekadar ingin memuhasabah diri. Diri yang kian alpa, leka, lalai dan kadangkala jauh dari-Nya.

**********


Apabila 'aku' subuh gajah ...
Senyuman masih terukir di wajah.
Seolah-olah tiada rasa bersalah pada Allah.
Hari dilalui tanpa rasa gundah.

Apabila 'aku' subuh gajah ...
Rasa berdosa kadangkala tidak diendah.
Sudah terjaga pukul enam setengah,
Tetapi kukatakan, "Alah, rilekslah. Baru 6.30 !" ...?

Apabila 'aku' subuh gajah ...
Hari tetap dilalui dengan rona-rona indah.
Sedangkan imanku hampir saja musnah.
Saban hari saban waktu, sifatku itu tetap tak berubah.

Apabila 'aku' subuh gajah ...
Aku tetap rasa biasa walaupun solat Subuh di waktu yang cerah !
Tatkala ditanya, "Mengapa kau subuh gajah..?"
Jawabku, "Ahh.. Aku 'ter'bangun lewatlah! "

Berturut-turut Subuhku begitu .
Apakah 'aku' tidak takut akan azab-Mu...??
Tidakkah 'aku' mahu 'memperbaiki' Subuhku...??
Untuk bangun di awal waktu....?

Ya Rabb. Berikan aku kekuatan.
Kekuatan dalam melawan godaan.
Menepis segala yang melemahkan iman.
Mujahadah dalam mengharungi kehidupan.
Kehidupan yang penuh dengan cabaran.
Hanya kerana redha-Mu yang kudambakan.... T_T

# 'Aku' itu merujuk kepada sesiapa yang pernah melalui situasi ini. Mungkin saya, mungkin juga kamu. Ya Allah... Ampunilah dosa-dosa kami yang tidak terkira banyaknya..... Aamiin....  :'(



Thursday, July 11, 2013

Ciri-ciri Puasa Yang Tidak Diterima oleh Allah S.W.T.

Assalamua'laikum warahmatullah buat kamu yang membaca. :)

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan nak kongsi tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Huri Alias bertempat di Dewan Warisan Politeknik Ungku Omar pada 9 Julai 2013 yang lalu.... Ustaz Huri ni AWESOME tau ! Hehe. Subhanallah... :)

Tajuk tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Huri tempoh hari ialah CIRI-CIRI PUASA YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH SWT seperti yang tertera di atas nun. ^_^

  • Sabda Nabi Muhammad SAW :
"Berapa ramai dalam kalangan umatku yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga." (HR Imam An-Nasaie dan Ibnu Majah)

Hadis ini mengingatkan kita supaya menjaga diri kita apabila sedang berpuasa supaya puasa kita itu tidak menjadi sia-sia.... Nau'zubillah....


  • Antara SEBAB PUASA TIDAK DITERIMA :-
  1. Tidak berasa gembira dengan kehadiran Ramadhan.
- Contoh : Berasa Ramadhan ini menyusahkan sebab tak dapat makan... Tak dapat merokok... Dan sebagainya. Hatinya pula selalu merungut kerana terpaksa juga berpuasa, takut orang mengata!

- Pesanan Ustaz Huri :
" Bayangkanlah Ramadhan ini sebagai seorang KEKASIH. Rasa berdebar-debar hendak MEMELUK RAHMAT ALLAH yang mencurah-curah. Bayangkanlah Ramadhan ini sebagai KEKASIH yang sudah berbulan-bulan tidak ketemu sehingga rasa RINDU untuk bertemu itu semakin membuak-buak. Bayangkanlah....." (Tersentuh hati saya tatkala mendengar analogi ini....Huhu.)


     2.   Jadikan Ramadhan sebagai 'Pesta Makan' !

- Makan boleh, tapi jangan berlebih-lebih !

- Saranan 'kuota' Ustaz Huri : 1/3 = makan , 1/3 = minum, 1/3 = nafas.

- Sunnah yang paling BESAR ialah BERHENTI MAKAN SEBELUM KENYANG !
  (Buah kurma iru memang sunnah, tetapi tiada guna jika selepas itu kita penuhkan perut dengan makanan
  sampai terasa berat nak buat ibadah. Nau'zubillah...!)

- Pesanan Ustaz Huri :
" Bulan Ramadhan ialah bulan tarbiyah. Apabila kamu lapar, kamu dahaga, kaki kamu akan jadi lebih ringan hendak ke masjid..... Apabila nafsu kita lemah, hidayah mudah 'landing' kat hati kita." (Subhanallah. Hati tersentuh lagi. Huhu.)

" Bulan Ramadhan ialah bulan mengurus hawa nafsu. Yang mendorong kita untuk membeli makanan banyak-banyak ketika di Bazar ialah nafsu. Alangkah sia-sianya puasa kita jika sekadar 'menukar' jadual makan lalu 'mengqadha' ' semula jumlah kuantiti makanan yang perlu di makan." (Nau'zubillah.)

