Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.' "

(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)


Wednesday, October 10, 2012

Tafsiran Surah Al-Asr + Asbabun Nuzul Surah Al-Masad & Al-Kafirun :)


Assalamua'laikum semua :)
Kali ni, saya nak kongsi tentang apa yang saya dah belajar untuk subjek Tahfiz. Maklumlah, final exam dah nak dekat. So, sambil-sambil saya buat revision tu, terdetik pulak nak share kat blog. Saya dapat manfaat daripada revision saya, pembaca dapat manfaat apa yang dibca. Alhamdulillah, saja nak kongsi ilmu ni. Biar melekat dalam kepala otak. Insya-Allah. Selamat membaca! Boleh tambah ilmu tau! :)

***

TAFSIRAN SURAH AL-ASR

سورة العصر

Tafsiran :
·        Ayat 1
- Allah bersumpah dengan masa (jika Allah bersumpah dengan makhluk-Nya, maksudnya, makhluk itu mulia dan ada kepentingan)

·        Ayat 2
- Allah mengatakan semua insan berada dalam kerugian.

·        Ayat 3
- Allah memberikan pengecualian kepada orang-orang yang mempunyai ciri-ciri berikut :
Ø ءامنوا = beriman dengan rukun iman.
Ø وعملوا الصلحت = melakukan banyak kebaikan.
Ø mengamalkan “amar ma’ruf nahi mungkar” (meyeru kebaikan, mencegah kemungkaran)


 ASBABUN NUZUL SURAH AL-MASAD & SURAH AL-KAFIRUN

سورة المسد


Asbabun nuzul = Sebab-sebab diturunkan :-
  • Pada suatu hari, Nabi Muhammad S.A.W  memanggil semua orang Mekah berkumpul di Bukit Safa untuk mengajak mereka memeluk agama Islam. Tiba-tiba, Abu Lahab bangun dan berkata,
تبا لك يا محمد !  ’’ ( Taban laka ya Muhammad! ) = “Celakalah Engkau wahai Muhammad!” . Maka, turunlah surah ini.

Info :-
1. Nama sebenar Abu Lahab ialah Abdul Uzza bin Abdul Mutalib.
2. Nama isteri Abu Lahab ialah Ummu Jamil.

*** 

سورة الكافرون


Asbabun Nuzul = Sebab-sebab diturunkan :-
  • Pada suatu hari, sekumpulan orang Quraisy berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W dan sahabat-sahabat-nya. Mereka memberikan tawaran untuk bertukar agama ; orang Quraisy akan masuk Islam dalam tempoh SETAHUN manakala orang Islam akan menyembah berhala juga selama SETAHUN. Maka, turunlah surah ini.

Monday, October 8, 2012

Aku vs. Nafsu


Sejak akhir-akhir ini, rasa malas menyelubungi diri. Aku tak tahu kenapa aku tiba-tiba lemah. Lemah yang tersangat lemah. Acapkali aku bertarung dengan nafsu sendiri. Mujahadahku masih tidak berada di tahap yang tertinggi. Istiqomahku terbang melayang. Diriku terhuyung-hayang. Hidupku tunggang terbalik. Hatiku berbolak-balik.


Namun.... Dalam masa yang sama, aku masih boleh tersenyum. Seolah-olah 
tiada apa-apa yang mengganggu benakku. Zahirku nampak tenang, walhal dalamanku kelam dan kusam.



Kadangkala, aku terasa identiti diriku yang dahulu semakin melangkah pergi. Aku tak tahu kenapa aku! Kenapa aku menjadi selemah ini...? Sedangkan dahulu aku mampu berdiri dengan penuh dedikasi walau banyak perkara yang membelenggu diri.



Wahai teman-teman yang mengenali diri ini, tolonglah doakan aku. Sungguh! Aku sangat rindu diriku yang dahulu. Diriku yang mula-mula berhijrah dulu. Aku tak ingin terus bergelumang dalam kelalaian. Tak mahu! Seksa sekali, kamu tahu?



