بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamua’laikum semua :)
Kali ni, penulisan saya agak tak formal ye. Hehe. Kali ni
nak tulis secara santai n chillex je…. :D
Koma nak dengar tak cerita saya ni? Oklah, macam ni. Siapa
yang ada masalah jerawat kat muka dia? Tak yah angkat tangan, jawab dalam hati
je ekkk.
Secara jujurnya, saya pun ada. Jujur je la ye. Buat apa nak
malu-malu. Kurniaan Allah ni, jangan main-main. Bukan semua orang ada, ‘yang
terpilih’ je tau. Hehe.
Bersyukurlah, andai kamu antara orang yang ‘terpilih’ untuk
berjerawat. ^^
Hmm, ada satu hari ni, salah seorang daripada budak yang
belajar mengaji kat rumah saya, dia mengeluarkan statement macam ni kat saya,
“Banyaknyaaaa jerawattt……”
Saya senyum je. Walaupun agak terkecil hati sikit, tapi tak
apalah, budak-budakkan… Diorang masih tak faham sangat lagi benda-benda yang
sensitive macam ni.
Lepas tu, saya cakap kat dia,
“Alya rasa, Kak Husna pernah minta ke kat Allah nak ada
jerawat?”
“Tak”, jawab si Alya.
Saya tanya lagi, “Alya rasa, orang-orang yang cacat kat luar
sana, diorang pernah minta tak, nak dilahirkan sebagai orang cacat?”
“Tak”, jawab si Alya lagi.
Saya pun teruslah ber’celoteh’ kat dia,
“Haaa… Sebab tu la. Diorang tak pernah minta pun nak jadi
macam tu, sama jugak macam Kak Husna… Allah jadikan semua ni sebab Allah nak
uji tahap keimanan dan kesabaran hamba-hamba-Nya. Jadi, walauapa pun, kita kena
bersyukur. Allah jadikan kelebihan dan kekurangan hamba-Nya berbeza-beza sebab
Allah nak kita berfikir tentang keagungan-Nya. Allah nak kita sentiasa
mengingatkan diri kita supaya jadi hamba yang bersyukur.”
“Ohhh….” balas Alya terangguk-angguk.
Saya tersenyum je. :)
Alya bersuara lagi, “Kak Husna letaklah krim kat muka.”
(Pandai betul budak ni berkata-kata :D )
“Kak Husna dah letak dah. Tapi Allah masih tak izinkan lagi
jerawat tu nak hilang, Kak Husna kenalah bersabar. Belum masanya nak hilang.
Insya Allah, satu hari nanti, jerawat tu hilanglah kalau kita usaha.” jawab
saya.
Si Alya terangguk-angguk lagi.
Sebenarnya dulu, saya ni takdelah banyak jerawat sangat.
Muka ni agak licin & ‘menawan’ la. Hehe. Time form 2 (time saya agak
‘loudspeaker’), muka saya comel la sikit. Hihi. Alhamdulillah..
Dulu saya tak bersyukur pun dengan apa yang saya ada. Contohnya,
bila ada beberapa jerawat naik, saya
mula mengeluh, “Eeeeeiiiii….. Banyaknya jerawat…. Ishhhhh..!” (baru
beberapa dah nak bising. Astaghfirullah…)
Tapi dulu, orang suka kat saya sebab rupa saya. (Hmm….
Biasalah, time-time nak membesar macam ni, mestilah ada ‘proses’ suka menyukai.
Tak matang sangat time tu. Sekarang, matang tu lebih la sikit kalau nak
dibandingkan dengan zaman dulu-dulu ^^, ) Lebih SIKIT je la.. Insya Allah, nanti lebih BANYAK. Hihi ^^
Kalau seseorang tu suka seseorang yang lain sebab rupa dia semata-mata, tu
tandanya dia tak setia.