- 6 KEBURUKAN JIKA MAKAN SECARA BERLEBIHAN :
  • merasa berat untuk buat ibadat
  • kalau buat ibadat pun, dia takkan merasai NIKMAT ibadat
  • hilang sifat kasih sayang dan prihatin terhadap saudara-saudaranya yang susah
  • mudah lupa apa yang dihafalnya
  • mudah dapat penyakit
  • merangsang nafsu syahwat
- Jangan jadi seperti ORANG KAFIR yang matlamat hidupnya ketika di dunia adalah hanya berseronok-seronok (tiada wawasan untuk akhirat) dan asyik makan je seperti binatang. Makan sajalah rutinnya tanpa melakukan perkara-perkara lain. (Nau'zubillah...!)


     3.    Tidak menjaga pancaindera.

- " Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta, maka Allah tidak akan memandang puasanya."

Oleh itu, marilah kita menjaga mulut, telinga dan mata. Jaga mulut daripada bercakap perkara yang sia-sia contohnya mengumpat. Jaga telinga daripada mendengar perkara-perkara yang lagho. Jaga mata daripada memandang sesuatu yang diharamkan Allah SWT contohnya menjaga mata daripada memandang aurat orang lain....

- Pesanan Ustaz Huri : 2 PERKARA YANG JANGAN KITA BUAT KETIKA PUASA :-
  * Dari segi Feqah : Jangan buat perkara-perkara yang membatalkan PUASA. 
  * Dari segi Tasawuf : Jangan buat perkara-perkara yang membatalkan PAHALA.


    4.     Melaksanakan perintah Allah secara sekerat-sekerat.

- Contoh : Puasa, tapi tak solat. Puasa, tapi tak tutup aurat. Sedangkan solat juga hukumnya WAJIB. Tutup aurat juga hukumnya WAJIB. Sama saja hukumnya dengan puasa. Tapi kenapa puasa saja yang dibuat..? KENAPA yang lain TAK BUAT ?? Puasa itu memang sah selagi tak buat perkara yang membatalkan puasa, tetapi adakah puasa itu DITERIMA ....?

- Kisah :
L dan P bercouple dan berbuka puasa sama-sama. Main suap-suap pula. Selesai saja berbuka, si L berkata, "Alhamdulillah.... Sempurna puasa kita hari ni."

Erk! Buat maksiat tapi boleh YAKIN yang puasanya SEMPURNA? Kata Ustaz Huri, "Inilah kecelaruan yang SANGAT KRONIK !" (Nau'zubillah...!)


     5.     Tiada budaya istiqamah dalam ibadat yang dibuat.

- Realiti Ramadhan :
     * Fasa 1 - Ramai teramat ramai sampai boleh jadi 'Hari Tertukar Kasut'. :D
     * Fasa 2 - Agak ramai.
     * Fasa 3 - Ramai sangat yang 'gugur syahid...!' Huhu.

- Kata Ustaz Huri :
" Nabi dan para sahabat 'pecut' 10 malam terakhir untuk dapatkan malam Lailatul Qadar. Kita pula, tak nampak malam Lailatul Qadar, hanya nampak shopping complecx KAMDAR! " Astaghfirullah...~

- Pesanan Ustaz Huri :
" Kalau time Ramadhan selalu buat tadarus, tapi bulan lain tak buat? Ini pun tak istiqamah! "

- Kata seorang ulama' :
" Sesiapa yang beramal pada bulan Ramadhan sahaja, seolah-olah dia telah menjadikan Ramadhan itu seperti berhala! " (Nau'zubillah...~)

- Peringatan :
" Semua bertambah dalam hal dunia, akhirat pula bagaimana...? "

Satu soalan yang kita perlu tanya pada diri kita,
" Selama ni kita puasa, adakah kita mengikut acuan puasa Nabi SAW atau mengikut 'aci' puasa....?? "

Kesimpulannya...Ramadhan ialah Madrasah Tarbiyah. 'Keluar' je dari Madrasah Tarbiyah ni, jika benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh, maka kita akan menjadi graduan yang berjaya. Dapatlah kita meraih Sijil Taqwa....
Subhanallah.... Insya-Allah.

Sekian saja perkongsian daripada saya. Semoga ada input dan manfaat yang kamu dapat melalui Nota Ceramah yang saya buat. Jazakumullahi khairan kathira... :)


Friday, June 28, 2013

Usah Longlai. Kelak Terkulai.

Bismillahirrahmanirrahim. 

Subhanallah.... Lama sungguh rasanya tidak menggerakkan kerja dakwah melalui penulisan. Walau hanya 'kecil-kecilan', namun ianya tetap memberikan kebahagiaan dan kepuasan.