Ketahuilah teman, tak bermakna apabila aku tersenyum, aku gembira. Tak bermakna aku menangis, aku sengsara.
Boleh jadi, aku tersenyum kerana aku ingin menyembunyikan kesengsaraan dan kesedihan.
Boleh jadi, aku menangis kerana aku ingin menyembunyikan kegembiraan.



Sesungguhnya, yang zahir itu tak semestinya menggambarkan yang batin.



Tolonglah doakan aku sentiasa. Insya-Allah, doa untuk kaum muslimin dan muslimat sering kupanjatkan dalam doaku.

Aku tidak pernah menganggap diriku sempurna, namun aku seringkali idamkan kesempurnaan. Bolehkah begitu? Aku sedar kelemahanku, namun tindakanku kadangkala tidak menggambarkannya. Bolehkah begitu? Aku sering bermuhasabah diri, namun acapkali aku mengulangi kesilapan yang sama berulang-kali. Bolehkah begitu? Kata orang, apabila jatuh, bangun kembali. Allah SWT sentiasa di sisi. Subhanallah.. Allah Al-Hadi, maka mengapa masih meragui? Coretanku ini hanya sekadar coretan hati. Untuk mengemis nasihat daripada sesiapa yang sudi. Sudikah kamu yang membaca coretanku ini? 

Kekasih = Tunang? Upss!


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamua’laikum :)
Saya nak bercerita ni. Informal type of writing.
*Again. ^^

Mun kitak orang mok baca, baca jak. Mun kitak orang sik mok, sik pa bah... ^^v
Okay. Ceritanya macam ni....

Beberapa minggu yang lepas, saya ternampak kawan sekelas saya buka Twitter masa kelas Komputer dan Aplikasi (sepatutnya tak boleh, tambah-tambah pula, lecturer dah pun start kelas tu).


Saya ada tegur juga. Saya kata, “Awak. Class dah start la. Lecturer suruh tutup.”

Dia senyum je. Saya ingat dia dah bertindak untuk tutup Twitter tu. Tiba-tiba saya terpandang sekilas Twitter yang dia buka tu, dan saya nampak gambar lelaki terpampang besar.

Masa tu, saya dah ada sangkaan yang kurang baik terhadap dia. Disebabkan takut terjadinya su-uz zhon (buruk sangka), saya tanya dia, “Siapa lelaki tu?”

“Boyfriend.....” jawab dia sambil tersenyum.

‘Astaghfirullahal ‘azhim... Nau’zubillahi min zalik... Ya Allah, bantulah aku untuk menguatkan imanku’, bisik hati saya.

Dan ada suatu hari ni, saya ternampak gambar lelaki yang sama kat wallpaper di handphone dia.
‘Astaghfirullahal ‘azhim... Angau dah budak ni. Nau’zubillahi min zalik..’, getus hati saya selepas itu.

Kebetulan, ada orang lain ternampak juga wallpaper kat handphone dia tu lalu tanya, “Gambar siapa ni?”

“Kalau ikut syariat, dia ni kira tunang saya la. Kalau ikut adat, belum lagi. Sebab, kalau nak diikutkan syariat, if saya dan dia dah setuju untuk diijab kabulkan suatu hari nanti, maksudnya dah tahu perasaan masing-masing dan dapat menerima diri masing-masing, so, kitorang kira dah bertunang la. Jadi, kalau ada orang datang nak meminang saya, tak bolehlah. Sebab saya ni dah dikira sebagai tunangan orang.”

Saya terangguk-angguk tanda mengiyakan kenyataannya sebentar tadi. Namun, anggukan saya tak bermakna saya setuju dengan cara dia dan ‘tunang’ dia berhubung! Bertwitter secara berlebihan... Time class pun, dia boleh layan twitter. Tak focus langsung! Nau’zubillah... Lepas tu, tangkap gambar dekat-dekat. Dan macam-macamlah... Masya-Allah... Astaghfirullah... Nau’zubillah.... :(


“Eh, awak tahu?” tanya dia kepada saya.

“Oh, saya tahu la juga sikit-sikit.” balas saya. (Kalau apa yang saya tahu ni salah, tolong betulkan eh.)

“Awak sekolah agama ke dulu?” tanya dia lagi.

