Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.' "

(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)


Wednesday, February 16, 2011

Ceritera Hidupku



" Usu, Usu nak pergi mana pakai cantik-cantik ni? ", anak kecil yang berumur 4 tahun yang bernama Humayrah itu bertanya. Lagaknya seperti seorang 'kakak' kepadaku.




"Hmm.... Usu nak pergi minta Bunga Kantan kat rumah Mak Cik Jusmaniar. Kenapa? Humayrah nak ikut Usu ke?" balasku sambil tersenyum.


"Nak ! Yay yay ! Kita ikut Usu... ! Usu, kita pergi naik apa? Naik motor ke?" tanya Humayrah lagi. Petah sungguh anak kecil ini. Humayrah merupakan anak saudaraku. Hubungan aku dengannya  sangat rapat. Ke mana aku pergi, pasti ingin 'diekori' olehnya. Masakan tidak, Humayrah telah aku jaga sejak umurnya 4 bulan lagi. Kebetulan ketika itu cuti sekolah sudah pun bermula. Kakakku pula yang merupakan ibu kepada Humayrah perlu meneruskan tugasnya sebagai pekerja. Begitu juga dengan ayahnya. Aku hanya bantu apa-apa yang boleh dibantu.


"E'emmm.. Naik motor. Cepat pergi ambil selipar tapi sebelum tu tanya Mami dulu boleh pergi ke tak." aku membalas.


"Ok ! ", Humayrah berlari-lari anak ke arah ibunya lalu mengambil seliparnya dan seterusnya berlari ke arahku semula.


Aku tersenyum. 'Comel sungguh anak buah aku yang sorang ni, persis ibunya juga,' bisik hati kecilku.


"Usu, Mami kasi kita pergi. Cepatlah Usu. Jom kita pergi.", excited sungguh nada suaranya.


"Ye la, Humayrah. Jom..... Gembira betul Mami bagi ikut ekk...haha," aku berkata sambil ketawa.


Selang beberapa minit kemudian, aku pun menghidupkan enjin motosikal dan mendukung Humayrah lalu meletaknya di belakangku.


"Humayrah.. Peluk Usu kuat-kuat ye....! Jangan lepas tau !" pesan aku kepada Humayrah sebelum menderumkan enjin motosikalku.


Vroooooommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!!!!


**********************************************************

Setelah segala urusan dengan Mak Cik Jusmaniar selesai, aku dan Humayrah singgah ke masjid kerana kebetulan azan Zuhur sudah pun berkumandang.

"Humayrah, kita pergi masjid jap tau. Boleh? " 

"Usu nak buat apa pergi masjid? Usu nak sembahyang ke?" 

"A'ahhh.. Usu nak solat Zuhur.. Humayrah duduk baik-baik tau. Usu solat jap,ok?"

"Ok." 

Aku tersenyum lagi. 'Comelnyaaaaa....Petah pulak tu. Subhanallah.... Hmmmm...' bisik hati kecilku lagi.

Beberapa minit kemudian, solat Zuhur pun selesai. Aku yang sedang bersiap-siap hendak menyarung stokingku semula terkejut apabila Humayrah mendekatiku sambil memandang ke arahku dengan penuh hairan.

"Kenapa Humayrah tengok Usu macam tu?" aku berkata sambil mencuit pipinya.

"Kenapa Usu pakai stoking?" tanyanya.

"Hmmm... Mestilah kita kena pakai stoking... Lelaki tak boleh tengok kaki kita.... Ayah Humayrah pun tak boleh tengok kaki Usu. Perempuan kena pakai tudung, baju yang 'tangannya panjang' dengan stoking. Macam tu baru betul." balasku.



Humayrah kehairanan lalu berkata lagi, " Semua lelaki tak boleh tengok ke Usu?"

"Tak semua... Orang yang bukan keluarga kita. Emm, contohnya kalau macam Usu ni, kawan-kawan lelaki Usu, ayah Humayrah, cikgu Usu yang lelaki dengan orang-orang lelaki yang Usu boleh kahwin tak boleh tengok kaki Usu dan yang lain-lain kecuali muka dengan tapak tangan Usu. Nanti Humayrah dah besar, Humayrah pakai stoking ye... Jadi wanita yang terpelihara....hehe... " jawabku yang sedaya upaya menjawab soalannya agar mudah untuk difahami.

Humayrah mula mengerti. Dia tersenyum. " Nanti Humayrah nak jadi macam Usu la! "



Aku hanya mampu tersenyum. 'Hmm... Kanak-kanak, memang mudah dibentuk. Benarlah kata pepatah, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.......' hatiku bermonolog.