Aduhai... Terasa diri ini sudah berada sedikit jauh daripada-Nya. Terasa seperti sudah semakin enak dalam pelukan kealpaan dunia. Seolah-olah sudah termakan pujuk rayu syaitan. Membuatkan mujahadahku hampir menuju kegagalan! Astaghfirullahal 'azhim. Astaghfirullahal 'azhim. Astaghfirullahal 'azhim...

Buat pembaca yang daku sayangi kerana Allah... Usah longlai dengan dunia. Kelak kau akan jatuh terkulai. Teuskan mujahadah biarpun payah. Jadilah mujahid yang soleh hanya kerana Allah. Jadilah mujahidah yang solehah hanya kerana Allah. Ikhlaskan niatmu duhai sang perindu Syurga... Ikhlaskanlah niat-Mu hanya kerana yang Esa.

Andai dirimu lemas dalam pelukan kealpaan dunia, usah biarkan dirimu lemas dan sesak nafas selama-lamanya. Kembalilah kepada sang Pencipta yang merindui rintihan pengampunan daripada dirimu. Merindui rintihan sedalam-dalamnya kalbu...

Duhai pembaca yang daku cintai kerana Allah... Bertaubatlah. Lumrah manusia memang akan ada buat salah. Usah kau berkeluh kesah. Sesungguhnya pintu taubat itu sentiasa terbuka buat insan-insan yang ingin berubah.

UHIBBUKUM FILLAH TILL JANNAH, INSYA-ALLAH.... <3


Firman ALLAH S.W.T. dalam Surah Al-Furqan, ayat 70 :
kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Tuesday, April 16, 2013

"Ujian Allah. Bersabarlah."

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Nak berkongsi tentang apa yang telah saya dengar di radio IKIM tengah malam semalam.

"Sebenarnya, nikmat yang Allah bagi lebih banyak daripada ujian yang Dia beri. Takkanlah baru diuji sikit, kita dah nak mengeluh. Takkanlah Allah baru nak uji sikit, kita tak boleh nak sabar. Takkan sikit pun kita tak boleh nak sabar? ", Ustaz Muhammad Al-Amin mengingatkan para pendengar dalam slotnya pada tengah malam semalam.

Saya yang sedang khusyuk mengulangkaji subjek Marketing, terkesima sebentar. Fokus saya ditarik oleh sesuatu yang lebih menarik.

Sahih. Sangat sahih apa yang Ustaz Muhammad katakan. Kadangkala, kita terlalu mudah mengeluh tatkala ditimpa ujian sehingga hampir lupa nikmat yang Allah berikan.

"Nikmat yang Allah beri kepada kita ni, sebenarnya sangat banyak. Tak terhitung." , sambung Ustaz Muhammad lagi.

Benar, ustaz. Memang sangat tak terhitung. Agak-agaknya, kalau boleh dihitung, mesti jenuh sangat nak hitung. Sebab TERLALU BANYAK. 

Ya Allah. Semoga diri ini tergolong dalam golongan yang bersyukur, bukan kufur.

"Nabi Muhammad S.A.W. pun dulu diuji oleh Allah. Kita ni siapa untuk dibiarkan tanpa diuji? Nabi pun diuji. Kita, apatah lagi. Dalam surah Al-Ankabut ayat 2, Allah S.W.T. telah berfirman, 'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja dengan mengatakan : 'Kami telah beriman.' Sedangkan mereka tidak diuji?" Ustaz Muhammad 'menembak' saya tanpa beliau sedari.

Masya-Allah....

Wahai diri... Bertahanlah.
Wahai hati... Bersabarlah.

Memang lumrah hidup di dunia bahawa manusia akan diuji. Dengan adanya ujian daripada Ilahi, kita akan lebih matang dalam menjalani hidup ini.

Ya Allah, ya Rabbi...
Andai hamba diuji, kurniakanlah hamba sifat sabar yang tinggi.
Andai hamba 'ter'mengeluh, janganlah Engkau menjauh.
Hamba sedang cuba menjadi sebenar-benar hamba.
Hanya diri-Mu yang benar-benar memahami diri ini.
Hamba hanya ingin diri-Mu sentiasa di sisi. Tersemat di hati.

Ya Rabb. Bantulah hamba dalam mengharungi hidup ini. Aamiin...~

# Uhibbuka Rabbi. Uhibbullah.
# Ya Rasullullah.. Ana asytaquka jiddan. :'(

Sunday, April 14, 2013

'Pesanan ringkas' : Jagalah Lidah. Jagalah Ukhuwah.

Hidup ini penuh dengan cerita suka dan duka.

Di saat 'cerita suka' menghiasi kehidupan, hilai ketawa sudah tidak terkira. Seelok-eloknya bersederhana cuma. Mudah-mudahan, Insya-Allah. Manusia yang terlalu banyak ketawa, hatinya mudah mati (mudah keras hati), nau'zubillah. Syaitan juga mudah menggodanya supaya melakukan dosa. Nau'zubillah.

