Bismillahirrahmanirrahim.
Mungkin ada yang agak terkejut dengan perkongsian saya kali
ni. Rilex....~
Baca sampai habis dulu. ^_^v
REMAJA
DAN CINTA
CINTA? Ramai yang teruja dengan perkataan ini, betul? Dan
cinta.... selalu dikaitkan dengan remaja. Biasanya remaja la. Sebab jiwa remaja
ni, berbeza. Jiwanya bergelora. Kadang-kadang, suka mencuba sesuatu yang baru.
Sewaktu remaja ni lah, kita nak ‘cipta’ cerita yang indah-indah belaka. Walau
cerita duka pasti ada, tapi jadikan ianya suatu pengalaman yang sangat memberi
pengajaran. Maka, pasti cerita duka itu menjadi sesuatu yang bermanfaat supaya
kita dapat jadi manusia yang sentiasa beringat. :)
Fitrah semulajadi manusia, dia nak disayangi.... Nak
menyayangi.... Nak dicintai.... Nak mencintai.... Tapi, fitrah ini, jika tidak
diuruskan dengan baik maka ia akan bertukar menjadi FITNAH. Inilah yang Ustazah
Fatimah Syarha selalu bicarakan. Ya Allah, saya sungguh takut jika fitrah saya
bertukar menjadi fitnah. Nau’zubillahi min zalik!
BAGAIMANA
FITRAH BERTUKAR MENJADI FITNAH?
Fitrah bertukar menjadi fitnah apabila syariat Allah
diketepikan. Ya Allah... Nau’zubillah... T_T
Zaman sekarang ni, ramai sangat orang Islam yang
‘mengamalkan’ budaya couple. Astaghfirullah... Lindungi hamba ya Allah.... T_T
Ramai sangat orang yang mabuk cinta manusia. Selalu calling2
time malam-malam... Pukul 2, 3 pagi pun, masih bergayut kat telefon. Sanggup
melayan cot cet cot cet sampai larut malam. Hilang terus rasa ngantuk! Sanggup
tak tidur sebab melayan si dia sampai larut malam ye? Astaghfirullah...
Nau’zubillah.... Kan bagus kalau spend masa untuk baca Al-Quran dan tadabburnya
sampai larut malam. Bukannya dok melayan boypren atau gelpren...
Nau’zubillah... T_T
Ada jugak yang saya tengok, lepas solat terus tengok
handphone. Sebab nak check mesej daripada si dia yang tersayang.....
Astaghfirullah. Fokuslah, awak. Awak tu baru lepas solat. Baru lepas menghadap
Allah. Lupakanlah sekejap hal dunia tu. Saya teringat kata-kata ustazah saya,
“Kita kalau nak tahu seseorang tu ataupun diri kita sendiri,
khusyuk atau tidak sewaktu solat tadi, cuba kita perhatikan, selesai je solat,
orang tu buat apa? Kalaulah lepas je bagi salam kedua, orang tu terus capai
handphone, terus bercakap perkara-perkara lagho, itu tandanya, orang tu memang
tak khusyuk time solat tadi. Confirm orang tu dok terfikir perkara lain time
solat. Kalau siap je solat, orang tu terus capai handphone, tu tandanya, orang
tu dok terfikir pasal handphone dia je time solat tadi. Kalau dia terfikir
pasal makanan time solat, confirm lepas solat tu, dia mesti akan cakap pasal
makanan.”
Haa. Tak percaya? Kamu boleh buat ‘siasatan’ dan
‘pemerhatian’ kamu sendiri. :)
Tapi, saya sangat setuju dengan apa yang ustazah saya
perkatakan. :)
Lagi satu. Saya tengok, orang yang sedang mabuk bercinta ni,
dia selalu nak control suara dia time bercakap dalam telefon.
Lembut-selembutnya dia akan kawal suara dia. Perlahan-seperlahannya dia akan
bercakap dengan si dia. Allahu rabbi..... Buat apa nak control macho atau
control ayu? Tak payahlah gitu... Buat apa control macho atau control ayu kalau
tak reti nak control rasa MALU?