Perkara ini membuatkan aku teringat tentang sejarah hidupku yang dahulu. Ikutilah kisahnya. Semoga dapat dijadikan iktibar daripada sejarah hidupku yang dahulu.


Insha Allah ~


**********************************************************
Aku yang 5 tahun sebelumnya ( tahun 2006) ........

Dulu aku bukanlah jenis perempuan yang betul-betul 'jaga diri' aku dengan sebaik-baiknya.....
Waktu aku mula-mula capai akil baligh ( darjah 6 ), aku hanya pakai scarf je bila nak keluar kat kawasan luar rumah. Walaupun kawasan luar rumah, aurat tetap kena tutupkan?? Sebabnya, orang kat luar rumah tu TETAP BUKAN MUHRIM (atau pun disebut juga sebagai MAHRAM) kita..... 


Aurat tetap aurat. NO EXCUSE ! Tapi aku tiba-tiba hati ni terbuka nak pakai tudung betul-betul ( dulu tak tau kalau pakai tudung kena tutup dada, bahu dan tak jarang ) sebabnya kena tegur dengan kakakku yang merupakan anak ke-4, kakak ke-3.... 


Tapi walaupun macam tu, aku tetap pakai baju lengan pendek atau baju yang agak ketat kalau nak keluar rumah. Tak pakai stoking. Tudung pun jarang. Kira tak berapa kisah la dengan aurat ni. 


Tapi Alhamdulillah, waktu nak dekat masuk Form 1 tu, hati ni terbuka lagi nak buat perubahan. Tukar imej, sentiasa pakai lengan panjang tapi stoking tetap tak pakai lagi sebab tak tau kaki tu sebenarnya aurat.... Masha-Allah, ceteknya ilmu.... 


Pergaulan pun dulu tak jaga sangat. Kalau nak gelak tu, tak kisah la dengan lelaki atau perempuan, gelak je kuat-kuat. Tak bertapis langsung!


 Walaupun aku dulu jenis perempuan yang macam tu, tapi aku TAK PERNAH bertepuk-tepuk tampar dengan lelaki sebab aku tahu, bersentuhan kulit antara perempuan dengan lelaki ajnabi termasuklah sepupu, HARAM hukumnya walaupun bersalaman.

Dari Ma’qil bin Yasaar katanya, Rasulullah telah bersabda: 
“Sesungguhnya jika dicerca kepala salah seorang dari kamu dengan alat daripada besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahramnya).” 
( Hadis Sahih Riwayat At-Thabrani & Baihaqi )

Cuma dari segi cara aku bergaul dengan kawan-kawan lelaki tu kurang terjaga. Dulu aku memang ramai kawan lelaki dan aku kalau nak bergaduh dengan lelaki pun, aku tak takut. Tak kisah. 


Senang kata, macam berlagak 'gangster' la.. Masha-Allah, dahsyatnya aku ... 


Percakapan aku pun dulu KASAR SANGAT. Memang ranking yang sangat TERUK la dulu... Aku suka perlekehkan novel Islamik. Suka ejek-ejek jalan ceritanya...
Astaghfirullahalazhim........... Ampunkan aku Ya Rabb ~



**********************************************************
Aku yang sekarang ( tahun 2011 ) .......

Sekarang pun takdelah baik sangat tapi Alhamdulillah, ada perubahan daripada yang sebelumnya. Syukur kepada Allah.Disebabkan aku dulu sangat membenci novel-novel Islamik, tiba-tiba ada suatu hari tu ( akhir tahun 2008, baru selesai peperiksaan akhir tahun Tingkatan 2) , pintu hatiku ini terbuka untuk baca novel Islamik hasil nukilan 'Fatimah Syarha Mohd. Noordin' yang bertajuk 'Tautan Hati'... 


Memang aku kutuk sangat-sangat jalan ceritanya dulu seperti ORANG JAHIL AGAMA gamaknya... Tetapi bila aku dah mula baca, baca dan baca, aku mula rasa seolah-olah akulah WATAK UTAMA dalam novel tu. 


Aku mula enjoy. Dan setiap bait-bait kata dalam novel tu benar-benar menusuk ke dalam jiwaku. Aku mula rasa, " Ya Allah, banyaknya dosa yang aku buat. Banyaknya.... Jahilnya aku tentang ilmu akhirat ni Ya Allah..."