Di saat 'cerita duka' sudah bermula, tangisan mula kedengaran. Kadangkala, hanya dipendam tetapi diluahkan tatkala diri berseorangan. Kadangkala, hanya ditahan kerana mahu mengawal keadaan. Kadangkala berdiam diri, kerana tidak mahu 'adegan' lain yang terjadi. Bukan hipokrit, tetapi biarlah hanya dirinya yang berasa sakit biarpun perit.

Maafkan aku, duhai insan. Berikan aku sedikit masa untuk 'pulih' seperti biasa. Ukhuwah ini akan cuba aku jaga kerana-Nya. Tetapi... berilah aku sedikit waktu untuk merawat semula hatiku yang terluka dek kerana kata-kata. Lisan yang tidak bertulang ibarat pedang yang menghunus dan sungguh berbisa tidak terkata.


Ya Rasulullah...
Maafkan aku kerana tidak mengikut sunnah. Ah! Hinanya diriku ini! Kerana tidak mampu mencontohi peribadi yang Kau miliki!

Ya Rasulullah...
Andai Kau bersamaku di saat aku goyah, pasti hidup berasa lebih indah. Pelbagai persoalan dan pengaduan ingin aku utarakan. Namun.... Itu hanyalah angan-angan yang tidak bisa direalisasikan. Hanya bayangan dan impian.
Sungguhpun begitu, aku kepingin hendak bertemu dengan-mu. Kerana rindu kerap bertamu tatkala mendengar segala-galanya tentang diri-mu. 


Ya Allah ya Tuhan kami... Berilah hamba-hamba-Mu kekuatan hati dan ketabahan diri dalam menempuh serta mengharungi dunia yang mencabar ini...~

# Nota jari : Aku juga manusia biasa yang mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan. Aku bukanlah rasul dan nabi yang maksum abadi. Oleh itu, berilah aku kekuatan dalam menjalani hidup ini wahai Tuhan... Amin...~

# Manusia hakikatnya tidak sempurna. Yuk! Terimalah diri masing-masing (insan di sekeliling kita) seadanya.... Insya-Allah. 

Wednesday, April 10, 2013

Aku Merinduimu.....~ :'(


Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh buat kamu yang membaca...

Lama rasanya saya tak meluangkan masa untuk menulis di blog. Hari ni, saya cuma nak berkongsi tentang pengalaman saya sendiri. Saya nak kamu ambil pengajaran daripada apa yang pernah saya lalui.

Beberapa hari lepas, kawan saya dari kolej Islam yang saya pernah belajar dulu, call saya.
“Husna. Nak tahu tak? Tadikan, akak ada tengok senarai nama yang terima anugerah untuk hari Isnin nanti. Nama Husna yang teratas sekali tau! Tapi... Dah kena potong...”, kata kawan saya. Nadanya yang mula-mula agak ‘excited’ tiba-tiba bertukar menjadi nada yang agak sedih dan sayu.

‘Ya Allah....’ bisik hati saya.

“Ye ke.... Em, takpelah. Tak rezeki....”, jawab saya.

Pada petang itu, selesai sahaja solat Asar dan mengaji, saya tiba-tiba terfikir tentang apa yang telah saya lalui dalam sekelip mata. Semuanya tidak disangka-sangka.

Dulu, saya sangat sedih apabila dapat tahu yang saya tak dapat UPU walhal result SPM saya, Alhamdulillah okay. Bi iznillah. Nak sambung ke maktab pun tak tercapai. Dapat temuduga tapi gagal. Huhu. Sadis sekali.

Sampailah satu masa, surat tawaran dari salah sebuah kolej Islam kat Malaysia ni, sampai ke rumah. Saya ditawarkan bidang ‘Pengajian Islam pengkhususan Bahasa Arab dan Tamadun Islam’. Subhanallah...! Time tu happy sangat. Sangat sangat sangat. Sebab, memang saya sangat berhajat nak sambung ke bidang Pengajian Islam. Sangat sangat nak kuasai Bahasa Arab. Disebabkan mak memahami yang saya sangat teruja nak sambung bidang tu, mak pun beri keizinan walaupun kolej tu kolej swasta. Saya bukanlah pelajar aliran agama sewaktu di sekolah dulu. Saya bersekolah di sekolah menengah harian biasa.


“Tak pe ke mak? Ni kolej swasta. Mahal pembiayaan yurannya mak.” kata saya.

