Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.' "

(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)


Sunday, April 17, 2011

Hari-hari Yang Dilalui..........


بسم الله الرحمن الرحيم
' Ya Allah...
Hari-hari yang aku lalui semakin mencabar. Sungguh mencabar. Sangat mencabar. Mampukah aku menetapkan prinsipku? Mampukah aku untuk terus berdiri teguh di atas landasan yang bengkok? Mampukah aku??

Untuk menjadi gagak putih dalam kalangan gagak hitam memang sesuatu yang mustahil untuk dilakukan terutama bagi hamba Allah sepertiku...Terlalu banyak kelemahan... Tetapi aku tahu, untuk menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah bukan sesuatu yang mustahil.. Semua orang boleh buat termasuk AKU.


Ya Allah...
Bagaimana...? Berikanlah petunjuk-Mu. Sungguh ya Allah, aku benar-benar tertekan... Keadaan semakin rumit... Mampukah aku untuk terus menguatkan iman dalam kalangan teman-teman yang kurang menjaga pergaulan? Yang tidak memegang amanah sebagai pelajar? Yang melanggar perintah Allah supaya menghormati guru? Yang tidak bekelakuan seperti muslim atau muslimah yang CUBA mentarbiyah diri? Sungguh ya Allah... Aku benar-benar perlukan pertolongan daripada-Mu... Tetapi, mampukah aku untuk terus berdiri dengan penuh dedikasi... Mampukah...

Sudah berpuluh-puluh atau mungkin juga beratus-ratus kali aku menghadapi keadaan seperti ini...

"Eh, you dah siap homework hari tu punya? Nak pinjam kejap boleh? Nanti I pulangkan balik."

"Eh, em, awak dah siap kerja sekolah? Tengok jap. Tak taulah nak buat macam mana. Lagi pun busy semalam."

"Esok tolong bawak buku BM ek. I tak siap lagi. Tak tau nak buat macam mana. Peninglah.. Banyak sangat homework."

Ayat serupa. Matlamat juga serupa. Matlamat untuk mengadakan 'acara tiru-meniru'. Dan 'acara' ini sering kali berulang, berulang dan berulang.

Ya Allah...
Aku tidak kisah jika teman-temanku hendak meminta bantuan daripada aku untuk menerangkan soalan-soalan atau mata pelajaran yang mereka tidak faham atau tidak tahu. Tetapi mengapa mereka sering mencari jalan mudah dengan cara MENIRU kerja orang lain? Aku bukan berkira ya Allah... Bukan... Cuma mereka tidak BERUSAHA. Yang mereka tahu, 'kalau tak siap, meniru....' dan yang menjadi 'MANGSA' ialah aku...

Ya Allah...
Adakah aku terlalu berlembut dengan teman-temanku sehingga mereka pijak kepala aku? Atau mungkin juga aku terlalu memendam apa yang aku rasa? Dan yang menjadi pendengar setia ialah Engkau ya Allah... Dan apa yang aku risaukan sekarang ialah apabila 'pendam menjadi dendam'. Nau'zubillahiminzalik ya Allah... Aku tidak mahu sifat itu ada di dalam diriku... Bersihkanlah hatiku...


Ya Allah...
Kadangkala aku bosan dengan sikap mereka. BUKAN dengan mereka tetapi dengan sikap mereka. Apabila meniru, sudah tentu tiada usaha. Jika hendak menuntut ilmu perlu ada USAHA. Barulah ada kesungguhan yang sebenar.


Ya Allah...
Kuatkanlah imanku untuk terus menegakkan syiar Islam di sekolahku. Menjaga peribadiku sebagai seorang wanita Islam dalam kalangan teman-temanku yang kurang memahami 'batas-batas pergaulan dalam Islam'... Kuatkanlah aku ya Allah... Kuatkan diriku, imanku, jasadku dan emosiku... Berikanlah petunjuk-Mu di setiap langkahku... Aku sangat memerlukan-Mu... '

Air mata Nasuha mengalir deras apabila menulis ayat 'Aku sangat memerlukan-Mu' di dalam diarinya.

 Menyedari akan hal itu, Nasuha berhenti seketika untuk menyeka air matanya yang mengalir. Air mata yang sungguh berharga itu sudah pun menitik di atas diarinya. Pilu sungguh hatinya. Terlalu kecewa. Jika ditatap matanya, memang akan terlihat kesedihan yang sangat dalam. Kekecewaan yang sangat memilukan dan sepasang mata yang penuh dengan pengharapan.