Allah S.W.T berfirman : 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " 
(Al-Baqarah : 216)

Dan bermula dari detik itulah aku tekad nak berubah. Aku delete SEMUA nombor telefon kawan lelaki aku termasuk seorang hamba Allah yang aku sangat rapat. 'H' namanya. Alhamdulillah, dia dapat terima perubahan yang aku buat. Katanya, dia memahami...... Alhamdulillah..


Bermula daripada baca novel itulah, aku baru tahu kaki tu aurat, tudung mesti tutup dada, tutup bahu dan tak jarang. Hanya daripada sebuah novel. Sebuah NOVEL. Sebuah NOVEL yang menjadi PERANTARAAN untuk aku memperoleh hidayah-Nya. Alhamdulillah.

Aku pun ambil keputusan ( waktu tu masih akhir tahun Form 2 lagi ) untuk tutup aurat SEPENUHNYA walau dengan abang ipar. Tapi waktu mula-mula nak berubah dulu memang banyak sangat dugaan. Kuat sangat dugaan. 


Kawan-kawan cakap tu, cakap ni. Ejek tu, ejek ni. Orang yang paling rapat dengan kita pun kurang menyokong kita. Tapi takpelah, tu semua ujian Allah untuk hamba-Nya yang berusaha mencari redha-Nya. 


Walau macam mana sekali pun, aku tak pernah rasa susah. Cuma aku rasa, Ya Allah, kuatnya dugaan Engkau kepadaku... Kuatkanlah diriku... Bantulah aku...

Dan yang paling aku ingat waktu aku dah 'totally berubah' ( Form 3 ), kawan-kawan dan orang-orang yang paling aku rapat dengan aku cakap macam ni :

" Kau ni Husna. Mendadak giler berubah. Drastik betul la kau ni !"


"Apasal kau ni Husna ?? Aku tengok lain macam je sejak akhir-akhir ni ??"


"Kau ni, Na! Janganla buat perubahan DRASTIK sangat.... Takut tak Istiqomah nanti..!"


"Kenapa nak biasakan panggilan diri 'Husna'?? Guna je la 'aku' ! "


"Kenapa nak pakai-pakai stoking? Macam orang dalam pantang je??! "


"Buat apa nak tudung labuh-labuh sangat?? Pakai je la tudung biasa je..."


"Haishhh.. Besarnya tudunggg......."

Kalau nak disenaraikan, memang banyak sangat kata-kata yang mengguris hati aku. Mungkin dulu air mata yang banyak menemani hidup aku. Tapi Alhamdulillah, disebabkan aku tak pernah rasa susah, Allah mudahkan jalanku untuk berada di landasan yang betul. 


Pada pertengahan tahun 2009, kawan-kawan dan orang-orang yang paling aku sayang dapat menerima aku seadanya. Aku sangat bersyukur. Cuma, kawan-kawan lelaki yang aku pernah rapat dulu, semua terkejut dengan perubahan yang aku buat. Biasalah tu, lumrah hidup... 


Tapi aku bersyukur sangat, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, semua kawan-kawan aku dapat terima aku seadanya sampai sekarang... Alhamdulillah.. Syukurillah...

Pengajaran daripada kisah aku ini ialah janganlah terlalu membenci sesuatu perkara, boleh jadi kamu menyukainya suatu hari nanti. 




Dalam Al-Quran pun ada sentuh tentang tu,kan....


Kalau nak berubah ke arah kebaikan tu, memang akan ada sakit peritnya, pahit manisnya.... 


Sebabnya, Allah nak uji sejauh mana kita bersabar di atas JALAN YANG LURUS... 


Tapi peganglah kata-kata ni :

' Janganlah kamu rasa SUSAH dalam melakukan kebaikan, tetapi rasalah SUSAH ketika melakukan kejahatan. Janganlah kamu minta DISUSAHKAN dalam menerima ujian, tetapi minta DIPERMUDAHKANLAH dalam menangani dan menghadapi ujian....'



Insha Allah...... ~
Wallahua'lam ( Allah lebih Mengetahui ) ... ~

~ Ceritera hidupku ~
~ SyahidatulHusna binti Birkamsin ~
~ 16 Februari 2011 ~
~ 1630 ~



2 comments:

  1. "Ya Muqallibal Qulub..
    Thabbit Qalbi 'ala dinik..
    wa 'Ala To 'atik.."

    Ya Allah, Tuhan yang
    maha berkuasa membolak-balikkan hati..

    Tetapkan hati kami di atas agama-Mu.

    dan atas ketaatan kepada-Mu.

    AMIN~

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas doa mohon keteguhan iman~
    insha Allah, dan Alhamdulillah, husna dah amalkan dan akan amalkan setiap kali slps solat... insha Allah...

    AMIN~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...