Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.' "

(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)


Saturday, October 6, 2012

... Ilusi dalam Mimpi, Mimpi dalam Realiti ...


Malam itu, seperti biasa, Hanisa bersama dua orang kawan karibnya, Hasnah dan Fathinah singgah ke kafeteria untuk membeli bekalan sahur pada esok pagi setelah pulang dari masjid usai sahaja solat terawih.

Memandangkan hari itu ialah hari terakhir bagi mereka untuk meluangkan masa bersama-sama sebelum masing-masing pulang ke kampung halaman untuk menyambut kedatangan hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi, mereka bercadang hendak menjamah nasi goreng bersama-sama. Bak kata orang, makan secara 'berjemaah'.

Hanisa, seorang gadis yang serba biasa. Tidaklah terlalu cantik dan tidaklah terlalu buruk. Benar-benar serba biasa tetapi tidak pula cacat rupa. Namun, tanpa Hanisa sedari, ada sekumpulan lelaki yang sedang memerhatikannya. Tidak jauh dari tempat duduk mereka bertiga.


"Timun ini pahitlah, Fathinah.", luah Hanisa setelah selesai menghabiskan nasi gorengnya.

"Pahitkan? Thinah punya pun pahit tadi. Tapi Thinah makan saja. Nisa kalau tak boleh makan, tak perlulah makan. Nanti memudaratkan pula.", jawab Fathinah.

"Kalau saya tak makan, tak dikira membazir ke?", tanya Hanisa. Ragu-ragu. Risau pula kalau-kalau dicatat oleh Malaikat 'Atid kerana membazir.

"Kalau dah tak boleh makan, janganlah paksa. Lagipun, timun ini memang pahit. Timun muda. Udoh le tu. Pergi basuh tangan lagi.", kata Fathinah memberi respon.

Hanisa bingkas bangun lalu menuju ke tempat basuh tangan. Hasnah pula, setia menunggu rakan-rakannya sehingga 'urusan' mereka selesai. Hasnah memang sentiasa 'on time' orangnya.

"Okay. Jom!", Hanisa mengajak Hasnah dan Fathinah pulang ke bilik masing-masing.

Tiba-tiba, suatu suara garau mencelah. Mereka bertiga terkejut lalu menoleh ke belakang. Langkah terhenti secara spontan.

"Errr.. Awak, ada orang mahu berkawan dengan awak.", kata si garau tersebut kepada Hanisa dengan loghat Sabah yang tidak berapa pekat.

Hanisa, Hasnah dan Fathinah berpandangan.

"Siapa?", tanya Hanisa dengan nada terkejut.

"Abang Mukmin. Dia ada di sana. Sedang makan. Pakai baju warna hitam.", jawab si garau sambil jari ditudingkan ke arah seseorang.

"Ha?", dahi Hanisa berkerut sambil beristighfar di dalam hati. Setelah itu, Hanisa menyambung kata-katanya, "Tak apalah. Saya nak balik bilik."

Selepas itu, mereka bertiga mengatur semula langkah untuk menuju 'sasaran' mereka iaitu "nak balik bilik".

"Nanti sambung lagi ya! Okay?", balas si garau dengan nada sedikit menjerit lalu kembali ke meja makannya.

Hanisa menoleh namun tiada jawapan yang diberikan. Lidahnya jadi kelu. Terkejut dengan perkara yang telah dilaluinya sebentar tadi.


'Astaghfirullahal 'azhim... Astaghfirullah ya Allah... Aku ada melebih-lebih ke waktu kumpul dengan kawan-kawan tadi? Aku tergelak melebih-lebih ke? Rasanya tak. Kalau ya, mesti Hasnah atau Thinah dah tegur. Aku banyak cakap ke? Rasanya tak. Aku banyak diam dan berfikir je tadi sebab fikiran agak terganggu. Kenapa ya? Allahu akbar... Astaghfirullahal 'azhim...', rintih Hanisa di dalam hati. Dia beristighfar beberapa kali. Cuba bermuhasabah diri.

Setibanya di bilik, Hanisa bertanya kepada rakan sebiliknya, Zaihana,

"Zai, awak kenal tak siapa Abang Mukmin?"

"Abang Mukmin? Err... Tak kenal. Kenapa Nisa?", kata Zaihana.

"Tak ada apa-apa. Saja tanya.", balas Hanisa.

'Huh! Ya Allah... Astaghfirullahal 'azhim... Bantulah aku dalam menguatkan diriku di sini. Suasana Islam yang yang aku harapkan dan impikan, hanya tinggal bayangan. Ilusi dalam mimpi. Mimpi dalam realiti. Allahu Rabbi... Kuatkanlah diri ini. Diriku tidaklah semurah ini. Please! Don't approach me, but approach my wali! Sekali aku telah tersilap langkah, tidak mungkin akan kuulangi untuk kedua kalinya. Why me? I meant, kenapa lelaki tersebut  nak kenal aku? Aku tak cantik pun. Namun, Alhamdulillah, cukup sifat. Cuma, aku tahu, kelebihanku bukanlah pada rupaku.’
Allahu Rabbi... Kuatkanlah diri ini. Diriku tidaklah semurah ini. Please! Don't approach me, but approach my wali! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...