بسم الله الرحمن الرحيم
Saya
menulis di sini pada hari ini bukanlah untuk menceritakan keaiban diri sendiri.
Saya hanya ingin menyatakan rasa hati yang telah saya pendam beberapa hari.
Tiada seorang pun yang tahu apa yang sedang saya fikirkan kecuali Allah dan
kamu yang membaca post ni. :’(
Dah
beberapa hari saya bazirkan masa yang terluang macam tu je. Dulu saya tak macam
ni. Sekurang-kurangnya, lepas saya dah tidur lama sikit pagi tu, saya takkan
tidur untuk waktu petang. Saya akan sibukkan diri dengan benda-benda lain.
Kerja-kerja lain. Tapi, saya tak tahu kenapa saya rasa malas sangat-sangat
beberapa hari ni. :’(
Kalau
dulu, lepas je bangun tidur waktu pagi tu, walaupun kadang-kadang dah agak
lewat (ni kes tidur lepas Subuh), saya akan terus bangun dan sibukkan diri
dengan kerja-kerja rumah. Basuh kain, sapu rumah, kemas rumah, memasak, lipat
kain, pastu, tolong mak lepas mak dah balik kerja.
Tapi
kali ni, saya tahu saya dah lewat bangun tidur tapi saya buat rilexxxx je......
Saya rasa biasa. Kalau dulu, ada rasa menyesal tu tapi sekarang?
Astaghfirullahhhh... Kenapa dengan aku????? Hati dah keras ke? Nau’zubillah....
:’(
Dahlah
dah tidur lama pagi tu, petang tidur lagi. Pastu, malas nak memasak.
Serba-serbi malas. Ya Allah....
Sebenarnya,
kat kolej, saya dah berjaya untuk tak tidur lepas Subuh. Saya sibukkan diri
dengan kerja-kerja lain yang lebih penting yang saya boleh buat. Bila saya tak
cukup tidur, baru saya akan tidur lepas Subuh. Cuma kadang-kadang terlajak
jugak sampai ke 10am lebih. Kadang-kadang pukul 11am. Pernah sekali pukul 12pm.
Mau tak gelabah! Tak pernah-pernah tidur sampai pukul 12pm! Terus menyesal.
Sejak dari tu la saya berazam untuk tak tidur lepas Subuh. Saya berjaya dengan
misi saya tu. Memang kat kolej, saya padatkan aktiviti saya. Walaupun saya rasa
penat sangat, tapi saya puas dan gembira sebab saya dapat habiskan masa dengan
perkara-perkara yang bermanfaat. Saya rasa gembira sangat sebab saya berjaya
ubah apa yang saya nak ubah.
Waktu
hari raya haji hari tu, saya balik rumah dengan harapan saya akan istiqamah
dengan apa yang saya cuba ubah. Mula-mula memang hampir menjadi. Sampailah satu
masa tu, seseorang telah buat hati saya terguris dengan kata-kata yang
dilontarkannya. Saya terus patah semangat. Rasa kecewa sangat dengan kata-kata
dia. Saya cuba untuk berfikiran positif. Tapi saya tak tahu kenapa saya tak
boleh. Saya betul-betul tertekan. Dicampur lagi dengan masalah yang saya tengah
hadapi sekarang, saya betul-betul serabut. Si dia masih menge’point’ saya. Saya
betul-betul serabut.
Terguris
+ Masalah-masalah = Stress
Kali
ni saya betul-betul lemah. Orang selalu kata saya kuat. Kuat dalaman. Huh? Kuat
ke ni?? Kali ni saya betul-betul lemah. Sangat tertekan. Sangaaaattttttt.
Sampai affect kat tindakan seharian saya. Disebabkan saya malas nak fikir semua
benda ni, saya pun banyakkan tidur dan biarkan rasa malas menyelubungi diri. Huh! Memang saya
tahu tindakan saya ni tak patut pun. Tapi apa gunanya kesedaran tanpa sebarang
tindakan???? Memang tak patut!
Saya
tak tahu kenapa saya macam ni. Tak. Sebenarnya saya tahu kenapa. Saya terlalu
ikut perasaan dan nafsu. Sampai bila? Selama-lamanya? Astaghfirullah. Saya kena
hadapi semua ni dengan sabar dan tenang.
Tetiba
saya rasa saya tak layak untuk memberi nasihat terhadap orang lain. Apa guna
post perkara-perkara Islamik tapi saya sendiri tak Islamik? Ajak orang buat
baik tapi saya sendiri tak baik? Huh. I’m so terrible! :’(
Saya
sendiri terumbang-ambing tapi ada hati nak membimbing?? Ya Allah.... :’(
Saya
tak nak jadi orang yang macam dalam firman Allah ni :-
“Wahai
orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu
kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa
yang tidak kamu kerjakan.”
(Surah
As-Saff, ayat 2 dan 3)
Ya
Allah.... Tolong aku.... :’(
Kamu
yang membaca, tolong doakan saya... :’(
Saya
tak tahu kenapa saya menjadi selemah ini gara-gara hati terguris dek kata-kata
manusia yang bersifat sementara cuma.. Ah! Semua kerana saya terlalu ikut
perasaan!
Semalam,
saya terbaca firman Allah ni :-
“Apakah
manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami
telah beriman,” dan mereka tidak diuji?”