Setelah menyeka air matanya, Nasuha menyambung luahan hatinya di dalam diari.

' Ya Allah...
Mencabar sungguh dunia-Mu ini ya Allah sehinggakan kadang kala aku juga seolah-olah ragu dengan rahmat-Mu. Terlalu mengharapkan pergantungan kepada manusia. Yang akhirnya akan mengundang kecewa.

Ya Allah...
Terlalu banyak perkataan-perkataan yang tidak baik yang keluar daripada mulut teman-temanku dan yang menjadi 'pendengar' kepada perkataan-perkataan tersebut ialah aku. Walaupun aku hanya pendengar dan mereka tidak pernah mengucapkan perkataan-perkataan yang tidak baik kepadaku, tetapi aku sangat kecewa dan terkadang aku tertanya,

"Inikah teman-teman yang mampu membimbing aku untuk menuju ke jalan-Mu? Menuju syurga-Mu? Teman-teman yang mampu mendekatkan diriku kepada-Mu? Teman-teman yang mampu mentarbiyah aku di samping mentarbiyah diri mereka juga? Inikah ya Allah..."


Sungguh ya Allah... Hanya Engkau yang memahami perasaanku. Yang memahami isi hatiku. Perkataan-perkataan ini sering kali terhambur keluar daripada mulut mereka, tidak kira lelaki atau perempuan, sama saja. Tiada beza.

" B@b$lah kau! "


"Bodohlah kau ni. Janganla buat macam tu !"


"Shit! Damn it!"


"Taik betul la!"


"Bangang sial....!"


"What the hell???!!"


"What the f@#k??!!"


"F@#k/ng man !!"


Ya Allah...
Kuatkanlah imanku. Bantulah aku untuk menguatkan imanku. Hanya Engkau yang dapat membantu aku. Aku tidak kuat untuk berdiri seorang diri tanpa adanya pertolongan daripada-Mu... Sangat benar kata pujangga,

"Seseorang yang cuba mendekatkan diri kepada Allah, akan terasa asing di tengah-tengah manusia."

Dan kini ya Allah, aku sangat mengerti perkataan 'asing' itu... Sangat mengerti.

Ya Allah...
Kadang kala aku juga ingin berkongsi pendapatku dengan teman-teman yang sekepala denganku. Yang ingin berkongsi suka duka denganku. Yang mampu memberi inspirasi kepadaku. Tetapi bagaimana ya Allah jika cara pemikiran aku dan teman-teman sungguh berbeza? Bagaimana ya Allah... Bagaimana...

Ya Allah...
Aku cuba untuk mengajak mereka ke jalan-Mu, tetapi ya Allah, payah sekali walau aku cuba berlembut, cuba mengajak mereka dengan cara yang halus... Aku cuba ya Allah, tetapi apakan dayaku, aku tidak berjaya... Mungkin kerana aku terlalu banyak dosa dan terlalu banyak kelemahan... Maafkan aku ya Allah... Aku tidak sehebat Asiyah, tidak pula sekuat Sumayyah... Maafkan aku...


Ya Allah...
Hampir setiap hari kulihat kemungkaran berlaku di depan mataku. Lelaki dan perempuan yang bergelak ketawa bersama-sama. Mampu juga tergelak besar dan terbahak-bahak bersama-sama. Ada juga yang berkongsi masalah peribadi yang terlalu peribadi bersama mereka yang berlainan jantina... Di manakah cara hidup Islam diletakkan? Di mana ya Allah... Perasaan malu juga sudah tidak diambil kira. Lelaki dan perempuan duduk rapat-rapat bagai tiada dosa dan pahala. Bisik-bisik ke telinga masing-masing untuk berkongsi cerita. Apabila ditegur, mereka berkata,

"Kawan je kot... Bukannya kami buat apa-apa pun...Lek luuuuuuuu..."

Nau'zubillahiminzalik ya Allah...
Nauzubillahiminzalik...

Ya Allah...
Mampukah aku untuk terus bertahan?? Mampukah aku ya Allah... Aku benar-benar rasa keseorangan tanpa teman yang mampu menasihati aku untuk sentiasa mengingati-Mu di setiap detik dan waktu...