‘Err.. Pelik juga soalan tu ye.. Ada kaitan ke...?’ kata saya dalam hati.

“Eh, taklah. Saya sekolah biasa je. Sekolah harian.” jawab saya.

“Ohh... Saya dari sekolah agama....” kata dia.

Saya angguk saja.

Tapi dalam hati berbisik, ‘Dari tempat yang baik-baik rupanya dia sekolah. Sayang sekali.. Sungguhku tak sangka... Semoga dia diberi hidayah oleh Allah.. Lindungi aku daripada fitnah ya Allah...’

Dan pada hari berikutnya, dia tunjuk gambar raya dia dan ‘tunang’ dia kat saya.

Astaghfirullah... Dekat sangat diorang tangkap gambar. Rapat sangat diorang duduk. Na’uzubillah :(

Ada satu gambar tu, tangan kiri dia pegang bahu kanan lelaki tersebut dari belakang. Tak sure pula saya siapa yang tangkap gambar diorang berdua tu.

Saya tanya, “Kenapa pegang?”

Dia jawab, “Time ni ramai sangat orang kat sekitar tu. Terpaksa la pegang. Kan berlapik...”

‘Huh? Alasan.... :( Boleh pula ye keluar dengan lelaki ajnabi...? Mana boleh pegang even berlapik sebab masing-masing ada perasaan terhadap diri masing-masing! Lagipun, tak sampai tahap darurat pun kan untuk tanganmu berpaut di bahu lelaki tu... :(‘ hati saya menjerit dan merintih!

Tak tahu nak cakap macam mana kat dia... Takkan la dia tak tahu sedangkan pendidikan agama dia lebih tinggi daripada saya :(

Saya ajukan satu soalan kat dia.
“Mak dengan ayah awak tak marah ke awak tangkap gambar macam ni?”

“Tak marah. Bukannya kena pun.”

‘Oh... Macam tu ek? Sedangkan dalam al-Quran hanya mention pasal “jangan mendekati zina”, bukan “jangan berzina”. Maksudnya, perkara yang nampak macam kecil tu yang akan bagi impak yang besar! Tidakkah kamu mengambil pelajaran? Hanya orang-orang yang berfikir sahaja akan benar-benar berfikir sesuatu dengan lebih mendalam.’ getus saya dalam hati lagi. Rasa tak mampu untuk meluahkan semua kata-kata yang bermain di fikiran sejak bertemu dengan sesuatu seperti ini.

Saya bingkas bangun dari tempat duduk (yang bersebelahan dengan dia) lalu berjalan menuju ke sekumpulan kawan yang lain. Tak mampu untuk mendengar dan melihat sesuatu yang nampak indah di mata kasar manusia namun sebenarnya hanya nista dan dusta semata-mata. Saya tidak mahu tertipu. Ya Allah...... ! Kuatkanlah diriku.....!


Diri ini hanya untuk orang yang betul-betul serius nak jadikan saya sebagai isteri dan bukan dengan cara yang menghancurkan iman saya! Semoga Allah pertemukan saya dan bakal suami saya dengan cara yang baik-baik. Yang sama-sama ingin menggapai redha-Nya. Allhumma Ameen...~

Mogalah. Insya-Allah. Yang penting solehahkan diri dulu. Gapai cinta Allah. Rajinkan lidah ni untuk mengalunkan selawat. Bukannya, dok begayut dengan lelaki ajnabi. Tak kisahlah boyfriend ke... Tunang syariat ke.... Tunang adat ke.....

First thing first! Ingat  tu! ----> pesanan untuk saya juga ye...

Dan selepas tu, cuba jadi anak yang baik.. Usaha... Yang penting usaha. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam benak kita.
Bila dah sempurna step-step nya, baru boleh dapat gelaran solehah. Solehah di mata dan nilaian ALLAH, bukan manusia ya! Cuba fahamkan betul-betul, okay?

Semua pesanan ni, untuk saya juga...
Kerana, saya tak sempurna. Saya manusia biasa. Bukan seperti rasul dan nabi, yang maksum abadi....
Saya hanya manusia yang hanya ingin memperbaiki diri. Yuk! Sama-sama muhasabah diri...