(Surah
Al-‘Ankabut, ayat 2)
Ayat
ni betul-betul menyedarkan saya. Allah sedang menguji saya untuk menguatkan
lagi iman saya. Jadi, kenapa saya perlu jadi selemah ini?? Tidak! Saya mesti
kuat! Saya tak boleh jadi lemah macam ni! Kalau betul cintakan Allah dan
rasul-Nya, saya mesti kuat! Saya tak boleh mengalah macam tu je dengan syaitan
yang sedang bersorak gembira dengan perubahan negative yang saya dah buat untuk
beberapa hari ni. Ya. Aku mesti kuat! Aku kena tabah! Hidup kat dunia ni
sementara je. Semua yang saya hadapi ni sementara je. Kehidupan di dunia adalah
untuk akhirat. Saya tak boleh gagal dalam ujian ni. Saya kena LULUS dengan
cemerlang! Saya kena bangkit balik untuk bina kekuatan diri! Saya kena bangkit
dari segala kemalasan ini!
Allah
sedang uji saya. Itu tanda cinta-Nya. Allah nak uji tahap keimanan saya. Takkan
saya nak mengalah tanpa berusaha membuktikan bahawa saya benar-benar hendak
menggapai redha-Nya?
Target
: Mardhatillah
So,
jangan mengalah! Bangkitlah!
Ingat!
Hidup kat dunia ni sementara je. Hidup di akhirat yang abadi selama-lamanya.
Firman Allah :-
“Dan
kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri
akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui.”
(Surah
Al-‘Ankabut, ayat 64)
Jadi,
tak payahlah nak layan sangat perasaan dan nafsu jahat tu....~
Kembalilah
kepada-Nya. Allah memang Maha Mengetahui segala isi hati.
Di
saat saya tengah serabut macam ni, banyak petunjuk yang saya jumpa melalui
ayat-ayat cinta-Nya dalam Al-Quran. Banyak sangat. Alhamdulillah, ya Allah...
:’(
Jadi,
saya kena sambung semula mujahadah saya. Mesti! semoga Allah mudahkan. Saya percaya
dan yakin, Allah akan sentiasa bersama dengan orang-orang yang ingin menggapai
redha-Nya. Firman Allah lagi dalam surah Al-‘Ankabut, ayat 69 :-
“Dan
orang-oarng yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan
kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang
berbuat baik.”
Antara
masalah yang saya tengah hadapi sekarang ialah masalah yang berkaitan dengan
urusan sambung belajar saya. Memang saya rasa teruji sangat. Sekarang, saya
tengah cuti sem. Cuti sem start dari cuti raya haji hari tu. Tapi, lepas saya
cuti sem ni, saya cuti terus. Faham-fahamlah ye...
Tak
faham? Maksudnya, saya kena berhenti belajar dari kolej tu. Pembiayaan kat
kolej kan mahal.... Mula-mula rasa macam boleh biayai perbelanjaan kat situ, tapi
rupanya tak. Baitulmal pun tak diluluskan lagi. Memang agak sedih la sebab kena
berhenti. Siapa yang tak sedih???
Masuk
kolej tu pun sebab tak dapat tawaran dari mana-mana IPTA. Jadi, sambunglah kat
IPTS. Walaupun result SPM agak ok (Alhamdulillah), tapi saya memang tak dapat
mana-mana tawaran IPTA. Takpelah. Saya pasrah. So, sekarang saya menganggur.
Berhenti dari kolej. Dan masih tak sure nak sambung kat IPTA mana. Tapi,
tinggal lagi satu je peluang : UPSI. Result keluar 30 November ni. Do pray for
me, okay? Kalau saya tak dapat UPSI (Nau’zubillah), saya kena stay dulu kat
rumah (berterusan jadi penganggur kalau tak dapat kerja yang sesuai), pastu,
apply balik UPU untuk tahun 2013 pulak. Ya Allah.... :’(
Walauapapun,
saya tersedar sesuatu lepas baca firman Allah dalam surah Al-‘Ankabut jugak,
ayat 62 :-
“Allah
melapangkan rezeki bagi orang yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya dan
Dia (pula) yang membatasi baginya. Sungguh, Allah Maha Mengetahui segala
sesuatu.”
Saya
tersedar. Ayat cinta daripada Allah ni, kembali menyedarkan saya. Saya je yang
kena yakin dengan Allah sebab Allah dah aturkan yang terbaik. Insya-Allah.
Saya
sedang kembali mendidik diri untuk menilai sesuatu dengan mata hati. Bukan
dengan membuta tuli atau nafsu jahat yang kian menguji.
Saya
mesti meneruskan misi bermujahadah saya! Biarlah orang nak mengata, yang
penting bukan Allah yang mengata.
Nilaian
manusia sementara cuma, nilaian Allah yang abadi selamanya....~
Semoga
saya mampu sentiasa tersenyum seperti Rasulullah s.a.w. walaupun bermacam-macam
perkara yang bermain di benak ini.... Insya-Allah. Mudah-mudahan. Ameen~
~Khamis,
~1
November 2012,
~1630.
assalamualaikum..Moga ujian menguatkan husna..
ReplyDeletesubhanallah...ujian kita seakan sama.Terima kasih atas perkogsiannya...sgt bermanfaat tuk diri ini.mohon copy ea..:)
ReplyDeleteSubhanallah... Semoga kita sama2 kuat hadapi ujianNya.
Delete