Ya Allah yang Maha Mengetahui... Hari ini aku sudah pandai tersenyum apabila ada lelaki-lelaki yang mengusik, ada lelaki-lelaki yang membuat lawak di depanku... Dan kadang-kadang tergelak kecil... Maafkan aku ya Allah... Ampunkan aku... Aku juga sangat kecewa dengan diri ini... Dan sebab itu, aku mula tertanya dan bertanya kepada diriku, mampukah aku?? Mampukah aku untuk terus istiqomah dalam persekitaran seperti ini... Mampukah aku... Mampukah... "

Nasuha menangis teresak-esak. Tangisan yang penuh syahdu. Terlalu banyak perkara yang dipendamnya dan tidak mampu diluahkan.

Nasuha mengemas diarinya sambil menangis tersedu-sedan. Pilu sungguh hatinya. Satu jam dia menelaah diarinya selepas pulang dari sekolah pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

Bibir Nasuha terkumat-kamit beristighfar.

'Aku tidak seharusnya meragui-Mu... Ya Allah... Maafkan aku...' , getusnya di dalam hati.


Firman Allah S.W.T :

Pada hari itu (hari kiamat), sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).
[ Surah Az-Zukhruf : Ayat 67 ]


****************************************************

Wahai hamba-hamba Allah sekalian...

Mungkin ada di antara kamu semua yang pernah mengalami situasi seperti Nasuha. Mungkin saya, mungkin kamu dan mungkin hamba-hamba Allah di luar sana.

INGAT. Saya bukan sekadar bercerita. Ada mesej yang saya ingin sampaikan disebalik cerita itu. Tetapi, tidak perlu tertanya-tanya dan bertanya,

"Eh, ini cerita betul ke??"

Tak perlu. Apa yang perlu sekarang ini, hayatilah kisah di atas. 

Inilah 'kehidupan'. Semua tidak terjangkau di fikiran dan tidak di duga. Ada yang memeritkan. Ada yang membahagiakan.

Saya harap, saya dan kamu dapat menguatkan diri walau diri kita diuji dengan ujian seberat mana sekalipun kerana semakin kuat diri kita, semakin kuat ujian yang Allah akan berikan. Tetapi, Allah tidak akan menguji hamba-hamba yang mengaku TAAT kepada-Nya dengan ujian yang hamba-Nya tidak mampu untuk memikulnya. Insha Allah, saya dan kamu BOLEH hadapi kenyataan bahawa inilah KEHIDUPAN !

Kita semua sebenarnya MAMPU ! Mudah-mudahan Allah mudahkan jalan kita untuk menuju ke JALAN YANG LURUS.. Insha Allah.... ~

~ Jadilah orang yang berpijak di bumi namun cita-cita tergantung di langit nan tinggi ~

Wassalam.

Tuesday, April 12, 2011

Ce cite....Ce cite....



~~ini kisah teman saya~~

" Marriage is not an ending for a relationship", ujar teman saya...
tak kira la selama mane kita bercinta, itu bukan bukan kayu ukuran sedalam mane kita mengenali hati pasangan.. bukan juga penentu selama mana kita akan bertahan hidup bersama..
ada org baru 3 bulan berkenalan terus kahwin n bahagia seumur hidup.. ada bercinta bagai nak rak.bagai merpati dua sejoli..bagai pinang dilenyek lori..7 tahun menyulam cinta.. kawen..n tak sampai 7 bulan bercerai sudah..

yg lebih parah..tak sempat kawen pun..tp masa bercinta..pijak semut pun tak mati..kentut pun bau wangi..
mungkin rasa sangat jiwang la kalau akak kata "perkahwinan penuh onak ranjau n duri...bla..bla..bla.."
tp itu la realiti.. ramai kita sekarang menganggap lepas a few years bercinta, kita rase dah kenal dah pasangan kita.. but believe me.. takdala se simple itu..

akak 1st year kawen, mmg cabaran.. tiap2 ari bergaduh.. tak puas ati sane tak puas ati sini... bukan senang nak syncronize kan perwatakan masing2.. akak yg bad tempered.. akak kasar.. akak selalu tak sabar..
apatah lagi pasangan kita datang dgn pakej.. mak ayah.. pakcik makcik.. yg kita pun sedia maklum.. ati masing2..perangai masing2.. nak puaskan ati sume org bukan nye senang.. tu tak masuk sejarah sebelum perkahwinan..yg memilukan.. menyakitkan..
ye la..bila di judge dari luaran.. akak tidak sempurna..s ejarah keluarga yg juga tidak sempurna.. (akak ni from broken family)

mmg 1st year kawen akak betol2 rase tertekan.. cabaran datang dari pelbagai penjuru.. kadang2 ada gak rase terpikir.. salahkah pilihan aku ni?
memang terasa sangat yg diri ni bukan favourite.. cara org melayan.. cara org memandang.. aduhh.. rase jatuh ke dalam air mata..