“Takpe... Rezeki tu Allah yang bagi. Insya-Allah boleh.”, mak menyebarkan aura positif. Subhanallah. Sangat terharu dengan mak. :’)

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Hari pendaftaran yang sungguh menerujakan hati seorang mujahidah yang ingin berjuang di medan ilmu milik Allah. Namun, waktu itu, saya meletakkan ‘expectation’ yang terlalu tinggi pada kolej yang ber’title’ “Kolej Islam”. Saya fikir, SEMUA akan menjaga pergaulan. SEMUA tahu batas-batas yang perlu dijaga dengan sebaik-baiknya. Akhirnya, saya kecewa apabila TIDAK SEMUA bersifat menjaga. Saya down sendiri. Allahu rabbi. Inilah kelemahan saya. Terlalu cepat down. Kadang-kadang lebih memikirkan yang negative daripada yang positive. Astaghfirullah.

Beberapa hari saya di sana, saya diganggu beberapa lelaki yang gatal + miang. Saya ni jenis yang suka bergerak sendiri. saya tak suka orang tunggu saya sebab saya tahu, saya ni jenis yang agak lambat. So, kalau nak pergi mana-mana, saya jalan sorang je. Cuma kadang-kadang tu, adalah yang sudi tunggu dan teman. Tapi, saya lebih kerap berjalan seorang diri. Sampailah suatu masa, lelaki-lelaki yang miang tu ganggu time saya jalan sorang-sorang. Memang tunduk je lah saya gamaknya. Tapi, hati panas membara.

‘Gatai betoi mamat-mamat ni.’ hati saya berbisik marah.

Dulu, saya fikir, SEMUA lelaki di kolej Islam, soleh-soleh belaka. Tapi, saya lupa bahawa TIADA yang 
sempurna (saya pun bukannya sempurna). Walaupun “kolej Islam”, syaitan tetap ada untuk menggoda 
manusia. Tidak terkecuali. Selepas diganggu, akhirnya saya down sendiri.

‘Ini ke kolej Islam..?’, bisik hati saya suatu ketika.

Setelah hampir mencecah dua bulan di sana, saya diuji lagi. Seorang abang senior nak berkenalan dengan saya. Allahu rabbi. Saya sendiri tak tahu macam mana boleh jadi macam ni. Saya bukannya kenal pun abang tu. Saya sendiri bukannya jenis bercakap-cakap sangat dengan lelaki sesuka hati. Dan lagi satu. Saya bukannya cantik pun.... Baik pun tidak.

Ya Allah.... Inilah ujian Allah.....


Dan pernah juga suatu hari, classmate saya (lelaki) kata, “Husna. Ada sorang lelaki ni nak kenal dengan Husna. Pelajar Syariah dan Undang-undang. Budak kelas lain.”

Saya terdiam. Tak kata apa-apa. Cuma, hati saya terdetik,

‘Apa benda pula ni...? Nak kenal? Allahu rabbi... Salah tengok ke apa budak tu.... Ya Allah... Ini ke kolej Islam....? Kenapa mereka tak bersifat menjaga.... :( ’, bisik hati saya.

Hmmm...

Setelah ujian ‘berkenalan’ datang, saya bertambah down. Dan ‘statement’ yang saya selalu keluarkan, ‘Ya Allah... Ini ke kolej Islam.....? :(‘

Ditambah-tambah pula dengan beberapa kawan saya yang agak tak menjaga pergaulan, saya menjadi semakin down. Setiap hari saya melihat kawan saya tu calling-calling, ‘mesejing-mesejing’ dengan kekasih hati yang dia baru kenal kat kolej Islam tu. Hati saya menangis sendiri kerana tak mampu mencegah dengan lisan. Dengan hati cuma. Ya Allah... Waktu tu, saya sangat teruji.

Dan... Pengurusan di kolej itu yang agak kurang bagus (time tu), membuatkan saya selalu mengeluh . Ya Allah... Teruknya saya. Saya selalu mengeluh dengan apa yang berlaku. Bukannya nak bersyukur dan bersabar. Astaghfirullahal 'azhim..

Tapi, saya sebenarnya sangat seronok dapat belajar di sana. Saya dianugerahkan kawan-kawan yang sangat-sangat caring.... Penyayang.... Dan sangat menghargai kewujudan saya. Subhanallah... Saya benar-benar rasa dihargai di sana. Tak pernah rasa macam tu. Deme kan, kalau deme sayang, deme akan kata deme sayang. Contohnya : “Husna... Saya sayang kat awak. Sangat-sangat.”


Ya Allah... Sweet kan? Sangat sweet. Mereka sangat mementingkan ukhuwah antara sahabat. Ya Allah... Anugerah yang sangat berharga dalam hidup saya. Anugerah ukhuwwah fillah. Subhanallah.


Sepanjang saya di kolej Islam, saya memang sangat teruja dapat belajar Bahasa Arab. Dan target saya, saya nak sambung ke Mesir setelah tamat diploma di kolej tu. Tapi.... Punah harapan saya di saat saya TERPAKSA berhenti. Sempat habiskan semester 1 cuma. Ya Allah... Sedih sangat masa tu. Setiap kali teringat, mesti pipi akan basah. Terasa suatu perasaan yang sangat mendalam kat hati ni. Sedih yang sangat dalam. Tak terungkai dengan kata-kata. Mak terpaksa suruh saya berhenti kerana masalah kewangan yang dihadapi. Saya tak marahkan mak atas permintaan mak tu. Sikit pun tak. Saya faham keadaan mak. Dan sebagai anak, memang saya WAJIB faham.