Cuba ubah sikit-sikit perangai buruk kita ya... Memang susah, tapi selalulah doa :

ربي يسر ولا تعسر
(Rabbi yassir wala tua’ssir)

Maksudnya : Ya Tuhanku, mudahkanlah dan jangan Kau susahkan. Ameen~

Sekian dulu untuk waktu ni ya. 
Wallahua’lam. 
Wassalam.

Tak mampu untuk mendengar dan melihat sesuatu yang nampak indah di mata kasar manusia namun sebenarnya hanya nista dan dusta semata-mata. Saya tidak mahu tertipu. Ya Allah...... ! Kuatkanlah diriku.....!

Saturday, October 6, 2012

... Ilusi dalam Mimpi, Mimpi dalam Realiti ...


Malam itu, seperti biasa, Hanisa bersama dua orang kawan karibnya, Hasnah dan Fathinah singgah ke kafeteria untuk membeli bekalan sahur pada esok pagi setelah pulang dari masjid usai sahaja solat terawih.

Memandangkan hari itu ialah hari terakhir bagi mereka untuk meluangkan masa bersama-sama sebelum masing-masing pulang ke kampung halaman untuk menyambut kedatangan hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi, mereka bercadang hendak menjamah nasi goreng bersama-sama. Bak kata orang, makan secara 'berjemaah'.

Hanisa, seorang gadis yang serba biasa. Tidaklah terlalu cantik dan tidaklah terlalu buruk. Benar-benar serba biasa tetapi tidak pula cacat rupa. Namun, tanpa Hanisa sedari, ada sekumpulan lelaki yang sedang memerhatikannya. Tidak jauh dari tempat duduk mereka bertiga.


"Timun ini pahitlah, Fathinah.", luah Hanisa setelah selesai menghabiskan nasi gorengnya.

"Pahitkan? Thinah punya pun pahit tadi. Tapi Thinah makan saja. Nisa kalau tak boleh makan, tak perlulah makan. Nanti memudaratkan pula.", jawab Fathinah.

"Kalau saya tak makan, tak dikira membazir ke?", tanya Hanisa. Ragu-ragu. Risau pula kalau-kalau dicatat oleh Malaikat 'Atid kerana membazir.

"Kalau dah tak boleh makan, janganlah paksa. Lagipun, timun ini memang pahit. Timun muda. Udoh le tu. Pergi basuh tangan lagi.", kata Fathinah memberi respon.

Hanisa bingkas bangun lalu menuju ke tempat basuh tangan. Hasnah pula, setia menunggu rakan-rakannya sehingga 'urusan' mereka selesai. Hasnah memang sentiasa 'on time' orangnya.

"Okay. Jom!", Hanisa mengajak Hasnah dan Fathinah pulang ke bilik masing-masing.

Tiba-tiba, suatu suara garau mencelah. Mereka bertiga terkejut lalu menoleh ke belakang. Langkah terhenti secara spontan.

"Errr.. Awak, ada orang mahu berkawan dengan awak.", kata si garau tersebut kepada Hanisa dengan loghat Sabah yang tidak berapa pekat.

Hanisa, Hasnah dan Fathinah berpandangan.

"Siapa?", tanya Hanisa dengan nada terkejut.

"Abang Mukmin. Dia ada di sana. Sedang makan. Pakai baju warna hitam.", jawab si garau sambil jari ditudingkan ke arah seseorang.

"Ha?", dahi Hanisa berkerut sambil beristighfar di dalam hati. Setelah itu, Hanisa menyambung kata-katanya, "Tak apalah. Saya nak balik bilik."

Selepas itu, mereka bertiga mengatur semula langkah untuk menuju 'sasaran' mereka iaitu "nak balik bilik".

"Nanti sambung lagi ya! Okay?", balas si garau dengan nada sedikit menjerit lalu kembali ke meja makannya.

Hanisa menoleh namun tiada jawapan yang diberikan. Lidahnya jadi kelu. Terkejut dengan perkara yang telah dilaluinya sebentar tadi.