apatah lagi bila mak mertua anggap akak tidak pandai agama.. "siapa nak didik anak2 nanti katanya.. masa bertunang pun byk perempuan lain yg dia rekomenkan ke my hubby.. tapi my hubby tak cerita hal ni dulu..bila kami dah lama kawin baru dia beritahu akak.. (saya yg mendengar pun rase geram)
layanan dingin dari family sendiri menambahkan lagi sengsara jiwa..bukan senang.. sangat2 tidak senang.. family akak pun macam tak berapa suka ngan my hubby dulu..mungkin sebab terasa ngan family my hubby masa kenduri dulu.. (cerita pa,kak?saya rasa teruja nat dengar cerita dia)
takyah la tau.. cerita lame.. akak nak citekan pengalaman akak masa awal2 kawen.. bukan nak citer keburukan org..

suami la tempat bercerita.. dia juga yg sentiasa ada.. beri semangat.. memang dia pun terkena tempiasnya..
jadi dah alang2 yang ada cuma kami berdua.. kami selalu ada utk masing2.. bersabar.. bersabar.. bersabar.. untung Allah sentiasa ada...
kami berjaya bertahan sampai sekarang.. kami semakin bahagia.. hubungan antara keluarga pun makin ceria..



baru dorang sedar.. pasangan kami tidak lah seburuk yg disangka.. akan datang? akak  pun tak boleh nak jangka.. yg penting akak bersyukur dgn apa yg akak ada sekarang..
begitu besar hikmah bersabar.. kdg2 memang elok kite nampak "bodoh".. biar je.. bukan tak nak pertahankan diri ke apa.. cuma taknak panjang cerita..pape pun Allah yg lebih mengetahui daripada kite..", ujar teman saya sambil tersenyum..

~~itu cerita teman saya. saya juga menangis saat dia bercerita semua kisah hidup dia.. siapa sangka.. dia melalui semua tu masa berkahwin.. sungguh tidak kusangka..aduyai.. hidup mmg mcm ni.. always expect d unexpected.. memang betol sangat.. marriage is not an ending for a relationship.. it's d beginning.. masa tu la baru tau hubby kita rupanya tak suka gosok gigi.. baru tau isteri kita nak masak nasi pun tak reti.. ish.. ni contoh aje.. yg dah berlalu kita biarkan, jadikan pengajaran.. yg penting adalah memanfaatkan SEKARANG utk masa hadapan~~

***********************************************************

Done by :
Kartini Seri Dewi binti Birkamsin
Bercerita untuk penghayatan bersama.... Insha Allah, ada manfaatnya... Renung-renungkanlah ~

'Ce cite',  maksudnya 'cuba cerita'.... ^ ^




Saturday, April 9, 2011

Becoming a Housewife

"Penat je ko belajar tinggi-tinggi.Last2 jadi housewife je",komen kawan sekolah lama.

" EEEE..kalau aku,aku tak sanggup jadi housewife", ujar sorang lagi.

 " Kalau itu keputusan Angah.Abah nak cakap ape..".Ada sedikit nada kecewa di situ.

Housewife.Stay-at-home mom.Homemaker.Suri rumah tangga.Macam2 nama yang diberikan mengikut bahasa masing2.



Ada yang jadi housewife sebab terpaksa.Ye la anak ramai,nak hantar taska,beriban2 habis.Ada yg jadi sebab hubby suruh.Katanya bole tgk anak2 membesar dalam jagaan sendiri. Ada juga yang jadi sebab rela."saya puas besarkan n didik anak2 sendiri.lagipun gaji suami cukup utk kami.klu sempit sikit2 tu biasalah.bole berjimat.",kata sang ibu dgn penuh rasa rela.
Mungkin ada sesetengah yang anggap senangnye jadi housewife.dok umah je..
Ada juga yang anggap penat sungguh jadi housewife.Karenah anak.Kerja umah yang tak pernah habis.
Memang jadi housewife nampak mudah,ringkas dan senang.Tapi hakikatnye ia adalah satu keputusan yang bukan senang untuk dibuat.Macam2 yang terpaksa  dikorbankan.Lebih2 lagi dari hal purchasing power.yela..tak de duit sendiri..

