Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.' "

(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)


Thursday, May 17, 2012

Jerawat itu nikmat?


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamua’laikum semua :)

Kali ni, penulisan saya agak tak formal ye. Hehe. Kali ni nak tulis secara santai n chillex je…. :D
Koma nak dengar tak cerita saya ni? Oklah, macam ni. Siapa yang ada masalah jerawat kat muka dia? Tak yah angkat tangan, jawab dalam hati je ekkk. 

Secara jujurnya, saya pun ada. Jujur je la ye. Buat apa nak malu-malu. Kurniaan Allah ni, jangan main-main. Bukan semua orang ada, ‘yang terpilih’ je tau. Hehe. 
Bersyukurlah, andai kamu antara orang yang ‘terpilih’ untuk berjerawat. ^^

Hmm, ada satu hari ni, salah seorang daripada budak yang belajar mengaji kat rumah saya, dia mengeluarkan statement macam ni kat saya,

“Banyaknyaaaa jerawattt……”

Saya senyum je. Walaupun agak terkecil hati sikit, tapi tak apalah, budak-budakkan… Diorang masih tak faham sangat lagi benda-benda yang sensitive macam ni.

Lepas tu, saya cakap kat dia,
“Alya rasa, Kak Husna pernah minta ke kat Allah nak ada jerawat?”

“Tak”, jawab si Alya.

Saya tanya lagi, “Alya rasa, orang-orang yang cacat kat luar sana, diorang pernah minta tak, nak dilahirkan sebagai orang cacat?”

“Tak”, jawab si Alya lagi.

Saya pun teruslah ber’celoteh’ kat dia,
“Haaa… Sebab tu la. Diorang tak pernah minta pun nak jadi macam tu, sama jugak macam Kak Husna… Allah jadikan semua ni sebab Allah nak uji tahap keimanan dan kesabaran hamba-hamba-Nya. Jadi, walauapa pun, kita kena bersyukur. Allah jadikan kelebihan dan kekurangan hamba-Nya berbeza-beza sebab Allah nak kita berfikir tentang keagungan-Nya. Allah nak kita sentiasa mengingatkan diri kita supaya jadi hamba yang bersyukur.”

“Ohhh….” balas Alya terangguk-angguk.

Saya tersenyum je. :) 

Alya bersuara lagi, “Kak Husna letaklah krim kat muka.” (Pandai betul budak ni berkata-kata :D )

“Kak Husna dah letak dah. Tapi Allah masih tak izinkan lagi jerawat tu nak hilang, Kak Husna kenalah bersabar. Belum masanya nak hilang. Insya Allah, satu hari nanti, jerawat tu hilanglah kalau kita usaha.” jawab saya.

Si Alya terangguk-angguk lagi.


Sebenarnya dulu, saya ni takdelah banyak jerawat sangat. Muka ni agak licin & ‘menawan’ la. Hehe. Time form 2 (time saya agak ‘loudspeaker’), muka saya comel la sikit. Hihi. Alhamdulillah..

Dulu saya tak bersyukur pun dengan apa yang saya ada. Contohnya, bila ada beberapa jerawat naik, saya  mula mengeluh, “Eeeeeiiiii….. Banyaknya jerawat…. Ishhhhh..!” (baru beberapa dah nak bising. Astaghfirullah…)

Tapi dulu, orang suka kat saya sebab rupa saya. (Hmm…. Biasalah, time-time nak membesar macam ni, mestilah ada ‘proses’ suka menyukai. Tak matang sangat time tu. Sekarang, matang tu lebih la sikit kalau nak dibandingkan dengan zaman dulu-dulu ^^, ) Lebih SIKIT je la.. Insya Allah, nanti lebih BANYAK. Hihi ^^

Kalau seseorang tu suka seseorang yang lain sebab rupa dia semata-mata, tu tandanya dia tak setia.
Kalau orang yang dia suka tu dah tak cantik, mesti dia campak macam tu je. Tapi kalau suka seseorang kerana hatinya, tu tandanya, dia memang seorang tulus & setia. Insya Allah. (Macam doktor cinta plak saya ni. Hehe :D )

Hmm, berbalik pada cerita tadi. Time form 3 (time Allah dah tunjukkan saya ‘jalan yang lurus’, Alhamdulillah), jerawat dah start naik kat tempat yang tak biasa naik. Tapi still tak banyak. Masih boleh dikira lagi la :p