'Astaghfirullahal 'azhim... Astaghfirullah ya Allah... Aku ada melebih-lebih ke waktu kumpul dengan kawan-kawan tadi? Aku tergelak melebih-lebih ke? Rasanya tak. Kalau ya, mesti Hasnah atau Thinah dah tegur. Aku banyak cakap ke? Rasanya tak. Aku banyak diam dan berfikir je tadi sebab fikiran agak terganggu. Kenapa ya? Allahu akbar... Astaghfirullahal 'azhim...', rintih Hanisa di dalam hati. Dia beristighfar beberapa kali. Cuba bermuhasabah diri.

Setibanya di bilik, Hanisa bertanya kepada rakan sebiliknya, Zaihana,

"Zai, awak kenal tak siapa Abang Mukmin?"

"Abang Mukmin? Err... Tak kenal. Kenapa Nisa?", kata Zaihana.

"Tak ada apa-apa. Saja tanya.", balas Hanisa.

'Huh! Ya Allah... Astaghfirullahal 'azhim... Bantulah aku dalam menguatkan diriku di sini. Suasana Islam yang yang aku harapkan dan impikan, hanya tinggal bayangan. Ilusi dalam mimpi. Mimpi dalam realiti. Allahu Rabbi... Kuatkanlah diri ini. Diriku tidaklah semurah ini. Please! Don't approach me, but approach my wali! Sekali aku telah tersilap langkah, tidak mungkin akan kuulangi untuk kedua kalinya. Why me? I meant, kenapa lelaki tersebut  nak kenal aku? Aku tak cantik pun. Namun, Alhamdulillah, cukup sifat. Cuma, aku tahu, kelebihanku bukanlah pada rupaku.’
Allahu Rabbi... Kuatkanlah diri ini. Diriku tidaklah semurah ini. Please! Don't approach me, but approach my wali! 

Friday, October 5, 2012

Kan bagus........


Assalamua’laikum semua :)

Hari ni, saya rasa macam nak berkongsi sesuatu. As usual, if you want to know, read it. If you don’t want, just ignore. Simple mehh.. ^^

Rindu nak menulis ni. Tapi masa terlalu mencemburui. Idea pula, kadang-kadang datang waktu tengah tengok TV, makan, baring-baring, kadang-kadang waktu tengah belajar. Dan waktu tu juga, tak ada masa / tak ada alat-alat yang boleh buat saya bertindak untuk menulis. So, kadang-kadang idea lenyap macam tu je. Rugi, kan?

Tapi hari ni, idea masih fresh dan ada alat nak menulis, so okay la. Terus taip :)

But... Informal type of writing la... Just macam saya sedang bercerita je :)

Okay, straight to the point.

Ada suatu hari ni, saya dah sampai kat Kuantan untuk balik ke KIPSAS (tempat saya belajar). Saya sampai kat Terminal Makmur tu, lebih kurang pukul 6 petang . Alhamdulillah. Lepas tu, keluarga angkat saya kat Kuantan ni, jemput saya bermalam kat rumah. Jadi, saya terima je. Lagipun, boleh la kami rapatkan hubungan silaturahim, Insya-Allah.

Keesokannya, Abah dan Ma ajak saya pergi rumah Angah. Saya follow je. Masa sampai kat rumah tu, Angah buka channel tv9. Waktu tu ada rancangan ‘Hot fm Big Jam’. Angah tak tengok pun sebab dia tengah kemas rumah. Jadi, saya yang baru sampai ni la yang tengok. Nak tukar channel, macam tak sopan pula. Lagipun, ada orang lain yang tengah tengok. So,saya  tengok dan dengar je la konsert kat tv tu kan. Lepas saya tengok konsert kat dalam tv tu, dan dengar lagu-lagu yang kumpulan Spider nyanyi, hampir kesemuanya saya hafal. Astaghfirullah!


