Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.' "

(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)


Tuesday, February 15, 2011

Tangisan dalam Kerinduan

" Tut! Tut! ", bunyi telefon bimbit Auni, 16 tahun, memecah kesunyian malam.

' Hmm.... Siapalah agaknya yang mesej aku malam-malam ni", getus hati Auni. Auni memandang ke arah jam dinding di biliknya. Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Auni yang sedang membaca Majalah Solusi di atas katilnya bingkas bangun dan mencapai telefon bimbitnya.


' Ohh... Kak Dahlia.... ', hatinya bermonolog sendirian.

Selang beberapa minit kemudian, Auni menangis. Nasuha, adiknya yang berumur dua tahun lebih muda daripadanya itu berada di bilik yang sama dengannya terkejut.

" Kak Auni, kenapa ni? Kenapa menangis?" tanya Nasuha kepada Auni. Auni tetap diam membisu dan terus menangis sambil menghulurkan telefon bimbitnya kepada Nasuha.


Tidak beberapa lama kemudian, air mata Nasuha turut menitik membasahi bumi. Sedih sungguh gamaknya kedua adik-beradik ini. Apa agaknya isi mesej yang diberikan oleh Kak Dahlia kepada Auni sehingga air matanya bercucuran yang menyebabkan adiknya, Nasuha turut berkongsi kesedihan yang sama ??

Message from Kak Dahlia :
Salam buat ukhti yang aku sayangi... Apa khabar imanmu dikala ini? Kak Dahlia harap imanmu sentiasa dalam keadaan baik walau iman ini ada pasang surutnya... Ada satu kisah yang ingin Kak Dahlia kongsi dengan Auni disaat ini... Harap tidak mengganggu waktu Auni...


' Suatu ketika, sedang Rasulullah S.A.W berkumpul di dalam satu majlis bersama-sama sahabat-sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda S.A.W. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi diwajah Rasulullah S.A.W. Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, Baginda mengatakan bahawa terlalu merindui umatnya yang disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanyakan Rasulullah S.A.W. :
" Bukankah kami ini ikhwan-mu?" Rasulullah S.A.W menjawab :
" Tidak. Kamu semua ialah sahabatku. Ikhwanku ialah umatku yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman dan sangat mencintai-ku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka." '


Ya ukhti, kitakah IKHWAN itu? Muhasabahlah andai kita tidak pernah menitiskan walau setitik air mata kerinduan dan kecintaan kepada Baginda S.A.W. Marilah kita sama-sama berselawat dengan sebanyak-banyaknya kepada Rasulullah S.A.W.  Semoga kita tergolong dalam kalangan umat yang bakal mendapat syafa'at-nya di Akhirat kelak. Insha Allah.....


Kisah di atas memberikan banyak maksud yang tersirat. Memang benar. Muhasabahlah andai kita tidak pernah menitiskan air mata kerinduan kepada rasul junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. Kita akan menangis jika merindui ibu bapa kita apabila berjauhan, kita akan menangis apabila 'kekasih hati' diambil orang, kita akan menangis apabila ada di kalangan ahli keluarga kita yang melupai kita. Tetapi mengapa kita tidak menangis hanya untuk membuktikan bahawa rindunya kita kepada Rasulullah S.A.W ? Mengapa?

Apabila seseorang bertanya kepada kita :

" Eh, kau sayang Rasulullah S.A.W tak?"

Apa yang kita akan jawab ??

" Mestilah sayang. Selepas cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, baru cinta kepada ibu bapa kita dan kepada manusia yang lain."

Tetapi dalam zaman era globalisasi ni, betul ke itu tindakan kita? Atau cakap tak serupa bikin? Saya pun, sebagai hamba Allah dan umat Nabi Muhammad S.A.W, jarang sangat selawat seolah-olah lidah ni berat 50 kg ! Masha Allah, teruknya 'kita' sebagai umat-nya... Dahlah jarang berselawat, titiskan air mata untuk-nya pun jarang-jarang !


Oleh itu, sempena sambutan Maulidur Rasul ( 12 Rabiul Awal 1432H ) ni, saya harap kita 'bersama-sama' mengubah diri kita agar terus berselawat  dan menyampaikan salam buat Baginda S.A.W, ahli keluarga-nya serta sahabat-sahabat-nya.....
Mudah-mudahan, sambutan Maulidur Rasul kali ini 'membuka mata' kita untuk 'meringankan lidah' untuk berselawat dan berzikir dengan sebanyak-banyaknya walau di mana kita berada. Bukan pada hari sambutan Maulidur Rasul sahaja tetapi juga di hari-hari biasa ( setiap hari ) ..... Mudah-mudahan, Insha Allah...

Hari yang telah berlalu biarkan berlalu. Yang penting HARI INI. Mimpi HARI INI adalah kenyataan HARI ESOK. Semoga HARI ESOK lebih bermakna daripada HARI INI.
Insha Allah ~







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...