Waktu form 4 la, jerawat saya ni naik mendadak. Masya Allah… Dugaan betul time tu. Dahlah tension kat sekolah, jerawat pulak, macam-macam yang keluar. Sampai satu masa tu, jerawat saya ada yang besar (tak taulah spesies apa tu), bukan besar biasa tau, jerawat tu kembung besar macam bisul. Kat pipi plak tu. Ya Allah….. Time tu, confident level saya memang menurun. Bila nak datang sekolah & nak berdepan dengan kawan-kawan, ya Allah…. Hanya Allah je yang tahu perasaan saya. Tapi saya kuatkan jugak semangat nak datang sekolah. Tak naklah ponteng sebab perkara remeh-temeh macam ni. Tak berbaloi langsung, kan? ^^

“Husna, apa yang kat pipi Husna tu?” kawan-kawan saya bertanya soalan yang sama je sepanjang ‘benda’ tu ada kat pipi saya.

Seperti biasa, saya senyum je la nak kawal perasaan. :) 

Setiap orang yang bertanya, saya akan jawab macam ni, “Tak taulah. Tiba-tiba je ada. Husna pun tak sure. Tengah letak ubat la ni. Orang kata macam bisul, tapi rasanya bukan.”

Alhamdulillah, time tu, saya tak marah-marah pun bila orang tanya. Saya jawab je dengan sabar. Syukurlah Allah makbulkan doa saya supaya saya jadi orang yang sabar (time tu la ^^ ). Tak lama lepas tu, ‘benda’ tu hilang. Alhamdulillah. Orang pun teruja.. :D


Tapi, ‘benda’ tu timbul lagi kat tempat lain, kat belah kanan pulak. (Dulu kat belah kiri.)

Kawan-kawan saya pun kata kat saya, “Sabar ya Husna…”

Saya senyum je & kata, “Insya Allah….” 

Then, ‘benda’ tu hilang. Pastu, timbul lagi kat belah kanan jugak. Masya Allah… Memang dugaan….

Tapi yang kali ketiga tu, dia tak besar sangat but ambik masa yang lama jugak la nak hilang. Alhamdulillah, sekarang dah takde dah kembung-kembung tu semua. Syukur ya Allah…. 

Waktu saya form 4 and form 5 tu, ada la sorang ni, dia minat kat saya (saya bukan nak berbangga pasal ada orang minat kat saya, tapi nak cerita sifat dia). Budak tu sama kelas dengan saya waktu tu. Saya tau dia minat kat saya pun, sebab kawan-kawan perempuan saya yang agak rapat dengan dia bagitau kat saya. Tapi lelaki tu, tak pernah la datang ‘menggatal’ kat saya. Cuma yang saya perasan, dia suka tengok saya dari jauh (dari tempat duduk dia je la). Memang saya tak sangka yang dia tu minat kat saya. Mana taknya, saya sedar la yang saya ni bukannya cantik macam dulu-dulu. Sekarang banyak jerawat, dulu tak banyak. Tapi, tak sangka plak yang dia still minat kat saya. Time saya ada ‘kembung-kembung’ tu pun, dia masih minat kat saya? Sungguh ku tak sangka…. Huhu.

Satu sifat yang saya kagum pasal budak tu, kalau dia suka kat seseorang, dia bukan nilai pada rupa semata-mata. Syukur Alhamdulillah, masih ada insan seperti itu. ^^

Tapi, jangan salah faham plak. Saya bukan jatuh cinta kat dia tau (saya hanya jatuh cinta pada jodoh yang Allah tetapkan nanti je. Insya Allah. Heee~ ^^, ).. Saya suka sifat dia yang saya sebut tadi. Saya doakan, dia dapat yang solehah sebagai pasangan dia nanti . Ameen Ya Rabb. Orang macam ni, biasanya, hatinya tulus. Insya Allah & Wallahua’lam… :) 


Ok. ‘Incident’ lain plak. Ada satu masa ni, kawan saya, dia belek-belek album saya (memang ada gambar saya & kawan-kawan je), pastu ada la satu gambar ni, time muka saya agak ‘menawan’ la (hihi), dia tengok gambar tu, then dia kata, “Dulu muka Una cantik je…”

Sejujurnya, terus berubah air muka saya waktu tu. Lepas tu, dia perasan yang air muka saya berubah, then dia terus tambah statement dia tadi, “Errr… Sekarang pun cantik jugak…”

As usual, saya senyum jugak sebab nak kawal perasaan. :) 

Ok. Yang lain pulak. Waktu tu, ada majlis restu kat sekolah untuk budak-budak SPM tahun 2011. Time saya salam dengan pengetua, sempat jugak pengetua tu cakap kat saya macam ni, “Apa nama kamu?”

