Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.' "

(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)


Thursday, January 20, 2011

Panggilan Kubur




Ketahuilah, setiap hari kubur akan memanggil manusia sebanyak LIMA KALI. Seolah-olahnya, kubur akan berkata kepada manusia begini :

1.                  “Aku adalah rumah yang sunyi dan keseorangan. Bagi memeriahkannya, hendaklah kamu membaca Al-Quran.”
2.                  “Aku adalah rumah yang gelap-gelita. Terangilah aku dengan sembahyang malam.”
3.                  “Aku adalah rumah yang dipenuhi dengan habuk dan debu. Hendaklah kamu membawa bekal iaitu takwa dan amal-amal soleh.”
4.                  “Aku adalah rumah yang dipenuhi dengan ular. Bawalah pendinding iaitu bacaan ‘Bismillahir Rahmanir Rahim’ hingga mencucurkan air mata (tandanya apa yang kita baca itu benar-benar difahami dan berasa betapa berkuasanya Allah S.W.T)
5.                  “Aku adalah rumah pertanyaan Mungkar dan Nakir. Maka perbanyakkanlah membaca ‘La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah, agar kamu dapat memberikan jawapan kepadanya.”

Firman Allah S.W.T :


“Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal,”
(Surah Luqman : Ayat 34).

Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat pada waktu orang-orang yang zalim ( berada) dalam tekanan-tekanan sakrat (mabuk) mati, sedang para malaikat memukul dengan tangan mereka (sambil berkata) “keluarkan nyawamu. Pada hari itu kamu dibalas dengan seksaan yang sangat menghinakan kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar. 
(Surah Al-An’am: Ayat 93)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...