Kalau orang yang dia suka tu dah tak cantik, mesti dia
campak macam tu je. Tapi kalau suka seseorang kerana hatinya, tu tandanya, dia
memang seorang tulus & setia. Insya Allah. (Macam doktor cinta plak saya
ni. Hehe :D )
Hmm, berbalik pada cerita tadi. Time form 3 (time Allah dah
tunjukkan saya ‘jalan yang lurus’, Alhamdulillah), jerawat dah start naik kat tempat yang tak
biasa naik. Tapi still tak banyak. Masih boleh dikira lagi la :p
Waktu form 4 la, jerawat saya ni naik mendadak. Masya Allah…
Dugaan betul time tu. Dahlah tension kat sekolah, jerawat pulak, macam-macam
yang keluar. Sampai satu masa tu, jerawat saya ada yang besar (tak taulah
spesies apa tu), bukan besar biasa tau, jerawat tu kembung besar macam bisul.
Kat pipi plak tu. Ya Allah….. Time tu, confident level saya memang menurun.
Bila nak datang sekolah & nak berdepan dengan kawan-kawan, ya Allah…. Hanya
Allah je yang tahu perasaan saya. Tapi saya kuatkan jugak semangat nak datang
sekolah. Tak naklah ponteng sebab perkara remeh-temeh macam ni. Tak berbaloi
langsung, kan? ^^
“Husna, apa yang kat pipi Husna tu?” kawan-kawan saya
bertanya soalan yang sama je sepanjang ‘benda’ tu ada kat pipi saya.
Seperti biasa, saya senyum je la nak kawal perasaan. :)
Setiap orang yang bertanya, saya akan jawab macam ni, “Tak
taulah. Tiba-tiba je ada. Husna pun tak sure. Tengah letak ubat la ni. Orang
kata macam bisul, tapi rasanya bukan.”
Alhamdulillah, time tu, saya tak marah-marah pun bila orang
tanya. Saya jawab je dengan sabar. Syukurlah Allah makbulkan doa saya supaya
saya jadi orang yang sabar (time tu la ^^ ).
Tak lama lepas tu, ‘benda’ tu hilang. Alhamdulillah. Orang pun teruja.. :D
Tapi, ‘benda’ tu timbul lagi kat tempat lain, kat belah
kanan pulak. (Dulu kat belah kiri.)
Kawan-kawan saya pun kata kat saya, “Sabar ya Husna…”
Saya senyum je & kata, “Insya Allah….”
Then, ‘benda’ tu hilang. Pastu, timbul lagi kat belah kanan
jugak. Masya Allah… Memang dugaan….
Tapi yang kali ketiga tu, dia tak besar sangat but ambik
masa yang lama jugak la nak hilang. Alhamdulillah, sekarang dah takde dah
kembung-kembung tu semua. Syukur ya Allah….
Waktu saya form 4 and form 5 tu, ada la sorang ni, dia minat
kat saya (saya bukan nak berbangga pasal ada orang minat kat saya, tapi nak
cerita sifat dia). Budak tu sama kelas dengan saya waktu tu. Saya tau dia minat
kat saya pun, sebab kawan-kawan perempuan saya yang agak rapat dengan dia
bagitau kat saya. Tapi lelaki tu, tak pernah la datang ‘menggatal’ kat saya.
Cuma yang saya perasan, dia suka tengok saya dari jauh (dari tempat duduk dia
je la). Memang saya tak sangka yang dia tu minat kat saya. Mana taknya, saya
sedar la yang saya ni bukannya cantik macam dulu-dulu. Sekarang banyak jerawat,
dulu tak banyak. Tapi, tak sangka plak yang dia still minat kat saya. Time saya
ada ‘kembung-kembung’ tu pun, dia masih minat kat saya? Sungguh ku tak sangka….
Huhu.
Satu sifat yang saya kagum pasal budak tu, kalau dia suka
kat seseorang, dia bukan nilai pada rupa semata-mata. Syukur Alhamdulillah,
masih ada insan seperti itu. ^^
Tapi, jangan salah faham plak. Saya bukan jatuh cinta kat
dia tau (saya hanya jatuh cinta pada jodoh yang Allah tetapkan nanti je. Insya
Allah. Heee~ ^^, ).. Saya suka sifat dia yang saya sebut tadi. Saya doakan, dia
dapat yang solehah sebagai pasangan dia nanti . Ameen Ya Rabb. Orang macam ni,
biasanya, hatinya tulus. Insya Allah & Wallahua’lam… :)
Ok. ‘Incident’ lain plak. Ada satu masa ni, kawan saya, dia
belek-belek album saya (memang ada gambar saya & kawan-kawan je), pastu ada
la satu gambar ni, time muka saya agak ‘menawan’ la (hihi), dia tengok gambar
tu, then dia kata, “Dulu muka Una cantik je…”
Sejujurnya, terus berubah air muka saya waktu tu. Lepas tu,
dia perasan yang air muka saya berubah, then dia terus tambah statement dia
tadi, “Errr… Sekarang pun cantik jugak…”
As usual, saya senyum jugak sebab nak kawal perasaan. :)
Ok. Yang lain pulak. Waktu tu, ada majlis restu kat sekolah
untuk budak-budak SPM tahun 2011. Time saya salam dengan pengetua, sempat jugak
pengetua tu cakap kat saya macam ni, “Apa nama kamu?”