“Husna.” Jawab saya sambil tersenyum.

“Eeeii, banyaknyaaa jerawat awak ni…” kata pengetua tu dengan ‘ketidaksensitifan’.

Like I told you before, saya sedekahkan jugak senyuman kat pengetua tu macam biasa. Tapi dalam hati tu, hanya Allah yang tahu. Saya bertambah rendah diri time tu jugak. Rasa macam nak nangis je. Jatuh air muka saya tau sebab ramai cikgu & ramai murid kat sekeliling pengetua tu. Kebetulan, sebelah pengetua tu, ada ustazah yang memang rapat dengan saya. Habis je sesi bersalam-salaman tu, ustazah tanya kat saya, “Husna, apa yang pengetua kata kat Husna tadi?”

“Dia kata saya banyak jerawat, ustazah. Malu saya. Dahlah ramai orang time tu.” Saya pun mengadulah kat ustazah dengan nada yang agak sedih. Nasib baik air mata tak menitis time tu.


Pastu, ustazah pun pujuk saya dengan bagi nasihat, “Tak apalah Husna… Sabar ya… Apa yang kita ada kat dunia ni, semuanya sementara. Biarlah dia nak cakap apa. Sabar ya.”

Saya senyum je, tak cakap apa-apa dah time tu. Down tersangatlah down. Setiap kali terserempak dengan pengetua, saya tetap hormat dia. Walaupun tak boleh lupa apa yang jadi waktu time salam-salam tu, tapi, saya cuba jugak berfikiran positif… (Insya Allah) ^_^ 

Sebenarnya, saya cerita pengalaman saya ni, saya bukanlah nak menceritakan ‘ketidakcantikan’ saya. Tapi, saya nak bagitau koma-koma yang kat luar sana, kami-kami yang berjerawat ni, memang sensitive BANYAK kalau sentuh bab-bab muka ni. Hehe :D

Pastu, saya nak ingatkan koma-koma yang kat luar sana, kami yang berjerawat ni, taklah teruk sangat. Kami pun ada harga diri jugak... ^^
Nanti bila muka kami-kami dah ok (Insya Allah), barulah terbeliak bijik mata tu. Hehe.

Sebenarnya, saya tahu, Allah sedang beri balasan kat saya. Sebab saya tak menjaga mulut saya dulu. Tak bersyukur dengan apa yang saya ada. Dulu, saya selalu cakap yang saya ni banyak jerawat (padahal tak pun, sikit jerrr), sekarang, Allah bagi betul-betul. Saya rela menanggungnya sebab saya yang memulakannya. Tak apa, Alhamdulillah, saya redha. Kalau Allah tak uji saya macam ni, sampai bila-bila saya takkan sedar. Sampai bila-bila, tahu nak mengeluh je. Betul tak? :) 

Sekarang, saya masih dalam proses merawat muka saya ni. Banyak tinggal bekas jugak la. Insya Allah satu hari nanti, akan hilang jugak kalau saya berusaha. Kan? :) 

Sekarang tengah guna produk dari Klinik Dr. Hasseenah, klinik tu kat Kota Kemuning. Insya Allah berkesanlah sebab kakak saya yang ada masalah jerawat jugak, dia guna produk tu la sekarang, Alhamdulillah, muka dia dah agak licin sekarang. Subhanallah.

Actually, dengan muka berjerawat ni, keyakinan diri memang kurang. Bila nak berdepan dengan orang tu, rasa macam nak tutup je muka ni. Astaghfirullah. Tak boleh macam tu. Yakin dan berpegang teguhlah pada Allah. Bukankah pandangan mata manusia ni cuma sementara? Yang penting ialah PANDANGAN ALLAH.

Insya Allah, saya tengah cuba didik diri untuk redha. Kita dah usaha, lepas tu, kenalah doa & bertawakal pulak. Sebab Allah yang Maha Berkuasa & Maha Berkehendak.

