Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.' "

(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)


Thursday, July 28, 2016

[ Ini Tentang Aku ]


Aku tahu, setiap manusia, Allah akan uji dengan ujian yang berbeza-beza. Mengikut kemampuan hamba-hambaNya. Dan aku tahu, apa yang aku lalui, taklah sehebat orang lain yang lebih dahsyat lagi ujiannya.

Walaubagaimanapun, kadangkala, mengalir juga air mata aku. Bukan sebab aku selalu rasa lemah, cuma aku memang sedar, aku ini hamba Allah yang lemah. Aku tak punya apa-apa melainkan Dia yang bagi.

Kalau Allah tak kurniakan aku apa-apa, aku memang zero. Zero. Ya, zero.

Allah tarik nikmat kekuatan tangan, sampaikan aku tak boleh aktif buat itu dan ini macam dulu lagi.

Nak mengemas, nak memasak, nak bawa beg plastik agak berat, nak jinjit beg, even nak buka penutup tangki minyak motor pun, tangan aku kena tahan rasa sakit. Kiri dan kanan. Dua-dua dah tak kuat.

Semuanya sebab kemalangan bulan Januari yang lepas. Aku tak pernah sangka, aku akan terima nasib sebegini lepas aku habis belajar. Lain yang aku rancang untuk diri aku, lain yang jadi.

Aku tak pernah menyesal. Cuma, aku harap, Allah kuatkan semangat aku. Bantu aku, dan jangan biar syaitan mencucuk-cucuk aku untuk rasa down sentiasa.

Orang yang bersalah yang menyebabkan aku kemalangan, sekarang ni langsung tak ada khabar berita. Lepas dia dah masukkan RM500 ke akaun bank aku, terus dia senyap dan lenyap. Mula-mula je nampak macam okay. Nampak macam bertanggungjawab. Lama-lama tu, memang langsung tak ada tanya aku, aku ni okay ke tak.

Dia ingat, RM500 tu cukup ke untuk biaya perubatan aku?

Beberapa bulan lepas, aku cuba whatsapp dia. Tapi dia tak balas. Sikit sebanyak, aku geramlah juga. Aku tanya, kenapa encik tak balas whatsapp saya? Lepas tu, barulah dia balas, "Sorry Cik. Saya sekarang kat oversea, ada kerja."

Bila dia jawab macam tu, rasa marah tu membuak-buak juga dalam diri aku. Tapi, aku tak balas. Dan langsung tak contact dia dah.

Kalaulah dia memang betul-betul seorang manusia yang bertanggungjawab, dia akan tanya pasal aku. Dia akan sentiasa follow up pasal keadaan aku sampai aku sihat. Tapi, bukan ini yang berlaku. Aku yang whatsapp dia, tanya pula khabar dia. Seolah-olah aku pula yang bersalah.

Dia pula balas, macam tak ada apa-apa yang berlaku. Ya Allah, Allah je yang Maha Mengetahui apa yang aku rasa.

Awal-awal dulu, dia merayu kat aku, jangan buat report polis sebab dia kata, kereta tu, company dia punya. Dia tak nak kehilangan kerja. Kalau aku report, dia akan kena pecat. Dia kata juga, dia ada anak yang baru je lahir. Dan anak dia sakit. Isteri dia dalam pantang. Dia minta belas kasihan aku.

Dan aku memang kasihankan dia lalu aku setuju. Tak buat report polis. Dia kata dia akan bayar pampasan. Dia cuma bayar RM500 lepas tu membisu tanpa sebarang khabar berita.

Aku tak tahulah dia manusia jenis apa. Tapi, aku percayakan dia sebab dia sama-sama Islam macam aku juga. Aku cuma husnu zhon je. Tapi, ini yang dia bagi kat aku.

Dia lenyap dan senyap.

Aku tak nak simpan apa-apa dendam. Cuma, ingatlah apa Nabi pernah pesan, 'apa yang kamu buat, kamu akan dapat balik.'

Encik Syahid buat aku macam ni, tak apa. Suatu hari nanti, encik yang akan dapat balasan daripada Allah, dengan apa yang encik dah buat. Dan waktu tu, encik akan faham apa perasaan aku.