Tapi... Saya cuma terkejut. Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Semuanya tak disangka-sangka. Walaubagaimanapun, saya tetap cuba untuk fokus pada final exam yang semakin hampir time tu. Pegangan saya, walaupun saya kena berhenti dari situ, saya nak keluar dengan membawa pulang pointer yang cemerlang. Ya. Itu target saya, Insya-Allah. Cuma 3 bulan waktu yang dihabiskan untuk semester 1 di kolej tu. Maklumlah, second intake. So, memang saya struggle habis time tu. Waktu sangat singkat untuk belajar, quiz, test, assignment, final exam dan macam-macam lagi. Habis je final exam, cuti semester pun bermula.

24 Disember 2012, tarikh pendaftaran untuk semester baru dan seterusnya. Saya datang bukan untuk daftar masuk untuk semester dua. Tapi untuk daftar keluar. Ya Allah... Sadis sungguh time tu. :’(
Saya pergi uruskan segala-galanya sendiri. Mak tak dapat cuti untuk ikut bersama. Bermula daripada menaiki bas ke Pahang, saya dah mula menangis.

‘Ya Allah.... Aku kat reality ke mimpi ni....? Ya Allah....’, hati berkata-kata, air mata turut mengalir bersama.

Setibanya di kolej Islam untuk ‘settle’kan segala-galanya, saya berjumpa dengan teman-teman buat kali terakhir. Ya Allah... Sedihnya time tu. Sebab tak sempat nak jumpa semua. Waktu sangat suntuk. Kebetulan, pada hari pendaftaran, slip peperiksaan dah boleh ambil daripada ketua jabatan masing-masing. Selesai je urusan berhenti, saya pergi ambil result. Ya Allah.... Bersyukur dengan result exam saya time tu. Saya cuma target 3.75, tapi.... Allah bagi 3.95....! Subhanallah.... Terharu dengan Allah. :’)


“Husna, betul ke Husna nak berhenti ni? Result Husna cemerlang tau. Husna dapat result yang paling cemerlang untuk course Husna bagi semester 1 ni. Husna fikirlah baik-baik.”, ketua jabatan Bahasa Arab menasihati saya. Ustazah Norahida namanya.

Saya tunduk.

“Kalau boleh saya nak terus berada di sini, ustazah. Sebab saya minat course ni. Tapi... Saya terpaksa ustazah. Mak saya tak mampu nak tanggung pembiayaan kat sini. Mak tak bagi ambil PTPTN.”, jawab saya dengan nada perlahan.

“Takpelah. Yakinlah yang keputusan mak Husna adalah yang terbaik.”, kata ustazah setelah beberapa lama berbual.

Saat melangkahkan kaki ke dalam bas untuk pulang ke Kuala Lumpur, saya menangis.

“Ya Allah... Ini mimpi ke reality......? Ya Allah..... Tolonglah tabahkan hati ini.....”, hati berkata sambil menangis.

Sepanjang dalam perjalanan, saya tak mampu bendung kesedihan. Air mata tak dapat ditahan.

Setibanya di rumah, saya duduk di sebelah mak yang baru selesai solat.

“Macam mana urusan? Dah settle semua dah?” , mak bertanya dengan penuh keprihatinan.

“Dah, Alhamdulillah. Tapi mak.... Sedihnya.....”, jawab saya berterus-terang.

Saya terus tertunduk dan menangis. Menangis tersedu-sedan. Sungguh, tak dapat kutahan.

Mak terus peluk saya. Sweet sangat mak time tu. Mak peluk saya erat-erat. Mak kata, ‘Takpelah Una. Pasti ada rezeki yang lebih baik. Maafkan mak sebab mak tak dapat biaya sepenuhnya. Gaji mak cukup-cukup je. Dulu, mak ingatkan boleh, tapi tak. Baitulmal pun lambat dapat.”

Saya menangis. “Takpelah mak. Una tak salahkan mak. Takdir Allah.”

Hampir setiap hari saya menangis. Saya cuba juga untuk stabilkan emosi saya. Saya sibukkan diri dengan kalam-Nya. Hanya dengan cara itu, hati akan menjadi tenang. Alhamdulillah, Allah memang sangat memahami. Banyak ayat-ayat cinta-Nya yang menyedarkan saya. Yang melembutkan hati saya. Ya Allah... Uhibbullah.... <3

Setiap hari saya berdoa, ‘Ya Allah, tabahkanlah hati ini. Pasti ada yang lebih baik. Kuatkanlah aku.’