“Husna.” Jawab saya sambil tersenyum.
“Eeeii, banyaknyaaa jerawat awak ni…” kata pengetua tu
dengan ‘ketidaksensitifan’.
Like I told you before, saya sedekahkan jugak senyuman kat
pengetua tu macam biasa. Tapi dalam hati tu, hanya Allah yang tahu. Saya bertambah
rendah diri time tu jugak. Rasa macam nak nangis je. Jatuh air muka saya
tau sebab ramai cikgu & ramai murid kat sekeliling pengetua tu. Kebetulan,
sebelah pengetua tu, ada ustazah yang memang rapat dengan saya. Habis je sesi
bersalam-salaman tu, ustazah tanya kat saya, “Husna, apa yang pengetua kata kat
Husna tadi?”
“Dia kata saya banyak jerawat, ustazah. Malu saya. Dahlah
ramai orang time tu.” Saya pun mengadulah kat ustazah dengan nada yang agak
sedih. Nasib baik air mata tak menitis time tu.
Pastu, ustazah pun pujuk saya dengan bagi nasihat, “Tak
apalah Husna… Sabar ya… Apa yang kita ada kat dunia ni, semuanya sementara.
Biarlah dia nak cakap apa. Sabar ya.”
Saya senyum je, tak cakap apa-apa dah time tu. Down
tersangatlah down. Setiap kali terserempak dengan pengetua, saya tetap hormat
dia. Walaupun tak boleh lupa apa yang jadi waktu time salam-salam tu, tapi,
saya cuba jugak berfikiran positif… (Insya Allah) ^_^
Sebenarnya, saya cerita pengalaman saya ni, saya bukanlah
nak menceritakan ‘ketidakcantikan’ saya. Tapi, saya nak bagitau koma-koma yang
kat luar sana, kami-kami yang berjerawat ni, memang sensitive BANYAK kalau sentuh
bab-bab muka ni. Hehe :D
Pastu, saya nak ingatkan koma-koma yang kat luar sana, kami yang berjerawat ni, taklah teruk sangat. Kami pun ada harga diri jugak... ^^
Nanti bila muka kami-kami dah ok (Insya Allah), barulah terbeliak bijik mata tu. Hehe.
Sebenarnya, saya tahu, Allah sedang beri balasan kat saya.
Sebab saya tak menjaga mulut saya dulu. Tak bersyukur dengan apa yang saya ada.
Dulu, saya selalu cakap yang saya ni banyak jerawat (padahal tak pun, sikit jerrr),
sekarang, Allah bagi betul-betul. Saya rela menanggungnya sebab saya yang
memulakannya. Tak apa, Alhamdulillah, saya redha. Kalau Allah tak uji saya
macam ni, sampai bila-bila saya takkan sedar. Sampai bila-bila, tahu nak
mengeluh je. Betul tak? :)
Sekarang, saya masih dalam proses merawat muka saya ni. Banyak
tinggal bekas jugak la. Insya Allah satu hari nanti, akan hilang jugak kalau
saya berusaha. Kan? :)
Sekarang tengah guna produk dari Klinik Dr. Hasseenah,
klinik tu kat Kota Kemuning. Insya Allah berkesanlah sebab kakak saya yang ada
masalah jerawat jugak, dia guna produk tu la sekarang, Alhamdulillah, muka dia
dah agak licin sekarang. Subhanallah.
