Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.' "

(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)


Monday, April 2, 2012

Resepi Kek Kukus :)

Bahan-bahan :-


  • Butter - 1 buku (kalau guna jenama Buttercups lagi sedap ^^ )
  • Telur - 3 biji
  • Tepung gandum - 1 cawan
  • Serbuk koko - 1/2 cawan
  • Soda bikarbonat - 1 sudu kecil
  • Baking powder - 1+1/2 sudu kecil
  • Esen Vanila - 1 sudu kecil
  • Susu cair - 1/2 daripada tin susu tersebut
  • Air panas - 3/4 cawan
  • Gula - 1/2 cawan 
  • Garam - 1/2 sudu kecil
( Cawan yang saya guna ialah cawan plastik untuk minum air tu.... Pandai-pandailah agak ya? Hihi )

Cara-cara :-
  1. Cairkan butter.
  2. 3 biji telur tadi dipukul rata.
  3. Campurkan butter dengan bahan-bahan lain bersama telur yang dipukul tadi.
  4. Gaul kesemua bahan yang dicampur tadi sehingga rata.
  5. Texture bahan-bahan yang digaul mestilah cair dan tidak terlalu pekat (mesti berair).
  6. Kemudian, letakkannya didalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
( Boleh juga  cairkan coklat masakan untuk dijadikan 'topping' pada kek tersebut supaya kek nampak lebih sedap & menggiurkan. Kalau nak nampak lebih menarik, hiaskanlah ikut kreativiti kamu. Hehe ^^ )

Taklah susah sangat masak kek kukus ni. Sorry la takde gambar nak letak. Last year saya cuba buat kek kukus ni sebab ada tetamu  nak datang rumah. Hehe. Saya post kat blog pun sebab ada adik ni (tetamu tu) minta resepi. Terkejut saya. Padahal baru nak cuba-cuba je. Hehe. Kelakar juga rasanya, macam 'chef' yang tak bertauliah. Hihi. Dah lama dah adik ni minta. Hari ni baru saya berkesempatan. Maaf ya dik? Hehe
Sambil-sambil nak kongsi resepi dengan adik tu, saya rasa ada baiknya saya kongsi dengan yang lain-lain juga. At least, boleh cuba. Sebab tu post kat blog. 

Okaylah. Selamat mencuba! ^^

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...