Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.' "

(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)


Tuesday, March 27, 2012

Cinta Tanpa Noda

Assalamua'laikum buat pembaca-pembaca yang setia membaca di blog saya. Jazakumullahi khairan. Semoga peroleh manfaatnya. Jika ada benda yang boleh saya kongsi dengan orang lain, Insya Allah saya akan kongsi walaupun tidak banyak. Semoga Allah meredhai kita semua. Amin~ ^^

Post kali ini, terdetik di hati ini hendak berkongsi dengan pembaca tentang puisi yang dikarang oleh penulis buku-buku Islamik yang terkemuka iaitu Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin. Puisinya yang bertajuk 'Cinta Tanpa Noda' ini sangat menyentuh hati remaja saya ini dan mungkin juga hati remaja kamu. Insya Allah~ ^^

Mari hayati puisinya!



**************************************

CINTA TANPA NODA

Tak mampu kudustai rasa ini,
Cukuplah dengan pertautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota, takutkan Ilahi.

Aduh!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia.

Cintaku bukan cinta murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komunikasi kutundukkan,
Mengawal hati formula kekuatan.

Aku berazam pada diri,
Kuingin mahligai kasihku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yang dicemari,
Tanpa noda kemurkaan Ilahi.

Kuingin hadiahkan cinta suci,
Buat insan yang kunikahi,
Dengan Allah sebagai juri,
Bukan nilaian nafsu sendiri.

**************************************
Di sini, saya selitkan juga sedikit pendapat dan nasihat daripada Hilal Asyraf. Harap, kamu semua dapat manfaatnya. Amin.

"Tahu apa masalah ramai remaja?

Dia jatuh cinta dengan someone,
tapi tak mahu consult dengan ibu bapa.
Kemudian pergi tanya ramai orang macam mana nak luah kepada orang yang dia cinta.
Kenapa remaja susah nak libatkan ibu bapa?
Saya suka anggap ibu bapa adalah 'our line of precaution'.
Kita ini remaja kut. Kalau benar matang, consult dengan Ibu Bapa, orang tua, penjaga, adalah antara jalan terbaik untuk mengimbangi 'semangat muda' kita.

Ya, dari pihak Ibu Bapa pun, perlulah ada keterbukaan.
Jangan tembak anak-anak dengan kata-kata: "Kau kecik lagi. Jangan duk menggatai!" Itu memang jenis Ibu Bapa yang saya tak respect la.
Bila anak-anak tanya, luahkan perasaan suka, Ibu Bapa layan la baik-baik.

Para remaja,
kita semua ini kena faham yang kita ini muda.
Ya, saya tak kata kita ini muda maka kita ini tidak matang.
Ada antara kita matang.
Tanpa menafikan, ada kalangan kita ini tak matang pun. Rasa-rasa matang sahaja.
Umur masih muda, insyaAllah umur masih panjang.

Apa kata kita luaskan pandangan, jauhkan perjalanan terlebih dahulu?
So, consult dengan Ibu Bapa. Tanya, minta pandangan, agar pandangan mereka mengimbangi pandangan kita dan kita dapat menilai dengan baik.
Kadang-kadang kita ni, sebab keremajaan kita, kuat syok sendiri sahaja!
Ya, memang la pasangan kita tu mungkin syok kat kita juga. Tapi kita dua-dua remaja! Dua-dua sama sahaja kepalanya. Jadi, a consult with our parents, our ustaz and ustazah, pakcik makcik, will not hurt.

Memang kadangkala kebenaran itu pahit.
Kebenaran kita masih muda, realiti kita tidak ada harta yang cukup untuk menyara dan sebagainya. Janganlah pandang itu semua sebagai 'halangan'. Pandang itu semua sebagai 'tarbiyah'. Memang realitinya, kita belum layak untuk berkahwin dan perlu membina kekuatan!

So, consult dulu okkeh?
Beranikan diri bersembang dengan orang tua.
Baru macho.
Baru beautiful!
--------------------------------------
Perkahwinan ini hendak membina ummat dik.
Bukan nak suka-suka.
Dengan matlamat sebesar itu,
mustahil kita membina rumah tangga dengan sambil lewa!"
^^


**************************************
Sekarang dah jelas? Mudah-mudahanlah. Amin.

Sejujurnya, daripada saya pula, saya tak berani nak bercakap banyak. Saya juga tiada pengalaman yang sewajarnya berkaitan dengan hal ini. Cuma, nasihat saya, marilah kita sama-sama mengejar CINTA ALLAH dulu. Andai kata cinta kita kepada-Nya masih terumbang-ambing, masih tak berapa nak stable, lebih baik kita menstabilkan dulu cinta kita kepada Allah. Bagi yang perempuan, solehahkanlah diri dulu. Bagi yang lelaki, solehkanlah diri dulu. Kalau dah rasa bersedia dan mampu, pinanglah si perempuan. Tak perlu ajak ber'couple'. Kalau yang perempuan dah bersedia, terimalah pinangan tersebut.