Actually, dengan muka berjerawat ni, keyakinan diri memang
kurang. Bila nak berdepan dengan orang tu, rasa macam nak tutup je muka ni.
Astaghfirullah. Tak boleh macam tu. Yakin dan berpegang teguhlah pada Allah.
Bukankah pandangan mata manusia ni cuma sementara? Yang penting ialah PANDANGAN
ALLAH.
Insya Allah, saya tengah cuba didik diri untuk redha. Kita
dah usaha, lepas tu, kenalah doa & bertawakal pulak. Sebab Allah yang Maha
Berkuasa & Maha Berkehendak.
Kalau orang tak suka saya sebab saya berjerawat, takpe….
Yang penting Allah suka saya sebab saya redha & bersyukur dengan apa yang
dia bagi. Insya Allah… Tengah didik diri jugak ni supaya tak keluarkan apa-apa
statement yang tak sepatutnya. :)
Kalau orang kata saya tak cantik, takpe… Yang penting Allah
tahu apa yang ada dalam hati saya. Walaupun hati saya tak sesuci waktu saya
mula-mula lahir kat dunia ni, tapi saya cuba. Biarlah saya nampak cantik di
mata-Nya.
Kalau orang tak nak kawan dengan saya sebab kekurangan saya
ni, takpe… Kawan bukan satu, tapi beribu. Kawan yang baik ialah kawan yang
dapat menerima kekurangan dan menghormati kelebihan saya. Insya Allah, masih
ramai lagi kawan yang berhati tulus. Yang penting, kita kenalah jadi ‘sahabat’
dulu, sebelum mintak orang lain jadi ‘sahabat’ kita… :)
Baru-baru ni, saya ada send gambar kat sahabat saya, gambar
waktu muka saya agak ‘menawan’. Hihi :p
Pastu dia tanya saya, “Ni gambar awak ke?”
Saya pun katalah, “Ha’ah… Kenapa? Muka licin?”
Saya gelak je time tu sebab sahabat saya macam agak terkejut
pulak. Haha.
“Lainlah dengan sekarang. Tapi, saya lebih suka tengok awak yang sekarang. Manis je. Silau saya. Haha”, balas dia sambil ketawa terkekek-kekek.
Saya balas balik apa yang dia kata, “Ambooiii, banyaklah awak.
Pandai-pandai je.”
Alhamdulillah, nasib baiklah saya ada sahabat yang
betul-betul memahami diri saya. Saya ada 2 orang sahabat yang paling saya
sayang, Kak Aini & Madihah. (Confirm kembang hidung kalau baca ni. Hehe ^^ )
Terima kasih Kak Aini dan keluarga yang banyak tolong saya
selama ni… Sudi bersama saya di kala susah dan senang… Uhibbuki fillah… <3 :)
Terima kasih Madihah dan keluarga sebab baik sangat dengan
saya. Sentiasa sedia menghulurkan bantuan kepadaku di saat aku memerlukan…
Uhibbuki fillah <3 :)
Terima kasih kepada SEMUA yang sentiasa sedia memberikan
kebaikan kepada saya. Hanya Allah je yang dapat balas kebaikan koma-koma dengan
sebaik-baik balasan. Insya Allah. Ameen Ya Rabb. ^^
Lastly, saya nasihatkan awak-awak yang ada masalah yang sama
macam saya (masalah jerawat ni lah), jangan putus asa ya. Sentiasa berusaha
& cari inisiatif yang sepatutnya. Biarlah orang kutuk kita, orang perli kita,
orang hina kita, atau apa-apa je.. Sabarrrr… Orang tu nak bagi pahala FREE kat
kita. Tak nak ke? FREE ni…. Hehe. :)
Berusaha untuk tak mengeluh jugak ye… Nanti habis musnah
semua pahala sabar kita tu… (I’m talking this to myself too…. ^^ )
Okay. La tai-asuu my friends! Never give up, be strong.
Insya Allah. Allah has planned something good for you. Just be patient and
obey Him. Innallaaha laa tukhliful mi ‘aad (sesungguhnya Allah tidak memungkiri
janji. ^_^ )
The most important things are :-
‘DUIT’
D – Doa
U – Usaha
I – Ikhtiar (just same with ‘usaha’, actually. Tapi nak
dapatkan ‘formula’ DUIT tu, kena la tambah huruf ‘I’. Hehe)
T – Tawakal
Okeehhhh? Tu je yang dapat saya kongsi. Doakan saya punya masalah
ni dapat diselesaikan ye? Insya Allah. Ameen.