Kalau orang tak suka saya sebab saya berjerawat, takpe…. Yang penting Allah suka saya sebab saya redha & bersyukur dengan apa yang dia bagi. Insya Allah… Tengah didik diri jugak ni supaya tak keluarkan apa-apa statement yang tak sepatutnya. :) 

Kalau orang kata saya tak cantik, takpe… Yang penting Allah tahu apa yang ada dalam hati saya. Walaupun hati saya tak sesuci waktu saya mula-mula lahir kat dunia ni, tapi saya cuba. Biarlah saya nampak cantik di mata-Nya.

Kalau orang tak nak kawan dengan saya sebab kekurangan saya ni, takpe… Kawan bukan satu, tapi beribu. Kawan yang baik ialah kawan yang dapat menerima kekurangan dan menghormati kelebihan saya. Insya Allah, masih ramai lagi kawan yang berhati tulus. Yang penting, kita kenalah jadi ‘sahabat’ dulu, sebelum mintak orang lain jadi ‘sahabat’ kita… :) 


Baru-baru ni, saya ada send gambar kat sahabat saya, gambar waktu muka saya agak ‘menawan’. Hihi :p
Pastu dia tanya saya, “Ni gambar awak ke?”

Saya pun katalah, “Ha’ah… Kenapa? Muka licin?”

Saya gelak je time tu sebab sahabat saya macam agak terkejut pulak. Haha.

“Lainlah dengan sekarang. Tapi, saya lebih suka tengok awak yang sekarang. Manis je. Silau saya. Haha”, balas dia sambil ketawa terkekek-kekek.

Saya balas balik apa yang dia kata, “Ambooiii, banyaklah awak. Pandai-pandai je.”

Alhamdulillah, nasib baiklah saya ada sahabat yang betul-betul memahami diri saya. Saya ada 2 orang sahabat yang paling saya sayang, Kak Aini & Madihah. (Confirm kembang hidung kalau baca ni. Hehe ^^ )

Terima kasih Kak Aini dan keluarga yang banyak tolong saya selama ni… Sudi bersama saya di kala susah dan senang… Uhibbuki fillah… <3 :) 

Terima kasih Madihah dan keluarga sebab baik sangat dengan saya. Sentiasa sedia menghulurkan bantuan kepadaku di saat aku memerlukan… Uhibbuki fillah <3 :) 

Terima kasih kepada SEMUA yang sentiasa sedia memberikan kebaikan kepada saya. Hanya Allah je yang dapat balas kebaikan koma-koma dengan sebaik-baik balasan. Insya Allah. Ameen Ya Rabb. ^^


Lastly, saya nasihatkan awak-awak yang ada masalah yang sama macam saya (masalah jerawat ni lah), jangan putus asa ya. Sentiasa berusaha & cari inisiatif yang sepatutnya. Biarlah orang kutuk kita, orang perli kita, orang hina kita, atau apa-apa je.. Sabarrrr… Orang tu nak bagi pahala FREE kat kita. Tak nak ke? FREE ni…. Hehe. :) 

Berusaha untuk tak mengeluh jugak ye… Nanti habis musnah semua pahala sabar kita tu… (I’m talking this to myself too…. ^^ )

Okay. La tai-asuu my friends! Never give up, be strong. Insya Allah. Allah has planned something good for you. Just be patient and obey Him. Innallaaha laa tukhliful mi ‘aad (sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. ^_^ )

The most important things are :-
‘DUIT’

D – Doa
U – Usaha
I – Ikhtiar (just same with ‘usaha’, actually. Tapi nak dapatkan ‘formula’ DUIT tu, kena la tambah huruf ‘I’. Hehe)
T – Tawakal


Okeehhhh? Tu je yang dapat saya kongsi. Doakan saya punya masalah ni dapat diselesaikan ye? Insya Allah. Ameen.

Saya doakan awak-awak yang ada masalah yang sama macam saya ni agar segala urusan awak-awak dalam menyelesaikan masalah ni berjalan lancar. Ameen.. :) 

Kita kena ingat, setiap yang Allah bagi itu ialah NIKMAT. Setiap nikmat itu ialah UJIAN. Haa, jangan pening kepala pulak. Hehe. :) 

Fikirkan betul-betul ye? Hmm… That’s all from me. Hopefully, you’ll get some benefits or some moral values from my own experience.