Selang beberapa hari kemudian, saya dapat tawaran (tawaran yang tak disangka-sangka sebab saya tak pernah apply untuk ke politeknik)  ke Politeknik Ungku Omar  dalam bidang Islamic Banking untuk sesi Disember 2012. Saya gembira walaupun saya tak pernah terfikir nak sambung belajar dalam bidang Banking. Apa-apapun, saya terima tawaran dan pergi mendaftar 31 Disember 2012. Inilahlah yang saya maksudkan ‘sekelip mata’ :

Julai 2012 : Sambung ke kolej Islam.
November 2012 : Cuti semester.
Disember 2012 : Berhenti dari kolej Islam.
31 Disember 2012 : Sambung ke Politeknik.

Sekelip mata kan? Dan tak pernah terduga dek fikiran dan akal yang terbatas ni.

Dan...
Sekarang.... Saya cuba tanamkan sifat syukur yang tinggi dalam diri saya. Saya tak nak mengeluh. Saya tak nak fikir negative. Saya tak nak merungut. Saya tak nak rasa kehilangan buat kali kedua. Cukuplah saya dah pernah merasai kehilangan setelah meninggalkan kolej Islam. Saya kehilangan bidang yang saya cintai. Saya kehilangan ustazah-ustazah dan ustaz-ustaz yang saya hormati + kagumi. Saya kehilangan kakak-kakak senior yang sangat menyayangi saya. Saya kehilangan sahabat-sahabat yang mencintai dan menyayangi saya sepenuh hati. Saya kehilangan! Benar-benar rasa kehilangan! :(

Dulu....
Saya selalu mengeluh dengan apa-apa perkara yang tak menyedapkan hati saya. Saya lebih banyak merungut dengan apa yang tiada berbanding bersyukur dengan apa yang saya ada. Saya terlalu inginkan kesempurnaan yang mustahil untuk dicapai. Walhal, hakikatnya tiada yang sempurna. Pasti ada cacat cela dan kelemahan. Saya sedar semua tu sekarang.

Sekarang....
Saya berjanji pada diri saya yang saya TIDAK AKAN sekali-kali mengulangi ketidaksyukuran itu lagi. Never! Insya-Allah. Mudahkanlah niatku wahai Allah. Aamiin~
Saya tak mahu menjadi hamba yang kufur. Nau’zubillah. Saya nak jadi hamba yang bersyukur. Nak jadi manusia yang positif. Aamiin ya Allah. Walau seteruk mana pun keadaan di tempat baru ni, saya takkan mengeluh dan merungut. Walau sebaik mana pun keadaan di tempat baru ni, saya takkan terlalu happy atau terlalu memuji. Biarlah segala-galanya sederhana cuma. Itulah yang terbaik. Insya-Allah.

Suatu masa...
Sewaktu usrah bulan lepas, naqibah (yang merupakan ustazah/lecturer kat politeknik ni) pilih saya untuk menceritakan kisah duka sebelum/selepas belajar di politeknik. Saya cuma terfikir tentang kolej Islam je. Saya pun cerita la apa yang saya lalui dan alami.


Tiba-tiba suara bergetar. Air mata hampir saja mengalir deras. Tapi, syukur masih dapat ditahan daripada meluncur laju. Saat saya sedang bercerita, ada beberapa ahli usrah yang dapat menghayati kesedihan, keperitan, kesakitan dan kekecewaan yang saya alami. Air mata mereka turut bergenang.
Akhirnya, saya ambil keputusan untuk ringkaskan cerita padahal panjang lagi sebenornya. Huhu. Naqibah turut menghayati kisah ‘mimpi dalam realiti’ saya.

Saya sebenarnya tak nak menangis time tu. Malu............... Tapi, tak dapat tahan. Saat saya bercerita tu, terasa sesuatu dalam hati saya. Suatu perasaan yang sangat sangat sangat mendalam yang tak mampu dirungkaikan. Terasa perit sangat. Sebab tu, tak dapat tahan air mata.

Walauapapun, saya cuba untuk redha. Ustazah (naqibah) pun ada pesan, “Semua yang berlaku ni ialah takdir Allah. Dah tertulis kat Luh Mahfuz. Dan segala-gala yang berlaku kat atas dunia ni adalah dengan sifat keadilan Allah.”

Benar. Semuanya berlaku atas sifat keadilan Allah. Saya tak bersyukur, jadi Allah tarik balik nikmat tu. Sekarang, apabila tiada lagi dalam genggaman, barulah nak kenang semua yang baik-baik belaka. Kalau tak dulu, selalu merungut dengan apa yang tiada. Astaghfirullah... Ya Allah, maafkanlah aku... :’(

Sekarang, saya sedar semua tu. Walaupun kadang-kadang, terfikir jugak yang negative-negative, saya berusaha lawan. Berdoa supaya mampu dan kuat untuk jadi insan yang positif. Insya-Allah, Aamiin... Kamu doakan saya ya? Saya tak nak perkara ni berulang lagi. Saya tak nak Allah tarik balik nikmat yang Dia bagi. Saya nak jadi hamba yang bersyukur. Jauhi sifat kufur. Aamiin... Insya-Allah.