Saya doakan awak-awak yang ada masalah yang sama macam saya
ni agar segala urusan awak-awak dalam menyelesaikan masalah ni
berjalan lancar. Ameen.. :)
Kita kena ingat, setiap yang Allah bagi itu ialah NIKMAT.
Setiap nikmat itu ialah UJIAN. Haa, jangan pening kepala pulak. Hehe. :)
Fikirkan betul-betul ye? Hmm… That’s all from me. Hopefully,
you’ll get some benefits or some moral values from my own experience.
The most important moral value from my story is…..
“Watch your mouth because Allah is watching you!” Hihi ^^
Wassalam ^^,
jazakillahu khairan kathiran saudari husna utk coretan hidup ini..sedikit sebanyak memberi kesedaran & motivasi kepada saya...kisah hidup kita memg xbnyk brbeza...moga kita sentiasa kuat dan sabar...forever...amin...:)
ReplyDeleteAlhamdulillah, setiap org ada jalan cerita masing2... Insya Allah, Ameen... Em, apa2pun, semua bergantung pada diri kita sendiri.. :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteas'salam.. sy sangat tertarik dengan gaya penulisan saudari.. pengalaman hidup akan mengajar kita untuk hidup dengan lebih baik.
ReplyDeleteWassalam... Betul... InsyaAllah. Moga kita kuat menghadapi hidup ini. :)
DeleteNak nangis rasa bila bace. Saye pun ade masalah yg same :-(
ReplyDeleteSemoga kita kuat ye, awak....
Deletesokay awkk ! dont give up .. :) if awak ade suami suatu hari nanti , awk beruntung dapat dia sebab dia menerima awk dengan apa adenyer and tak memilih paras rupa .. so everything yg berlaku kat kita ade hikmah yang suatu hari nanti kita akan bersyukur kenapa benda tu jadi kat kita ,, :) hope awk jangan la sedih ye .. doa pada Allah if awk sedihhh okayyy ! :)
ReplyDeleteInsyaAllah... terima kasih Alia atas advice awak... :)
DeleteInsyaAllah.... Moga-moga begitulah.... Hanya kepada Allah kita mengadu dan bergantung harap....
Saya pun pernah mempunyai muka tanpa jerawat masa sekolah . Tapi , sejak masuk politeknik , muka tiba-tiba dikerumuni jerawat . Down memang down sebab dah masuk semester 4 , jerawat belum sembuh walau pakai byk tukar produk pun . Jerawat yg bnyk tumbuh dah jadi jerawat batu . Semoga sembuh seperti sediakala . Insya-Allah ;)
ReplyDeleteInsya-Allah... Moga kita tak putus asa untuk terus berusaha...
DeleteDan benar-benar yakin dengan Allah. :')
Hmm ... Sya pun ada juga jerawat tu .. Hmm .. Lps baca , ade sikit yg sya sedar , xingt lh tpi sya sbut ikut pemahaman sya " mungkin itu balasan sya sbb xreti nk jga mulut " .. Yg tu btul thun ni lk tu .. Hbis timbul satu lgi .. Trus muhasabah diri ..
ReplyDeleteThen syA msa SK tu blom mtang kn , blom thu beza yg baik dan yg buruk , buat je bnde yg dilarang .. Tros timbul pada usiA remaja form 1 ..
Kini , sya cuba untuk hilangkan jerawat dan memutihkan kulit . Caranya sya xsuka bab sya jrg dn sya msih rmja lgi .. Cri lh tntg doa plk .
Ade but lmbt , trus sya ingtkn diri " Jadi tidak semua izin Allah .. Yg pnting kita sudah berusaha " .. Kak doakan sya ye supaya jerawat sya hilang .. And kak post lgi tntg cra memutihkan wajah ikut pndpt akak boleh ?