Hari Sabtu lepas, sewaktu beraya ke rumah Mak cik Sal, Mak cik Sal pesan pada aku,

"Jaga diri baik-baik ya sayang... Awak tu muda lagi."

Aku tahu, memang aku masih muda. Dan Allah tarik nikmat kekuatan tangan waktu aku masih muda. Ini yang Allah nak uji. Dan, aku redha.

Ada juga beberapa orang yang suruh aku kahwin. Biar ada orang jaga, katanya.

Aku pun tak tahu sejauh mana kerelevenan isu kahwin tu, dengan keadaan aku sekarang.

Melihat kepada keputusan X Ray aku hari Khamis lepas, jujur aku kata, aku tak ada rasa nak fikir pasal kahwin. Aku cuma fikir, macam mana nak bagi tulang aku tu kembali bercantum dan nak sihat macam dulu balik walaupun mungkin tak akan sekuat dulu tangan ni.

Dan aku pun tak rasa, ada lelaki yang boleh terima keadaan aku yang sekarang. Sebab aku, memang tak boleh nak aktif mengemas, memasak, membasuh dan macam-macam lagi. Sekarang ni, aku buat juga, tapi sikit-sikit je, apa yang aku mampu. I do what I can do.

Sekarang ni pun aku tengok, majoriti lelaki memang mengharapkan perempuan je yang buat kerja-kerja rumah. Tak ada pun nak hulurkan bantuan. Dan aku harap, lepas aku dah agak sihat, aku tak dipertemukan dengan lelaki yang berat tulang macam tu.

Buat masa ni, cukup-cukuplah cadangkan hal kahwin kat aku ya. Sebab aku tak ada hati lagi untuk semua tu. Tunggulah lepas aku dah agak sihat.

Aku cuma harap, orang yang baca cerita aku ni, doakan aku. Doakan urusan aku dipermudahkan dan aku boleh terus berusaha keras mencapai impian.

In shaa Allah.

2 comments:

  1. assalamualaikum kak una. kakak apa khabar? sihat. dah lama tak jenguk blog akak, tup tup dapat tahu kak una ditimpa kemalangan. moga kuat smangat ya kak una? jgan putus asa. ada rahmat di sebalik ujian yang allah beri pada kak una. saya doakan kak una cpat smbub. soal lelaki yg langgar kakak tu, kalau saya yg kena pun mesti saya marah. tapi, saya harap kakak bersabar. stiap perbuatan lelaki tu takkan trlepas dri perhitungan allah. allah kan maha adil? harap kak una dapat maafkan kesalahan dia dan berlapang dada.

    sbenarnya saya dah lama ikuti penulisan kak una dalam blog ni. tpi dulu silent reader la hehe. masa mula2 dpt tahu kak una deactivated fb dulu, saya terkjut jugaklah tapi sy tahu akak ada sbb tersendiri dan akak lbih kenal siapa diri akak. akak blum activate balik fb akak kan? mesti ramai yg rindu kak una. sya sebenarnya salah stu friend kak una dkt fb.

    panjangnya saya comment, hehe. smoga akak sentiasa kuat menempuh hari-hari yg mendatang. sy juga doakan agar kak una dapat bertemu jodoh yg baik dan dapat terima kak una seadanya.

    sebenarnya, dari dulu lagi sy berminat nak kenal akak lbih rapat. pernah jugak terfikir nak jadikan kak una sbg kakak angkat saya. hehe. tpi saya tak berani nak cakap sbb sy tahu kak una sibuk dan ada komitmen sendiri.

    apa2 pun, jangan putus asa kak una. banyak2 kan bersabar. sesungguhnya allah bersama dgn org yang sabar.

    moga sukses selalu dan cepat sembuh ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam adik.. Ya Allah... Terharunya akak rasa. Patutlah hati ni rasa nak buka je blog ni. Rupa-rupanya, Allah nak suruh akak baca apa yang telah adik nukil untuk akak. Akak sangat hargainya, dik. Terima kasih kerana doakan akak, dan masih setia baca perkongsian daripada akak. Semangat yang turun naik membuatkan akak kurang aktif menulis secara serius di blog.

      Akak dah buat facebook baru. Namanya, "Husna Layyinah". Nanti add akak ya. Atau mesej akak di fb, akak yang akan send friend request. :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...