Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.' "

(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)


Sunday, July 31, 2016

Tanggapan?

Saya tak tahu apa tanggapan orang terhadap saya waktu zaman sekolah menengah dulu-dulu. Tapi, saya dapat rasa sesuatu yang lain.

Saya dapat rasa, pada waktu tu, tak ramai yang selesa berkawan dengan saya. Dan saya tak begitu pasti kenapa.

Sampailah tahun lepas.

Kawan sekolah saya, hantar personal message kepada saya di Facebook. Dia kata, dia minta maaf sebab sepanjang di sekolah menengah dulu-dulu, dia tak suka saya. Sebab bagi dia, saya ni too Islamic. Dia tak suka. Dan sekarang, dia sedar yang dia bersalah dengan saya sebab tak suka saya hanya kerana sebab yang sebegitu. Dan dia juga minta maaf sebab baru berterus terang, setelah beberapa tahun berlalu.

Saya maafkan sebab saya pun dah okay dan benda pun dah lepas kan. :)

Lagipun, hasil daripada situasi tu, saya jadi lebih berdikari dan tak bergantung harap pada mana-mana kawan saya. Walaupun saya memang sangat sayangkan kawan saya, saya berusaha untuk tak attach diri saya dengan mana-mana individu. Ada hikmah kan. Hikmahnya, saya lebih independent. Alhamdulillah. :)

Cuma, saya terkejutlah juga sebab agakan saya selama ni, memang betul. Orang tak suka berkawan dengan saya, kerana cara saya yang begitu menjaga batas pergaulan saya. Apatah lagi, orang yang mesej saya ni, bukan kawan sekelas saya. Dan saya memang sangat-sangat jarang dan tidak pernah langsung berbual-bual panjang dengannya. Tapi aneh kan, dia pun pernah tak suka saya. :)

Tak adalah aneh sangat sebenarnya. Memang lumrah, bila kita berhijrah nak jadi Muslim yang lebih baik, memang kita akan diuji. Tapi yang pasti, ujian kita taklah sehebat ujian para Nabi. :)

Jadi, syukurkan saja. Walau rasa down, try syukur selalu. Doa banyak-banyak, minta bantuan Allah yang Maha Segalanya. In shaa Allah, Allah pasti bantu. Yakinlah. :)

Hmm. Tiba-tiba teringat zaman sekolah ya saya ni. :)

Ini semua sebab jumpa kawan saya yang pernah sekelas dengan saya, waktu di open house petang tadi. Tak dapat borak di open house tu, borak di chat (maklumlah, sama-sama pemalu). Dia antara kawan yang saya hormati sebab.... ada banyak sebablah. :)

Salah satunya, dia hormat saya dan agama saya (he's not a Muslim, but I believe that he will). ;)

Dia yang telah mengingatkan kembali saat-saat saya dan kawan-kawan lain ketika di sekolah. Bagaimana saya bawa diri saya... Bagaimana saya bergaul...

Ya Allah. Rindu rasanya saat-saat tu. Walaupun waktu tu rasa susah, tapi rasa mudah. Walaupun waktu tu rasa sedih, tapi rasa gembira.

Ya Allah... Semoga SyahidatulHusna berjaya jadi manusia yang jauh lebih baik dari yang dulu, supaya SyahidatulHusna dapat berjaya di dunia dan di akhirat, bukan pada penilaian manusia tapi pada penilaian Allah.

Aamiin Ya Rabb!



A very long conversation with my old friend yesterday. And this is part of it. It means a lot to me. Membuatkan saya teringat semula detik-detik awal penghijrahan. Dan saya sungguh rindu detik-detik itu. :')

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...