Apabila perkara-perkara negative jadi, saya cuma mampu kata, “Nau’zubillah.” “Ya Allah, kuatkan aku.” “Ya Allah. Bantulah aku untuk jadi insan yang positif.” ”Ya Allah. Bantulah aku dalam melakukan ketaatan kepada-Mu.”
Aamiin....!


Sebenarnya, setiap hari saya teringat segala-galanya tentang kolej Islam. Saya teringatkan sahabat-sahabat di sana yang sentiasa saya rindui dan sayangi. Saya teringat Ustazah Norahida yang selalu menyebarkan aura positifnya. Saya teringat Ustaz Muhammad yang sangat bagus pengajarannya dalam subjek ‘Tahfiz’. Saya teringatkan ‘Kelas Intensif Bahasa Arab’. Saya teringat kakak-kakak yang sentiasa melayan saya dengan baik. Saya teringat Miss Ida Khairiyah yang sangat sporting dan baik. Saya teringat Ustazah Fadelah yang selalu menyebut-nyebut nama saya ketika dalam dewan kuliah dulu. Saya teringat Ustaz Suphian yang suka sangat mengusik orang. Saya teringat Ustaz Asmadi yang mengajar subjek ‘Aqidah’ dulu. Saya teringat ustaz yang mengajar subjek ‘Fiqh Ibadah’ dulu, yang sentiasa bersabar dengan karenah saya yang kerap tersengguk sewaktu kelasnya berlangsung. Astaghfirullah. Saya teringat Ustaz Fazzly yang mengajar dengan sabar subjek ‘Computer and Application’. Ya Allah.... Rindunyaaaa dengan semua tu. Sangat rindu! Jiddan jiddan jiddan! :’(


Terasa ingin putar semula waktu ini tapi......mustahil sekali. Ya Allah..... Tabahkanlah hati ini. Redhakanlah aku dengan apa yang telah terjadi. Bantulah aku dalam mendidik diri untuk menjadi insan yang sabar, redha, positif, kuat dan pasrah dengan apa yang telah berlaku. Ya Allah.... I put my trust in You. Uhibbullah ya Rabb~ <3


*****************

2 gambar di bawah ni, ialah gambar Masjid di kolej Islam yang saya belajar dulu. :-






Yang ini pula, gambar Masjid Sultan Azlan Shah, yang terletak bersebelahan dengan KAMSIS Politeknik Ungku Omar (KAMSIS : asrama bagi pelajar PUO) :-


Cuba kamu perhatikan gambar-gambar masjid tu, macam lebih kurang je kan? Setiap kali pergi masjid yang berhampiran dengan PUO ni, saya mesti teringat kolej lama saya. Rindu sangat. Kat sini pun, saya jumpa beberapa orang yang wajahnya seiras dengan sahabat-sahabat saya di kolej Islam dulu. Subhanallah. Allah mengubati rindu saya dengan 'menghantar' saya ke tempat ini. Walaupun tidak lagi berada di Kolej Islam, ingatan saya pada setiap insan di sana tidak pernah luput.  Tambah-tambah pula, apabila terlihat sesuatu yang seakan-akan dengan apa-apa yang berkaitan dengan kolej Islam.

Jadi, nasihat saya buat kamu yang membaca,

BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG ADA. USAH PERSOALKAN APA YANG TIADA. 
HARGAI APA YANG BERADA DALAM GENGGAMAN, SEBELUM IA HILANG TANPA KERELAAN. 
JADILAH HAMBA YANG BERSYUKUR, JAUHI SIFAT KUFUR.

Firman Allah SWT :قَلِيلًا مَّا تَشكُرُون~ ‘ - tetapi sedikit kali kamu bersyukur. (Allah beri kita macam-macam, tapi sebagai hamba, terlalu sedikit kita bersyukur. Itulah maksudnya.)

Sedikit sekali bersyukur? Nau’zubillah.....~ :’(

Semoga kita tergolong dalam golongan hamba yang bersyukur, bukan kufur. Insya-Allah.... Rabbi yassir wala tua’ssir. Rabbi tammim bilkhoir... Aamiin~

Sekian kisah saya. Ketahuilah, sakit itu perit. Hati ini terasa ingin menjerit. Tersepit. Ya Allah.....

Em, doakan saya supaya sentiasa beriman teguh untuk kekal ampuh, ya? Insya-Allah. Aamiin~


Jazakumullahi khairan kathira kerana sudi membaca. Kalau boleh, tinggalkan comment di bawah ni dan berilah saya kata-kata semangat dan nasihat. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...