The most important moral value from my story is…..
“Watch your mouth because Allah is watching you!” Hihi ^^

Wassalam ^^,




Tuesday, May 8, 2012

CERPEN : Di Saat Aku.......


Qistina merenung ke arah siling. Fikirannya menerawang jauh. Badan yang sudah lama terbaring kaku mula bergolek ke kiri dan ke kanan.

"Arghhh...! Kenapa tak boleh tidur ni...? Ya Allah, dah pukul 1 pagi dah ni. Kenapa mata ni degil sangat...? Ya Allah.....", dirinya mengomel sendirian.

Pertembungan antara Qistina dan si 'jejaka soleh' di kafeteria petang tadi menjengah di fikirannya. Pandangan mata mereka bertentangan secara tidak disengajakan menggamit perasaan Qistina lantas cepat-cepat dialihkan ke tempat lain. Qistina beristighfar beberapa kali di dalam hati.

'Ya Allah... Kenapa aku rasa menggeletar semacam je ni...? Ya Allah... Astaghfirullahalazhim...', gerutu hati Qistina. Setelah itu, Qistina cepat-cepat melangkah ke bilik penginapannya. Setibanya dia di bilik, azan Asar pun berkumandang. Qistina mengambil wudhuk dan menunaikan solat Asar. Usai sahaja solat, Qistina meluahkan perasaannya terhadap sang pencipta. Dia menzahirkan segala yang dirasainya ketika itu melalui doa. 

Qistina bingkas bangun lantas menyibukkan dirinya dengan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah tiga hari lepas. Kelapangan waktu pada hujung minggu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Qistina.

Tiba sahaja waktu Maghrib, Qistina berhenti berehat dan bercadang mahu menyambungnya semula pada keesokan hari. Fikirannya pula sudah mula terganggu ketika itu. Nama si 'jejaka soleh' bermain-main di benak fikirannya.

'Ya Allah.. Astaghfirullahalazhim..', bisik hatinya.

Malam itu, selesai sahaja solat sunat selepas Maghrib, Qistina melakukan solat sunat hajat bagi memohon petunjuk Allah S.W.T. Resah sungguh hatinya ketika itu. Qistina banyak menghabiskan masa di atas sejadahnya sehinggalah tiba waktu solat fardu Isyak.

Setelah itu, Qistina merehatkan badannya di atas katil dengan harapan dia boleh tidur secepat yang mungkin namun tenyata sangkaannya meleset. Malam itu, dia benar-benar tidak dapat melelapkan mata. Fikirannya sangat terganggu.

"Eh..? Cik Qistina. Nampak pucat je? Demam ke?", rakan sebiliknya, Suzana, bertanya.

"Errrrr.... Tak adalah. Cuma penat je.", jawab Qistina ingin berselindung.

"Banyak-banyakkan rehat ya.. Oklah. Su tidur dulu. Dah lewat dah ni. Selamat malam. Assalamua'laikum", balas Suzana.

"Ok, Su. Selamat malam. Wa'alaikumussalam", Qistina membalas.

********************************************
"Qistina., kenapa tak tidur lagi ni?", Suzana mencuit bahu Qistina yang sedang duduk mendagu di meja belajarnya sambil mengerling ke arah jam yang sudah menunjukkan pukul 2.10 pagi.

"Errrrr... Errrr... Emmmm.... Tengah siapkan assignment." jawab Qistina tersekat-sekat kerana terkejut namun tetap ingin berselindung.

"Assignment? Su tengok, meja ni kemas je, tak ada sebarang jejak dan bukti yang menunjukkan Cik Qistina ni tengah buat assignment?", kata Suzana dengan nada bergurau.

Qistina membisu.

"Qistina ada masalah ke? Su sudi dengar kalau Qistina nak luahkan."

"Maafkan Qistina, Su. Fikiran saya memang terganggu sejak akhir-akhir ni. Tak apalah, awak tidur ya. Nanti bila saya rasa nak luahkan, baru saya luahkan. Terima kasih Suzana. Awak memang baik. Awak tidurlah dulu ya? Maaf kalau saya buat awak tak senang tidur."

"Tak adalah. Saya memang terjaga tadi sebab nak minum air. Haus pula tekak ni. Lepas tu nampak awak tak tidur lagi, tu yang tegur tu. Oklah kalau macam tu. Jangan banyak fikir sangat ya? Jangan ikut sangat emosi tu, nanti sakit kan susah. Ok?" , pesan Suzana lalu menyambung tidurnya semula.