Moga kita dapat perbaiki kekhilafan yang lalu. Moga kita semtiasa sabar dengan musibah/ujian yang telah menimpa kita ya. InsyaAllah. :)
DeleteTentang memutihkan kulit, akak tak berapa pastilah. Sebab akak tak berapa tahu. Maaf sgt. Mungkin adik boleh try tanya pd orang-orang tua sebab mereka memang banyak sangat petua. ;)
assalam... boleh bgtahu sy berapa kos pergi dr haseenah ? sy pun dah alami nya... jerawat dkt dahi... dua tahun lebih sejak masuk plkn smpai skrg. nie kat dahi mmg taknak stop, n now naik ke dagu pula... pipi siket2 nak naik.... mohon bgtahu aggaran kos ke dr haseenah
ReplyDeleteWassalam Saudari Nazirah. 1st of all, maafkan sy sbb lewat reply pertanyaan saudari ni. Sy baru baca. Maaf ya.
DeleteKos ke Dr. Hasseenah lebih kurang RM200 hingga RM400 sebulan. Dr tu ikut bajet kita jugak. Lagi banyak bajet, lagi banyak yg boleh dia syorkan produk-produk yang dia ada. :)
masyallah . sama mcm saya �� dulu muka licin je lepas kena alergic muka terus teruk naik jerawat. siapa yg kena ja tahu mcm mna sensitif nya kita bila kita bergurau soal muka ni. ada org kutuk2 saya tapi saya diam ja. mmg sgt merendah diri and rasa nak jauhkan dri dari org yg rpt dgn sya. rasa nak jauhkan dri dari semua org �� moga aku tabah ��
ReplyDeleteSy pom ada maslh yg same jugak.kadang2 down sangat2.nk brdepan dgn org pom malu skrg ni tngh cri produk ug sesuai untk muke.mcm2 produk dh gune.semoga sye tbah dgn ujian yg diberi.
ReplyDeletesaya dulu pun muka boleh dikira bersih masa darjah 6 , lepas tu bila masuk sekolah menengah je ramai yang muka berjerawat dan saya selalu mengumpat pasalnya kepada kawan kawan. Masuk je saya tingkatan 2 , fuh. Jerawat naik mendadak . Banyak gile 😢 Kene balik ape saya kutuk orang dulu. Allahu, saya menyesal sangat. Saya dah banyak kali tukar skincare tapi muka still same dan bertambah teruk. Hanya tawakal kepada allah je bagi muka kembali kepada asal. Harap akak doakan saya juga ye! Amin ya rab 🤗
ReplyDeletesalam.. saya mmng tngah mncari motivasi dan kekuatan sekarng.. alhmdulillah saya jumpe blog awak..trima kasih..smoge awak sentiasa dlm rahmat allah..saya doakan awak sentiasa cntik awet muda dan punyai wajah y sentiasa mnjdi pnyejuk hati pasangan.. doakan saya diberi kekuatan..yakin allah hadirkan ujian ni untuk tingktkn darjat kita..insya allah..smoge allah izinkan utk sembuh
ReplyDeleteSemoga tabah ya Lia. nama saya pun Lia juga. Tak sangka jumpa nama sama kat ruangan komen ni hehe. saya pun sekarang sangat down sebab muka masih ada parut dan jerawat masih membiak. Tak ape, kita berdoa dan bersyukur je dengan pemberian Allah ❤️
Deletesalam.. saya mmng tngah mncari motivasi dan kekuatan sekarng.. alhmdulillah saya jumpe blog awak..trima kasih..smoge awak sentiasa dlm rahmat allah..saya doakan awak sentiasa cntik awet muda dan punyai wajah y sentiasa mnjdi pnyejuk hati pasangan.. doakan saya diberi kekuatan..yakin allah hadirkan ujian ni untuk tingktkn darjat kita..insya allah..smoge allah izinkan utk sembuh
ReplyDeletesalam.. saya mmng tngah mncari motivasi dan kekuatan sekarng.. alhmdulillah saya jumpe blog awak..trima kasih..smoge awak sentiasa dlm rahmat allah..saya doakan awak sentiasa cntik awet muda dan punyai wajah y sentiasa mnjdi pnyejuk hati pasangan.. doakan saya diberi kekuatan..yakin allah hadirkan ujian ni untuk tingktkn darjat kita..insya allah..smoge allah izinkan utk sembuh
ReplyDelete