Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.' "

(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)


Tuesday, June 5, 2012

Coretan Seorang Insan





"Dugaan Allah sentiasa datang menerpa,

Jika diri alpa, syaitan pula bermaharajalela."



Wahai Allah yang Maha Mendengar dan Maha
Mengetahui segala isi hati...



Wahai manusia yang membaca coretan ini...



Ketahuilah bahawa aku sangat lemah. Lemah.
Lemah... Walau dari segi fizikalku, aku
kelihatan gagah, namun dalamanku sudah
hampir musnah..

Ya Allah, betapa rapuhnya hati ini... Imanku
seringkali goyah. Goyah terhadap perkara-
perkara duniawi yang bersifat fana.
Sementara.

Tatkala aku melihat muslimah-muslimah yang
jauh lebih solehah, aku sangat senang melihat
mereka. Namun, dalam hatiku, aku sangat
menyesali diriku sendiri.

"Mengapa aku tak dapat jadi seperti mereka?"

Aku sedih kerana kealpaanku sendiri.
Aku kecewa kerana kelalaianku sendiri.
Aku bukan hamba Allah yang solehah seperti
mereka.
Aku bukan umat yang selalu menuruti sunnah
Rasul-Nya.
Aku bukan anak solehah yang boleh
dibanggakan di akhirat kelak, yang sentiasa
menyenangkan hati orang tua.
Aku bukan adik, kakak, mak cik, kawan dan
sahabat yang baik yang selalu mencurahkan
kebahagiaan kepada orang disekelilingku.


Siapakah aku?

Akulah insan yang serba kekurangan.
Terkadang hilang identiti diri di saat iman
melangkah pergi.
Lantas aku menyesali diri.

Tidak! Iman, kau jangan pergi! Jangan
tinggalkan aku sendiri! Aku akan menjagamu.
Percayalah... Aku akan menjagamu...
Temani aku di setiap langkahku..

Sudikah kau
untuk menjadi sahabat sejatiku wahai iman?

Katakanlah 'YA' wahai iman...

Aku akan peliharamu, iman... Agar kau
sentiasa cantik dipandangan-Nya...

Wahai Allah, aku mencintai-Mu. Tuntuni setiap
langkahku. Engkaulah Tuhan yang Maha
Lembut. Maka, lembutkanlah hatiku ini.
Ameen.

Wahai manusia yang membaca coretan ini,
maafkan aku kerana aku bukanlah insan yang
baik. Dasarnya sahaja kelihatan begitu,
namun hakikatnya, TIDAK..

Mohon doamu wahai teman seperjuangan.... ♥


~Hasil nukilan seseorang yang sangat aku cintai~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...