Qistina mengangguk dan tersenyum hambar.

Sejak kebelakangan ini, Qistina kerap terbayang-bayang kejadian yang menimpa dirinya beberapa bulan yang lalu. Dia menerima mesej yang tidak disangka-sangka olehnya. Mesej daripada seorang lelaki yang soleh di mata setiap orang yang mengenalinya. Lelaki tersebut meluahkan segala isi hatinya terhadap Qistina melalui mesej tersebut. Mengalir air mata Qistina kerana terharu namun tanpa Qistina dan si 'jejaka soleh' sedari, syaitan sedang mempermainkan mereka supaya jatuh ke dalam jurang cinta nafsu iaitu cinta sebelum nikah. Segala-galanya berlaku secara tiba-tiba. Mereka berdua kerap digandingkan bersama dalam menguruskan sesebuah organisasi. Atas urusan tersebut, mereka akan berhubung melalui telefon bimbit. Namun, lain pula yang terjadi. Kadangkala, mereka berhubung bukan kerana adanya urusan yang benar-benar penting, tetapi hanya ingin bertukar-tukar kata-kata nasihat, info-info Islamik dan sebagainya yang mereka sangkakan tidak melanggar syariat. Lama-kelamaan, terbit suatu perasaan antara mereka berdua. Setelah si lelaki meluahkan, barulah si gadis berani untuk meluahkan. Namun, terbit suatu sesalan dalam diri si gadis kerana sedikit terbuai dengan perasaan seperti itu.


Si gadis yang diberi nama 'Qistina' itu seringkali meluahkan rasa sesalnya terhadap dirinya sendiri,
'Kalaulah sebelum ini, aku bertindak lebih tegas, pasti kejadian sebegini tidak akan sekali-kali menimpa diriku.
Kalaulah aku tidak meluahkan hal yang sama dan perasaan yang sama terhadap lelaki itu pada hari tersebut, pasti aku tidak akan diburu rasa bersalah, berdosa dan alpa.
Kalaulah waktu ini dapat diputar kembali, akan aku perbetulkan semula segala-galanya dari mula.
Tetapi... 
Itu semua hanyalah 'kalau'. Aku kena hadapi kenyataan sekarang. Apa yang telah terjadi ialah takdir Allah S.W.T. DIA sedang menguji tahap keimanan aku dan si 'jejaka soleh'. Wahai Qistina, andai rebah, usahlah kau biarkan dirimu lemah kerana rebah. Bangkitlah semula dengan gagah!'

Begitulah sifat Qistina, sama seperti manusia-manusia lain. Kadangkala, dirinya lemah selemah-lemahnya dan kadangkala dirinya 'gagah' se'gagah-gagah'nya. Bukankah iman itu bertambah dan berkurang menurut pendapat aqidah Ahli Sunnah Waljama'ah? Itulah hakikat yang terdapat pada setiap manusia biasa sepertinya.

Kini, Qistina sedar bahawa dia telah tersilap langkah. Begitu juga dengan si 'jejaka soleh'. Mereka tersalah cara 'mengurus' perasaan mereka berdua. Walau mereka tidak memilih untuk berpacaran, namun mereka kerap juga berhubung melalui SMS. Walau cuma SMS, tetapi kadangkala tetap melekakan. Walau hanya memberi kata-kata nasihat, maklumat dan info-info Islamik, namun syaitan tetap ada pelbagai cara untuk buat umat Nabi Muhammad S.A.W sesat!

Qistina sangat beruntung kerana Allah S.W.T telah mengurniakan kepadanya sahabat yang menyedarkan dirinya bahawa tindakan yang diambil oleh Qistina selama ini ternyata salah. Mujurlah sahabatnya dapat menegurnya dengan ikhlas dan jujur. Mujur juga Qistina dapat menerima teguran lantas tersedar akan kesilapan dirinya. Saat yang benar-benar menguji perasaan Qistina adalah apabila dia mesti berterus-terang dan jujur kepada si 'jejaka soleh'. Alhamdulillah, Allah S.W.T memudahkan urusannya. Si dia dapat menerima walaupun pada permulaannya, si dia agak sukar menerima apa yang diperkatakan oleh Qistina dan hampir sahaja ingin menolak kenyataan bahawa 'mereka tidak boleh berhubung tanpa urusan yang benar-benar penting menurut syariat'. Lama-kelamaan, si dia dapat menerima dengan hati terbuka. Lembut sungguh hatinya. Wanita mana yang tidak tertawan?