Sejujurnya bagi diri saya, saya masih belum bersedia hendak dicintai dan masih belum bersedia untuk mencintai mana-mana lelaki. Saya ingin cinta Allah mekar dan subur dahulu dalam hati saya. Kerana... Saya sedar, saya hanyalah manusia yang tidak punya apa-apa. Seorang insan yang sangat lemah dan seorang insan yang sangat memerlukan cinta dan kasih sayang Allah dalam hidup saya. Saya juga perlukan cinta daripada Rasulullah S.A.W. Cinta kepada Allah dan Rasulullah S.A.W juga masih kurang mekar dalam diri saya, bagaimana saya hendak meyakinkan diri saya bahawa saya mencintai seorang makhluk yang dikenali sebagai 'lelaki'?


Masya Allah... 
Sedih rasanya hati ini apabila mengenangkan cinta dan rahmat Allah yang mencurah-curah untuk hamba-hamba-Nya tetapi sungguh sedikit manusia yang bersyukur. Saya? Saya juga kurang bersyukur kepada Allah. Kadang kala mengeluh sahaja. Tidak pandai berterima kasih! Astaghfirullahal azhim..

Bagaimana pula cinta saya kepada Rasulullah S.A.W? Mungkin di mulut, saya mengatakan yang saya sangat menyayangi Baginda S.A.W... Tetapi, buktinya???

Ya Rasulallah, maafkanlah daku... Sunnahmu jarang sekali kuturuti... Bagaimana bisa aku mengatakan bahawa aku mencintai-mu? 

Ya Rasulallah.... Maafkanlah diriku... Selawat ke atas-mu juga jarang sekali meniti dibibirku... Bagaimana aku boleh meminta disyafaatkan oleh-mu?



Ya Allah... 
Jika dihitung, dihitung dan dihitung, terlalu banyak CINTA PALSU yang kita taburkan...
Astaghfirullahal azhim...
Inilah yang saya maksudkan, cinta kita kepada yang berhak masih terumbang-ambing, masih tidak stabil, bagaimana kita hendak mecintai yang lain?

Bagaimana kita hendak mencintai CIPTAAN-NYA sedangkan cinta kepada PENCIPTANYA masih belum mekar mewangi dan masih belum subur dihati??

Allahuakbar.....

Jadi, saya menasihati diri saya sendiri dan kamu yang membaca apa yang saya tulis ini, saya berharap sangat-sangat supaya kita mengimbangi semula apa yang sepatutnya kita lakukan.

Allah S.W.T sentiasa menghulurkan cinta-Nya kepada kita tetapi adakah kita menyambutnya dengan baik??

Kita tanpa cinta Allah bagai layang-layang yang terputus talinya tetapi Allah S.W.T tanpa cinta kita, Dia tetap berada di tempat yang teragung. Renung-renungkanlah...

Rasulullah S.A.W sangat mencintai ummat-nya. Sentiasa ingin menghulurkan syafaatnya tetapi layakkah kita menerimanya andai begini sikap kita terhadap Baginda S.A.W? Layakkah kita?? Layakkah??

Renungkanlah kembali ke dalam diri. Muhasabahlah, nescaya kau tidak akan pernah merasa cukup dengan amalan yang kau lakukan. Terlalu sedikit. Dan hitunglah berapa banyak sunnah yang telah kita amalkan. Saya pasti, tidak sampai suku pun amalan sunnah yang telah kita lakukan. 

Ya Allah, ampunkanlah diri ini yang terlalu banyak kekurangan...
Ya Rasulallah S.A.W, terimalah kami sebagai umat-mu dan syafaatkanlah kami...

Mulai dari saat ini, ayuhlah kita buktikan CINTA kita kepada Allah dan Rasulullah S.A.W!! 
Ya Allah, Kau mudahkanlah, dan jangan Kau susahkan!

Allahumma Yassir Wala Tu'assir! Amin~ Amin~ Ya Rabbal 'Alamin...~ ^^

~ Secebis peringatan buat diri ini ~

*************************************

Doa  :-




2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...