Rutin sang emak samada bekerja atau tak..tetap same..pukul 6 (kdg2 subuh gajah gak) pagi kita mesti bangun..terus gosok gigi..mandi dan solat subuh..prepare breakfast n in my case lunch utk bekal suami n anak2 nanti..kalau tak wat pagi2..mmg kelam kabut..basuh kain n so on..n so on..
pagi2 dah bergelut dgn karenah si kakak yg taknak mandi nak tgk kartun instead of malaysia hari ini,kak yam yg tak sabar2 nak minum susu..si baby yg minta segera dimandikan..sumenye serentak..at 830 am (sejurus selepas membabai mr hubby yg baru g keja)
 beep..beep..mesin basuh pulak berbunyi..mintak kain dikeluarkan utk dijemur..at d same time kakak n kyam main air dalam bathroom..
930 am mandikan baby..bagi 2 kakak breakfast..jemur kain..susukan..tidurkan baby..kemas rumah.
tup..tup dah kol 1130 am..barulah sang emak dapat makan..brunch..
kol 1..story time..nap time for the kids..sang emak bangun slow2..taknak bocah2 kecik terbangun..g solat..angkat kain..basuh pinggan..update facebook..wat online transaction..baca online paper..
kol 4 anak2 bangun..satu lagi sesi bergelut..nak susu..nak mandi..nak makan..nak g playground..nak wat art n crafts activity..nak tgk spongebob..
6 pm masak dinner as ringkas as possible..as fast as possible..kemas rumah lagi for d 2nd time or maybe 3rd time..(to make it presentable for sang hubby yg balik slps penat bekerja)..kemas all d stationaries..all books..d paint on d floor..
8 pm just finished maghrib prayer..ajar si kakak mengaji n solat..baby menangis lagi..tak kasi mummy g jauh dari dia..
9 pm g shopping kalau perlu..or g umah opah melawat..
11 pm time for bed..another pergelutan..change diapers..brush teeth..minum air..kdg2 terpaksa ber"gaduh" sebab sume nak tido sekali dgn mummy..
12 midnite barula sang emak ade mase utk diri sendiri.itu pun kalau larat lagi..or dok carik idea utk aktiviti esoknya..

Becoming a housewife bukannye something yg saya cita-citakan..it just happened..atas dasar kasih sayang..atas rasa keibuan..atas rasa hormat pada sang suami..dan satu pengorbanan utk mendapat redha ilahi..sebab org kata kalau suami redha..mak ayah redha..insya allah kita akan dapat bau syurga..
Puas?mmg puas bila dapat membantu anak2 mencapai sesuatu..dapat belajar sesuatu..
Letih?memang letih..kerja umah tak pernah habis..otak kena ligat berfikir..harini nak wat aktivity apa..kena bersedia pulak utk sok..
Hilang sabar?tak terkira banyaknya..padaNya jua tempat memohon perlindungan..anak2 pun adalah satu ujian buat kita..
menjadi ibu bapa bukan shj kita yang mendidik..tapi kita juga terdidik utk menjadi kreatif,menjadi lebih sabar,lebih berdisiplin,lebih bijak mengawal masa,membuat SWOT analysis,membuat budget,making decision,mengetahui learning curve anak2.

Sape kate ilmu yg saya dapat masa dok universiti tak berguna bila saya jadi housewife?cuma mungkin..org tak terima la kalau saya tulis sume ni dalam resume..tak meet d requirement..
Berbanggalah menjadi suri rumah tangga..berbangga lah menjadi ibu dan isteri yg bekerja..coz..walau apapun yg kita pilih..kita tetap diri kita..

