Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.' "

(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)


Monday, February 14, 2011

Perjalanan 'Aku' ke Kubur

Ucapan Mayat Ketika Dibawa ke Kubur




Apabila mayat sudah diusung oleh manusia untuk dibawa ke kubur, mayat itu tidaklah hanya diam sahaja. Ia berkata-kata melalui bahasanya sendiri tetapi hanya didengari dan difahami oleh benda-benda yang ada disekelilingnya kecuali manusia yang hidup.

Manusia tidak diizinkan oleh Allah untuk mendengarnya. Andai manusia dapat mendengar ucapan tersebut, mereka akan terkejut dan pengsan. Allah lebih arif dalam mengetahui kemampuan manusia ini. Manusia tidak akan sanggup untuk mendengar ucapan-ucapan mayat.

Ucapan mayat ketika dibawa ke kubur itu berlainan antara satu sama lain. Semua ini bergantung pada amalan manusia ketika di dunia, sama ada manusia itu orang yang soleh atau orang yang derhaka kepada Allah.

  1. Orang yang soleh, mereka seolah-olahnya berkata :
      “ Cepatlah bawa aku ke kubur.”



  1. Orang yang derhaka dan ahli maksiat seolah-olah berkata pula:
      “ Ke mana kamu semua membawa diriku ini?”


Mengenai perkara menghantar mayat ke kubur ini Rasulullah S.A.W bersabda   yang bermaksud :

 “ Apabila mayat itu sudah diletakkan ( dalam usungan ) dan dibawa oleh orang- orang lelaki di atas bahunya ( ke kubur ), jika mayat itu termasuk orang yang melakukan amal soleh, dia akan mengucapkan : 
‘ Segerakanlah oleh kamu semua ( membawa aku ke kubur ini )’ , tetapi apabila mayat itu beramal buruk dia  mengatakan : ‘ Aduh! Alangkah celakanya, ke manakah kamu semua membawa aku ini.’ Semua benda mendengar ucapan mayat itu kecuali manusia. Andai kata manusia mendengar, tentu mereka akan jatuh pengsan.”
                                                                                                           ( Riwayat Bukhari )
Mayat Setelah Dikebumikan



Apabila mayat telah dimasukkan ke dalam liang lahad akan ditembusi pula dengan tanah. Setelah kesemua orang-orang yang mengusung ke kubur itu, pulang meninggalkannya, tinggallah dia bersendirian di dalamnya. Di situ tidak ada lampu. Tidak ada sedikit pun makanan dan miuman.

Andainya mayat itu adalah calon ahli syurga, akan dibukakan pintu syurga dan diucapkan kepadanya :
“ Itulah tempat tinggalmu dan apa saja yang telah disediakan Allah di dalam syurga adalah untukmu.”

Hasilnya, mayat kelihatan riang dan gembira. Diperluaskan kubur itu dengan 70 hasta besarnya. Diterangi dengan cahaya bagi menerangi kegelapan kubur. Jasadnya akan dikembalikan kepada kejadian asalnya.

Rohnya akan dimasukkan dalam kumpulan roh-roh yang baik, iaitu berupa seekor burung yang begantungan di salah satu pohon syurga.

Keadaan mayat orang kafir dan mereka yang ingkar kepada Allah S.W.T  akan disempitkan di dalam kuburnya hinggakan remuk redamlah tulang rusuknya. Hidupnya sempit, penuh dengan kecelakaan dan kesengsaraan.

Orang-orang kafir apabila mereka mati akan diseksa oleh sembilan puluh sembilan ular. Setiap ular itu pula mempunyai sembilan kepala. Di dalam kubur-kubur orang kafir akan dipenuhi dengan ular-ular besar. Mereka diseksa begitu kerana dilambangkan mempunyai sifat-sifat kejahatan seperti cemburu, iri hati, hasad, sombong, menipu dan lain-lainnya.

Setiap sifat itu akan timbul secara langsung atau tidak apabila lahirnya sifat mencintai dunia. Maka, nasib yang celakalah yang akan dialami oleh mereka yang lalai dengan kehidupan dunia dan mereka yang tidak menitik beratkan soal-soal akhirat.

Apabila seseorang itu sudah meninggal dunia dan berada di alam kubur, ia dengan sendirinya akan mengetahui sama ada dirinya calon ahli syurga atau ahli neraka. Kalau ia calon ahli syurga, bayangan syurgalah yang akan diperlihatkan kepadanya.
Andainya ia calon ahli neraka, nerakalah yang akan diperlihatkan pada setiap pagi dan petang. Ia akan berlanjutan sehinggalah dibangkitkan pada Hari Kiamat nanti.

Apakah yang dibawa oleh mayat?

Ketika mayat dibawa ke kuburnya, ia akan diiringi oleh tiga perkara iaitu :-
  1.  Keluarga

  1. Harta benda

  1. Amal perbuatannya


Hanya satu sahajalah yang akan mengikuti mayat iaitu amal-amal yang diredhai oleh Allah dan Rasul-Nya semasa hidup di dunia dahulu. Itulah yang dikatakan amal dan taqwa. Hadis Rasulullah S.A.W  yang bermaksud :-

“ Pemberangkatan mayat itu diiringi oleh tiga hal iaitu keluarga, harta benda dan amal perbuatannya. Yang dua akan pulang kembali dan satunya akan tetap tinggal. Yang pulang ialah keluarga dan harta bendanya, sedangkan yang tetap tinggal ialah amalnya.”
                                                                                    ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Apa yang penting bagi setiap manusia yang masih hidup di dunia ini ialah amalnya. Allah tidak memandang dan menilai manusia pada rupa dan hartanya melainkan apa yang dipandang dan dinilai ialah hati dan amal perbuatannya. Wajah yang cantik masih tidak mampu menjanjikan akhlak yang baik. Tetapi, hati yang baik mampu melahirkan akhlak yang tinggi lagi terpuji.

Azab dan Seksaan Kubur

Mengenal azab dan seksaan kubur memanglah benar. Perkara ini tidak boleh diragukan lagi. Orang yang mendapat seksaan kubur itu pastilah orang-orang kafir dan mereka telah melakukan dosa-dosa kepada Allah. Mereka juga termasuklah orang-orang munafik dan orang Islam yang berdosa. Firman Allah S.W.T  yang bermaksud :-

“ Sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.”
                                    ( Surah Thaha : Ayat 124)

[ Apa yang diertikan dengan kehidupan yang sempit itu ialah seksa kubur. Namun, tidak dapat dinafikan juga, di zaman moden ini ada juga manusia yang ragu-ragu terhadap adanya seksaan dalam kubur. ]

Semoga ketika di hari kematian kita, kalimah Allahlah yang membasahi bibir kita.......
Semoga selamat sejahteralah kehidupan kita selepas mati......
Dan kumohon pada-Mu Ya Allah, matikanlah kami dalam Iman dan Islam... Amin Ya Rabb~


Wallahua'lam....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...