Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.' "

(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)


Friday, April 8, 2011

'Correction Tape' Yang Comel


Assalamualaikum....

Kepada perempuan-perempuan di luar sana, jom beli correction tape ni..... ! Comel tak ?? Comelkan? heheh ^ ^
Hari ni tiba-tiba rasa macam nak kongsi benda yang saya suka... Pelik je kan?? hehehe ....
Murah je correction tape ni ( insha Allah ), 1 packet ada 3 correction tape = RM 4.90 ( setiap 1 correction tape, 5 meter )

Takdela mahal sangat, takdelah murah sangat.. Kira, berpatutan la kan ? ^ ^

Bagi yang duduk kat Taman Tun Dr. Ismail, Kg. Sg. Penchala atau yang berhampiran, bolehlah beli correction tape ni di Jasema Enterprise yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail....

CEEPAATTT ! Sementara stok masih ada... ! ( Rasa macam orang yang tukang promote pula. hehe ^ ^ )

Pelik je, tiba-tiba jadi tukang promote correction tape ni.. Sejak bila la kan...? hehe ^ ^

Ok, kalau nak beli, belilah. Kalau tak nak beli, tak pe....

Wassalam ~ ^ ^

2 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Sebenarnya bila akak tengok je correction tape ni, akak dah teringat JASEMA. haha

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumussalam...hehe...pandai kak wani....mmg Jasema kdi alat tulis yg glamour kat taman tun kan?mungkin kot. hehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...