*********************************************

[ Hasil nukilan seorang wanita yang telah berkahwin dan pengalamannya. Bagi saya, topik ini sangat menarik untuk dikongsi bersama orang lain dan sebab tu, saya kongsi bersama pembaca-pembaca sekalian. Semoga dapat dijadikan iktibar buat semua. INGAT ! Menjadi seorang suri rumahtangga juga mesti berilmu, kalau tak macam mana nak didik anak-anak?? Mana boleh main didik je tanpa ilmu. Oleh itu, wahai hamba-hamba Allah sekalian, janganlah menilai apa-apa yang didasarnya sahaja. Nilailah dan fikirkanlah dengan lebih mendalam lagi agar tiada yang terasa hati...... ]

~ Yang dilihat tidak menggambarkan hakikat yang sebenarnya...... ~

Wassalam.

Friday, April 8, 2011

'Correction Tape' Yang Comel


Assalamualaikum....

Kepada perempuan-perempuan di luar sana, jom beli correction tape ni..... ! Comel tak ?? Comelkan? heheh ^ ^
Hari ni tiba-tiba rasa macam nak kongsi benda yang saya suka... Pelik je kan?? hehehe ....
Murah je correction tape ni ( insha Allah ), 1 packet ada 3 correction tape = RM 4.90 ( setiap 1 correction tape, 5 meter )

Takdela mahal sangat, takdelah murah sangat.. Kira, berpatutan la kan ? ^ ^

Bagi yang duduk kat Taman Tun Dr. Ismail, Kg. Sg. Penchala atau yang berhampiran, bolehlah beli correction tape ni di Jasema Enterprise yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail....

CEEPAATTT ! Sementara stok masih ada... ! ( Rasa macam orang yang tukang promote pula. hehe ^ ^ )

Pelik je, tiba-tiba jadi tukang promote correction tape ni.. Sejak bila la kan...? hehe ^ ^

Ok, kalau nak beli, belilah. Kalau tak nak beli, tak pe....

Wassalam ~ ^ ^

Banit dan Banat


BANIT & BANAT

Marilah kita berfikir sejenak
Jika kita ini tidak benak
Datanglah sang hawa menghadap
Pelbagai cara ke banit dengan mengharap
Apakah dapat dihalang
Jika fitnah paling besar mendatang
Sungguh aku mengaku
Bahwa banat mudah menaikkan nafsu
Sesuai dengan bersabdanya Nabi Muhammad
Bahawasanya nisa' itu fitnah besar yang kuat
Jangan kita berani mencabar
Akan hasutan syaitan yang besar
Tiadalah manusia dapat melawan
Melainkan dengan bantuan Tuhan

Bagaimana pula datangnya si Adam
Dengan cara seperti menerkam
Wahai banat, aku memberi amaran
Bahawa godaan kami ibarat harimau kelaparan
Janganlah kau cuba beri laluan
Sekalipun hanya dengan sapaan
Sungguh ku kata tiadalah kami berani "masuk"
Apatah lagi mahu "mengetuk"
Maka jangan kau sekali-kali membiarkan "tidak berkunci"
Lebih-lebih lagi dibiarkan buka dengan "tidak berpenghuni"
Semuanya ini sudah terbukti
Lihat sahajalah zaman ini
Bagi yang sudah menjaga batasan aurat
Janganlah kau pula yang nakal mengorat

Muslimin muslimat tino jante lelaki perempuan
Mereka ibarat magnet yang berpautan
Jika betul antuma ingin dicantumkan
Maka ikutlah cara syari'at bukannya cara syaitan.....
**************************************************

[ Sedikit perkongsian yang saya buat untuk pembaca sekalian. Puisi ini bukan rekaan saya, tapi saya terbaca di Facebook. Saya tak pasti siapa 'pemiliknya', tapi lepas saya terbaca, saya tertarik dan ingin menarik orang lain untuk membacanya. Jadi, saya kongsi di blog saya... ^ ^
Semoga bermanfaat... Insha Allah ~

Renung-renungkanlah ~ Wassalam... ^ ^  ]



Wednesday, April 6, 2011

Aku Mengagumimu Wahai Pemuda



Tutur katamu,
Lembut bicaramu,
Tingkah lakumu,
Bisa membuat manusia terpaku,
Terpaku dengan akhlak muliamu...

Tak kusangka wahai pemuda,
Dalam kegagahanmu,
Terselit kelembutan yang mempesona...

Tak kuduga wahai pemuda,
Dalam ketaatanmu,
Terselit ketabahan yang penuh bermakna...

Tak kujangka wahai pemuda,
Tika keadaan kian menekan perasaan,
Kau menguatkan iman didada,
Menepis segala godaan syaitan...