********************************************
Jam menunjukkan pukul 2.35 pagi. 

"Dah nak pukul 3? Ish, tak boleh jadi ni. Nanti susah pula nak bangun Subuh.", Qistina bingkas bangun dari tempat duduknya lantas mengambil wudhuk dan mencapai senaskhah Al-Quran untuk dibaca bagi menenangkan fikiran yang agak kusut sedari tadi.

"Alhamdulillah, tenang rasanya lepas dah baca Al-Quran." , bicara Qistina sambil meletakkan semula Al-Qurannya. Qistina lalu mengambil diari kepunyaannya dan menulis sesuatu. Menulis tentang sesuatu yang berkaitan dirinya dan memberi impak yang sangat besar dalam hidupnya.

'Ya Allah... Di saat ini, aku benar-benar teruji. Semakin aku mengejar cinta-Mu, Kau datangkan pula cinta makhluk-Mu. Kau menguji aku kerana Kau mahu tahu sedalam mana cinta aku kepada-Mu. Tolonglah kuatkan diri ini untuk menghadapi dugaan yang Kau berikan ini. Sungguh, ujian perasaan yang Kau datangkan kepadaku sangat berat untuk dipikul. Jadi, bantulah aku Ya Rabb.

Ya Allah... Aku hampir tenggelam mujurlah tidak karam. Aku bersyukur kepada-Mu kerana telah menyedarkan aku.

Ya Allah... Aku tidak mahu merindui seorang insan yang masih tidak pasti sama ada dia jodohku ataupun tidak. Aku khilaf ya Allah. Maafkan aku. Ampunkan segala keterlanjuranku dalam ketidaksedaranku.

Ya Allah... Kubiarkan perasaan ini hanyut bersama angan-angan ciptaanku sendiri. Andai perasaan ini tersadai di tempat yang sama 'ia' hanyut, aku redha.

Ya Allah... Kurniakanlah kepadaku petunjuk-Mu. Kadangkala aku buntu mujurlah Kau 'datang' membantu. Ya Rabbi, ketahuilah, aku hanya ingin cinta-Mu dahulu yang bertakhta di hatiku. Hanya cinta-Mu. Namun, tak dapat kunafikan bahawa aku telah mencintai dia. Ya Allaaaahhhhh! Ujian perasaan yang Kau timpakan kepadaku amatlah berat untuk dipikul olehku.

Ya Allah... Kuatkanlah diri ini. Aku lemah di saat ini. Tak dapat kubayangkan kenyataan-kenyataan yang bakal menyusul dalam hidupku 'sebentar' lagi. Benarkah dia yang kucari? Adakah dia yang aku impi? Apakah dia jodoh buat diriku? Ahhhh...... Semuanya masih tidak pasti! Aku ingin mengejar cita-cita sebelum mengejar cinta!

Ya Allah... Andai perasaan ini hanyut, tenggelam dan terus karam, aku pasrah andai itulah yang terbaik buat diriku...

Ya Allah... Andai perasaan ini hanyut lalu tersadai dan dapat diselamatkan, aku juga pasrah andai itulah ketetapan buat diriku...

Tuntunilah setiap langkahku ya Allah... Janganlah Kau biarkan aku terkapai-kapai di dalam lautan dunia yang penuh dengan penipuan. Janganlah Kau biarkan aku lemas dalam pelukan duniawi...
I really need You for every step I take. Please don't leave me, oh Allah... Please guide me.. I am nothing without You.'



Qistina menarik nafas sedalam-dalamnya. Rasa lega menyelubungi diri. Qistina mengemas semula diarinya kemudian menghenyakkan semula badannya ke atas katil.

'Alhamdulillah, terima kasih Ya Rabb kerana menguji aku dengan sesuatu seperti ini. Terima kasih kerana memberi pengajaran kepadaku. Terima kasih kerana mempertemukan aku dengan Muhammad, si 'jejaka soleh'  yang sangat memberi pengajaran kepadaku supaya bersikap lebih tegas dan peka terhdap sesuatu perkara. Terima kasih juga kerana mengurniakan aku seorang sahabat yang bersifat tegas dan berpendirian teguh. Syukur, Alhamdulillah ya Allah... Terima kasih atas semua ini. Kau benar-benar mendidikku supaya belajar menjadi muslimah yang KUAT. Alhamdulillah, syukur ya Allah....' , Qistina bermonolog. Setelah itu, matanya dipejam sambil mulutnya terkumat-kamit membaca doa dan surah isti'azah sebelum tidur.