Saya jadi terfikir-fikir,
‘Ya Allah! Lagu macam ni mudah betul aku nak hafal. Sedangkan surah-surah Juz ‘Amma pun, ada yang aku tak hafal sepenuhnya lagi. Tu baru Juz ‘Amma, belum satu al-Quran lagi! Astaghfirullah!’
Sejujurnya, saya dah lama tak dengar lagu-lagu tu, tapi macam mana saya masih boleh ingat lirik-liriknya? Dulu, masa saya agak jahil, saya memang suka kumpulan Spider. Aliff Aziz pun saya tergila-gila. Termasuk juga Dafi. Astaghfirullah... Ya Allah! Lagho... Lagho... Tapi, itu dulu tau. Saya dah pun tinggalkannya jauh-jauh. Insya-Allah. Semoga sampai ke akhir hayat saya. Ameen~

*Lagho = lalai/leka*

Dan, saya tengok, semua ahli kumpulan Spider tu, berpeluh-peluh sebab asyik menyanyi, main gitar dan seumpama dengannya. Kata saya dalam hati,

‘Kan bagus kalau peluh yang menitis tu adalah kerana nak menegakkan syiar Islam. Kan bagus, kalau lirik-lirik yang dituturkan adalah kerana nak mengajak orang yang mendengar keasyikan cinta Allah mahupun Rasulullah S.A.W. Atau, mengajak manusia untuk memilih keutamaan daripada sampingan. Kan bagus kalau kesungguhan untuk menuturkan lirik-lirik macam tu, ditukar kepada lirik-lirik yang memberi nasihat. Nasihat dalam lagu, kan lebih best? Boleh bagi semangat kat anak muda. Jadi, peluh yang menitis tu pun, tak ada la sia-sia belaka. Malah, dapat pahala. Tapi, sayang sekali, itu semua hanya harapan dan bayangan saya sahaja.....’

‘Kan bagus kalau kita nak hafal ayat-ayat al-Quran semudah kita menghafal lirik-lirik lagu yang kita dengar... Namun, kenapa kita (termasuk saya) tak boleh buat macam tu? Adakah kerana hati sudah menjadi keras? Astaghfirullah... Nau’zubillah... Ya Latif, lembutkanlah hati kami...
Kan bagus kalau kita khusyuk mendengar ayat-ayat al-Quran dan zikir-zikir, sekhusyuk kita mendengar lagu-lagu yang kita sukai.. Allahu akbar.... Teruknya kita sebagai hamba kepada Allah S.W.T. Teruknya kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W (kita tu termasuk saya tau!).

Kan bagus kalau ramai yang sanggup dengar ceramah berjam-jam sambil berdiri sesanggup berjam-jam lamanya berdiri hanya kerana nak mendengar konsert-konsert hiburan yang semakin menjauhkan kita daripada mengingati Allah S.W.T, yang menjauhkan lidah kita basah untuk melafazkan selawat ke atas Nabi S.A.W. Astaghfirullahal ‘azhim...’


Ya Allah...
Dunia ini sungguh mengasyikkan. Terlalu mengasyikkan sehingga mereka yang berada di dalamnya (termasuk saya) hampir saja terpedaya.. Ada yang sudahpun terpedaya lalu hanyut.. Kemudian karam dan tidak dapat diselamatkan lagi. Mati kerana ‘karam’. Nau’zubillah...

Ada yang hanyut, namun tidak sempat karam lalu tersadai di tepian. Masih mampu meneruskan hidup untuk mencari jalan pulang. Alhamdulillah. Allah Al-Hadi (Maha Pemberi Petunjuk).

Hidup ini sentiasa mempunyai DUA pilihan. Jadi, hanya ada DUA tempat sebagai keputusan untuk SATU pilihan yang di buat. 

Apakah tempat itu?
*SYURGA
*NERAKA

Apakah pilihan itu?
* YANG BAIK
* YANG JAHAT/TIDAK BAIK

Kadang-kadang, sesuatu perkara tu nampak kecil tapi impaknya sangatlah besar. Setuju? Tak setuju,tak apa... Sebab setiap orang ada pendapat dan tahap pemikiran masing-masing. Saling melengkapkan ya. Insya-Allah. Terima kasih kerana membaca..

~Hanya ingin berkongsi apa yang saya fikirkan. Kamu yang membaca, ayuhlah berkongsi! Kata Nabi S.A.W : ‘Sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat’ .

Sekian~
Wallahua’lam & wassalam. ^^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...