Wahai pemuda,
Kagumnya aku pada dirimu,
Di usia yang masih muda,
Kau benar-benar menjaga pergaulanmu...


Wahai pemuda,
Fitnah terbesarmu ialah WANITA,
Maka tetapkanlah prinsipmu untuk menepisnya,
Biarkan mata-mata memandang hina,
Asalkan Si Empunya Mata meredhainya...

Istiqomahlah dalam ketaatanmu,
Berdoalah andai DIA menguji imanmu,
Percayalah kepada Allah,
Nescaya kau tidak akan rebah...
Berpeganglah kepada sunnah,
Maka hidupmu lebih terarah...

Wahai pemuda,
Ingatlah pesanan daripadaku,
Pesanan daripada saudara seagama denganmu,
Peliharalah dirimu sebaiknya,
Agar tiada zina mata...
Agar tiada zina hati...
Dapatlah kau menetap di Syurga Firdausi...

Ku doakan kau tetap berdiri,
Berdiri dengan penuh dedikasi,
Walau keadaan membelenggu diri...

Wahai pemuda,
Ingin sekali kulihat pemuda sepertimu,
Berada dalam kalangan ahli keluargaku...
Aku impikan saudara lelakiku menjadi pemuda sepertimu...
Menjadi pemuda yang SOLEH hanya kerana YANG SATU...



[ Puisi ini saya tujukan khas buat pemuda-pemuda yang benar-benar menjaga pergaulannya, menjaga iman dan dirinya walau di mana dan ke mana sahaja dia berada...

Tercetus idea untuk mencipta puisi ini apabila saya melihat seorang pemuda (lebih muda daripada saya) di sekolah yang sangat menjaga pergaulannya dengan kawan-kawan terutama perempuan. Saya sangat kagum dengan 'dia' kerana di usia yang masih muda, 'dia' dapat menjaga diri 'dia' dengan sangat baik. SUBHANALLAH. Dan salah satu sebab saya kagum dengannya kerana itulah kali pertama saya jumpa lelaki yang betul-betul menjaga pergaulan di SEKOLAH saya.... SUBHANALLAH...
Kawan-kawan lelaki saya (di sekolah) pun, saya tak pernah jumpa lagi. Dan 'dia'lah orang pertama yang berjaya buktikan kepada saya bahawa masih ada lelaki yang jenis macam tu di sekolah saya... Insha Allah...

Terima kasih, Allah...
Terima kasih, 'adikku'...

Semoga istiqomah, ye dik... ^ ^ ]

Firman Allah S.W.T :
Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.
[ Surah Al - Ahzab : Ayat 35 ]

Tuesday, April 5, 2011

Badai Kekecewaan

 
 
Kecewa sungguh dengan manusia,
apabila menabur jasa, habis diungkit seantero dunia,
apabila diberi bunga, habis dilempar tahi ke muka,
apabila diberi budi, katanya tak ikhlas memberi,
apabila dijawab, katanya tak mengenang budi,
apabila tak dijawab, katanya " tahu takut aku lagi hebat, aku lagi tinggi "
apabila diminta cuba memahami dan saling memberi," aku sendiri tak cukup lagi.. asyik-asyik aku kena faham.. kau bila lagi?? "

Aduh....
memang kecewa dengan manusia,
manusia ciptaan ALLAH berakal tinggi, bersekolah tinggi,
yang menentukan tetap sekeping hati.....

tetapi.....
syukur ALLAH tidak pernah mengecewakan,
apabila berjasa, pinta-NYA ialah taatilah AKU....
tetapi.....
cuma diriku yang masih tidak mahu mengerti....
 
 
Ya Ilahi....
tumbuhkanlah bunga dalam diri ini,
agar dapatku memberi seikhlas hati...
ikhlas memberi walau disakiti..
ohhh... payah sekali.....
belum ditadah tangan, sudah tahu isi hati,
DIALAH paling memahami apa yang terkandung di dalam hati.....

Aduh..
Tuhan sendiri tidak pernah kecewa dengan manusia,
memberi, menyayangi, merahmati dan melindungi,
walau DIA sendiri tahu, bukan semua akan mentaati........

~ sekadar nukilan di malam hari, oleh kakakku, Kartini Sri Dewi bt. Birkamsin ~
 

Firman Allah S.W.T :

Janganlah kamu bersedih hati oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah S.W.T. Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
[ Surah Yunus : Ayat 65 ]
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...