********************************************


Firman Allah S.W.T :-

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau membalas kami jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu dari kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami......." 
(Surah al-Baqarah, ayat 286)



Monday, May 7, 2012

Informasi tentang Doa

Adab-adab berdoa :-

  1. Memulakan doa dengan menyebut nama Allah dan memanjatkan pujian kepada-Nya.
  2. Mengulang-ulang doa tanpa perasaan bosan atau jemu.
  3. Menghadap ke arah kiblat dengan perasaan takut dan rendah diri kepada-Nya.
  4. Mengangkat kedua-dua tangan separas bahu.
  5. Memohon dengan suara yang lembut (rendah diri).
  6. Bertaubat sebelum berdoa sebagai cara pembersih dosa yang telah kita lakukan.
  7. Mengakhiri doa dengan bacaan selawat dan bacaan hamdalah (alhamdulillah).

Syarat-syarat terkabulnya doa :-
  1. Dengan kesucian hati.
  2. Ketika kita berdoa, hati kita mestilah dalam keadaan bersih (bersih daripada noda dan dosa).
  3. Berdoa dengan kesungguhan hati.
  4. Keyakinan dalam hati bahawa Allah akan mengabulkan doa kita.
Waktu-waktu mustajab untuk berdoa :-
  1. Sewaktu malam Ramadan, terutama malam Lailatul Qadar.
  2. Saat mngerjakan solat fardhu, terutama ketika bersujud (setiap sujud).
  3. Waktu antara azan dan dan iqamah ketika akan mengerjakan solat.
  4. Setiap hari Jumaat.
  5. Sewaktu wukuf di Arafah ketika mengerjakan haji.
  6. Ketika meminum air zamzam.

Wallahua'lam. Semoga Allah sentiasa meredhai kita semua, merahmati kita semua dan semoga kita tergolong dalam golongan hamba-hamba yang sentiasa mendapat petunjuk. Semoga kita juga tergolong dalam golongan hamba-hamba yang bersyukur. Ameen~

Wassalam :)


Sumber : Buku Terbitan Kharisma : Amalan Doa Menjelang Hari Kiamat

Doa Selepas Solat :)

Assalamua'laikum, semua. Sihat? Semoga semua kaum muslimin dan muslimat berada dalam lindungan rahmat Allah SWT. Ameen. Hmmm, dah lama rasanya tak menaip di blog JYL.

Kali ini, saya nak share dengan pembaca-pembaca semua tentang doa selepas solat yang boleh kita amalkan. Ini antara contohnya sahaja. Kita juga boleh membaca doa selepas solat dengan menggunakan bahasa Melayu, tetapi lebih afdhal jika menggunakan bahasa Arab. Wallahua'lam.

'Part' 1 :)


'Part' 2 :)


'Part' 3 :)


'Part' 4 :)
---> Gambar kartun perempuan tu untuk muka depan sebenarnya. Nanti dah print dan potong, bolehlah susun balik ye... Yang lelaki-lelaki, kalau tak nak gambar kartun perempuan tu pun takpe, boleh buat cover lain. :) 


"Actually, kakak saya (Kak Aisyah) yang minta tolong saya tuliskan doa selepas solat untuk dia. Lepas tu, kakak saya yang lagi sorang tu (Kak Za) berminat juga, then dia pun bersemangat nak scan doa-doa ni, pastu print. Kak Za yang cadangkan kat saya supaya share doa-doa ni kat blog. Orang lain pun Insya Allah akan dapat manfaat. So, nanti, download je all of the images above, then you can print it out. Insya Allah. Lepas tu, boleh potong kepada 4 bahagian, tebuk lubang kat hujung tu, masukkan ring. Nampaklah macam buku nota kecil. Hmmmm... Menarika tak? Menarik tak? Hehe "

Thanks a lot to Kak Za yang 'gigih' men'scan' doa-doa ini.... :)

Baiklah. Selamat mencuba dan selamat beramal! Semoga Allah meredhai kita semua. Ameen ~ ^^

Wassalam :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...