Kulewati hari-hari semalam,
sungguh kelam.
sungguh suram.
hari yang dipenuhi dengan ruang kegelapan....
kegelapan yang tidak pernah aku inginkan,
kegelapan yang tidak pernah aku impikan,
Ya. Itu sudah pasti dan suatu kemestian....
Hanya kerana cinta manusia,
aku berubah serta-merta,
dek kerana cinta itulah,
aku menyibukkan diriku untuk merinduinya....
sedangkan dia,
bukanlah pasangan yng halal untukku....
Segala kemahuannya ingin aku turutkan,
segala keinginannya akan aku tunaikan,
aku menjadi BUTA,
aku menjadi TULI,
aku menjadi BISU,
segalanya kerana CINTA itu!
cinta yang telah terjerumus oleh jurang cinta nafsu!
Ya Rabbi,
apabila tertautnya hati ini,
terhadap cinta dan kasih-MU,
aku tidak akan menoleh lagi....
hanya cinta-MU yang kudambakan,
janganlah cinta manusia yang menjadi ujian....
Ya Hadi,
aku bersyukur kepada-MU,
melalui sebuah buku,
hanya sebuah buku,
aku memperoleh hidayah-MU....
ya Allah.....hanya Engkau yang tahu...
Aku sangat bahagia mendapat NUR-MU!
Husna ada blog . tak btau puun :P
ReplyDeletesalam...ada...tapi cuma tulis kat profile fb je....baru buat pertengahan tahun ni....sorry khai....khai ada blog juga?tak bagitau pun...hehe :D
ReplyDelete