Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.' "

(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)


Friday, July 25, 2014

COUPLE

Cinta dicipta untuk membahagiakan..
Jika DERITA yang hadir, betulkah NIAT & CARA bercinta...?

“Syaitan menggunakan fitrah manusia ingin dicintai sebagai jalan memesongkan kita dari hakikat cinta sebenar. Dia membuatkan setiap saat kita bersama begitu indah sekali. Secara perlahan....syaitan membisikkan kata-kata rindu kepada kita. Dalam tak sedar, kita asyik melayan perasaan. Fikiran mengelamun membayangkan kekasih hati. Sedangkan perkara sebegini hanya HALAL untuk pasangan SUAMI ISTERI. Kita bukan suami isteri ! Astaghfirullahal ‘azhim.......

Kita masih muda. Masih banyak ruang yang boleh diperbaiki. Pengalaman, mematangkan kita. Kesilapan semalam, sebagai iktibar agar hari ini kita perbaiki diri agar jadi insane yang lebih baik. Kembali manfaatkan masa muda sebelum tua dengan mengikut apa yang telah diajarkan oleh kekasih sebenar kita, Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”

                    Dari yang tak pasti,
                    Syukur 

Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperhiaskan segala jenis maksiat kepada manusia di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.”  –  Surah Al-Hijr : 39


“Kalau kita ikut apa yang Nabi ajarkan, Insya-Allah kita akan jadi sebahagia-bahagia manusia.”   –  Ustaz Muhammad Al-Amin


***********************

Nak tahu tentang COUPLE ? Tontonlah video ni ...... :)



Antara semua episod yang saya tonton, episod inilah yang paling saya terkesan. Secara tak sedar, menitis air mata saya.... Subhanallah. Dengan izin-Nya.
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita semua. Semoga Allah sudi menerima taubat kita semua. Dan, sebenarnya Allah memang sentiasa sudi. Kerana Dia Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Yang penting, kita yang kena bersungguh. Insya-Allah.

Ya Allah.... Maha Baiknya diri-Mu...! :')

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...