Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.' "

(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)


Monday, May 7, 2012

Informasi tentang Doa

Adab-adab berdoa :-

  1. Memulakan doa dengan menyebut nama Allah dan memanjatkan pujian kepada-Nya.
  2. Mengulang-ulang doa tanpa perasaan bosan atau jemu.
  3. Menghadap ke arah kiblat dengan perasaan takut dan rendah diri kepada-Nya.
  4. Mengangkat kedua-dua tangan separas bahu.
  5. Memohon dengan suara yang lembut (rendah diri).
  6. Bertaubat sebelum berdoa sebagai cara pembersih dosa yang telah kita lakukan.
  7. Mengakhiri doa dengan bacaan selawat dan bacaan hamdalah (alhamdulillah).

Syarat-syarat terkabulnya doa :-
  1. Dengan kesucian hati.
  2. Ketika kita berdoa, hati kita mestilah dalam keadaan bersih (bersih daripada noda dan dosa).
  3. Berdoa dengan kesungguhan hati.
  4. Keyakinan dalam hati bahawa Allah akan mengabulkan doa kita.
Waktu-waktu mustajab untuk berdoa :-
  1. Sewaktu malam Ramadan, terutama malam Lailatul Qadar.
  2. Saat mngerjakan solat fardhu, terutama ketika bersujud (setiap sujud).
  3. Waktu antara azan dan dan iqamah ketika akan mengerjakan solat.
  4. Setiap hari Jumaat.
  5. Sewaktu wukuf di Arafah ketika mengerjakan haji.
  6. Ketika meminum air zamzam.

Wallahua'lam. Semoga Allah sentiasa meredhai kita semua, merahmati kita semua dan semoga kita tergolong dalam golongan hamba-hamba yang sentiasa mendapat petunjuk. Semoga kita juga tergolong dalam golongan hamba-hamba yang bersyukur. Ameen~

Wassalam :)


Sumber : Buku Terbitan Kharisma : Amalan Doa Menjelang Hari Kiamat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...