بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم :)
Kali
ini, saya cuma ingin berkongsi sesuatu yang telah saya baca semalam. Saya ingin
mengajak diri saya dan diri pembaca untuk bersama-sama memuhasabah diri.Saya ingin berkongsi tentang sifat-sifat wanita pencari syurga.

Okay.
Straight to the point. Kata-kata ini yang agak terkesan pada hati saya :-
“Wanita
pencari syurga semestinya berperibadi yang gemar berpuasa, tegar, ahli ibadah,
patuh, beriman, bertaubat, bersyukur, sabar, taat kepada Rabbnya (penciptanya),
taat kepada suaminya, menunaikan kewajipannya, mengasuh anak-anaknya, mendidik
anak-anaknya, membimbing saudara-saudaranya, menasihati teman-temannya,
memperhatikan hak-hak tetangganya, berbakti kepada kedua-dua orang tuanya,
sayang kepada ibunya, mengevaluasi dirinya, mengawasi hatinya, sentiasa
menautkan hatinya dengan langit dan merumputkan rohnya di kebun syurga.”
Penulis
menyambung lagi. Kali ini lebih terkesan :-
“Wanita
pencari syurga semestinya mengetahui hakikat waktu malamnya, saat manusia
terlelap tidur... Mengetahui waktu siangnya, saat manusia mensia-siakannya...
Mengetahui kesedihannya, saat manusia sedang riang gembira... Mengetahui
tangisnya, saat manusia ketawa terbahak-bahak... Mengetahui masa diamnya, saat
manusia banyak berbicara... Mengetahui kekhusyukannya, saat manusia berlaku
sombong...
Semestinya
dia (wanita pencari syurga) banyak menangis, bersedih, penyayang dan sedikit
bicara. Janganlah dia menjadi orang yang kasar, lalai, berteriak-teriak,
marah-marah, cemas, berakhlak buruk, egois, mengungkit-ungkit pemberian dan
mengeraskan tangis.
Semestinya,
hatinya selalu terpaut pada penciptanya... Semestinya dia mencintai-Nya dengan
sebenar-benarnya...
Ya
Allah, sesungguhnya kami memohon syurga-Mu dan berlindung kepada-Mu dari
neraka.”
Begitulah
tinta penulis (Dr. Mushthafa Murad) di dalam bukunya ‘The Greatest Women :
Wanita Teladan Sepanjang Zaman’. Saat
membaca tinta tersebut, hati ini dirundung duka. Mengapa? Kerana...hati ini
masih tidak suci. Masih terdapat kotoran hitam di sana-sini.
Fikiran
juga menerawang sama. Berat memikirkan tentang amal yang masih lagi sedikit
bukan berbukit. Layakkah diri ini menginap di syurga-Nya nanti..?
Di malam
hari, diri ini tidak pula menghadap Ilahi. Hanya meneruskan mimpi yang sungguh
enak sekali. Langsung tidak bermotivasi untuk berqiamullail apabila terjaga
tiba-tiba di malam hari! Layakkah diri ini bersenang-senang di akhirat
nanti...? Sedangkan, diri ini sudah terbiasa bersenang-senang di dunia yang
fana ini...?
Di siang hari, banyak waktu dihabiskan di atas katil sendiri.
Menyambung semula mimpi yang enak sekali. Membiarkan nafsu tidur dituruti.
Apabila timbul kesedaran dalam diri, barulah kembali menghadap Ilahi. Allahu
Rabbi... Dho’fa quwwati... :’(
Sungguh...
Amal
ibadah diri ini, masih lagi sedikit. Bagaimana jika tiba-tiba Allah Azzawajalla
mencabut nyawa ini?
Ya
Allah... Bantulah setiap hamba-Mu dalam mendekatkan diri kepada-Mu. Mudahkanlah
segala urusan kami. Kurniakan petunjuk buat kami sepanjang perjalanan ini untuk
menuju ke akhirat yang kekal abadi...
Ya
Allah... Sedih sekali apabila memikirkan kelemahan-kelemahan yang terdapat
dalam diri ini. Gusarnya hati ini apabila memikirkan pandangan-Mu terhadap diri
ini... Sudikah Engkau memandang hatiku yang masih mempunyai titik-titik hitam
yang tidak terkira banyaknya..? Astaghfirullah...
Wahai
teman..
Marilah
kita sama-sama memuhasabah diri, antara semua ciri wanita pencari syurga yang
dinyatakan oleh penulis sebentar tadi, berapa banyak sifat yang ada dalam diri
kita? Berapa banyak pula yang masih TIADA dalam diri kita? Allahu Akbar....
Astaghfirullah... :’(
Setelah
menilik diri sendiri, tanyakan soalan ini kepada diri kita,
“Wanita
pencari syurgakah kita? Layakkah...?”
Ya
Allah...
Ayuhlah
wanita. Marilah bangkit semula dari segala kelalaian ini. Yang namanya ajal
itu, tidak pernah mengenal usia sama ada tua ataupun muda.
Sungguh...
Lidah
ini kelu sekali untuk meneruskan kata-kata apabila bicara mengenai ajal. Diri
ini takut. Takut sekali. Takut kecundang di alam barzakh. Jika awal-awal sudah kecundang,
bagaimana pula yang seterusnya..? Ya Allah... Takutnya diri ini. Takut tidak
layak untuk menghuni syurga-Nya namun tidak terdaya pula diri ini menghuni
neraka-Nya (nau’zubillah).
Kitaran sebagai hamba Allah s.w.t. :-
* Andai kecundang di salah satu daripadanya, maka kecundanglah untuk yang seterusnya. Kita sekarang berada di alam dunia. Selagi masih ada nyawa dikandung badan, selagi itu kita masih punyai peluang untuk betulkan kesilapan. Itupun kalau kita nak berjaya di alam barzakh dan akhirat. Insya-Allah. Semoga kita sama-sama dapat mengubah diri kita ke arah yang lebih baik. Dah masuk 1434H dah... Bila lagi nak berubah kalau bukan sekarang? Insya-Allah. Rabbi yassir wala tu'assir. Ingat, target kita : MARDHATILLAH (keredhaan Allah).
Renungan bersama. Wallahua'lam. Wassalam.
No comments:
Post a Comment