Malulah pada Allah.... Malulah pada Allah... Malulah pada
Allah yang sentiasa memerhatikan kita. Yang sentiasa mengawasi gerak-geri kita.
Soal hati... Soal perasaan... saya tahu memang sangat berat
nak dipikul. Saya pun manusia. Saya pun remaja. Tapi, mohonlah pada DIA yang
Maha Menerbitkan rasa cinta agar memberi kita kekuatan untuk memelihara rasa
cinta itu. Agar cinta itu diberkati-Nya. Agar cinta itu dirahmati-Nya. Agar
cinta itu mengikut panduan Tuhan, bukan panduan syaitan. Agar cinta itu
mengikut panduan wahyu, bukan panduan nafsu.
Cinta ini... kalau tidak dipelihara mengikut acuan
syariat-Nya, saya takut akan mendapat murka. Saya percaya, kamu juga takut
dengan murka Allah, betul? Jadi... Kuatkanlah iman. Kuatkanlah pegangan. Jaga
diri. Jaga hati. Andai suatu masa, kita benar-benar teruji dan diuji, mohonlah
pada Allah agar sentiasa memberi kita petunjuk untuk mengharungi hari-hari
mendatang yang tidak akan lekang dengan dugaan dan godaan.
Hidup di dunia ini adalah untuk Allah. Kematian kita juga
adalah untuk Allah. SEMUANYA adalah semata-mata untuk Allah. Kalau kita hilang
cinta manusia, kita masih boleh berpijak di bumi yang nyata seperti biasa. Namun,
jika kita hilang cinta Allah, ahh, sungguh tak bermakna segala-galanya. Kalau
hilang cinta Allah, kita takkan boleh rasa bahagia SELAMA-LAMANYA! Ya
Allah...... T_T
Letakkan target dalam hidup ialah MARDHATILLAH. Iaitu,
inginkan keredhaan daripada Allah subhanahu wa ta’ala. Jika Allah tak redha
dengan kita, ya Allah..... alangkah sia-sianya amal yang kita lakukan selama
ini. Jadi, bila kita nak buat apa-apa keputusan dan tindakan, utamakanlah
Allah. Dalam hidup ni, kita sentiasa mempunyai pilihan. Cuma 2 pilihan. Iaitu,
sama ada pilihan yang membawa ke arah kebaikan atau keburukan. Dan pilihan yang
dipilih itulah yang akan membawa kita ke 2 tempat di akhirat kelak. Iaitu, sama
ada SYURGA atau NERAKA. Saya yakin, semua nak masuk SYURGA kan? Jadi, pilihlah
pilihan yang membawa kebaikan. Jangan diturutkan godaan syaitan. Kuatkan iman,
mantapkan pegangan. Insya-Allah.
DARIPADAKU
UNTUKMU...
Apabila kita dicintai dan disayangi... begitu bahagia
sekali! Namun.... Bersederhanalah. Berpada-padalah. Jangan sampai ter’over’
tingkah. Jangan sampai cinta yang suci itu dinodai oleh nafsu. Banyakkan berdoa
pada Allah... Banyakkan mengadu pada Allah... Banyakkan muhasabah... Semoga
kita bersifat sengan sifat wasatiyyah.... Insya-Allah...
* Wasatiyyah = kesederhanaan
Apabila kita dicintai dan disayangi... hati begitu
berbunga-bunga sekali! Kadang-kadang tersenyum sendiri. Beringatlah. Jangan
sampai terlalu asyik dengan cinta duniawi. Ingatlah Allah. Ingatlah Allah.
Banyakkan zikrullah. Apabila kita jatuh cinta, dekatkanlah diri dengan Allah.
Makinlah rapatkan diri dengan Allah. Semoga cinta kepada Allah takkan pernah
berubah. Semoga cinta kepada Allah tak sirna tatkala hadirnya cinta manusia.
Ya Allah... Bimbangnya hati ini. Resahnya hati ini. Jika
‘rasa’ yang KAU terbitkan ini, membuatkan diri ini semakin lalai. Ya Allah...
Takutnyaa... T_T
Banyakkan istighfar. Banyakkan selawat. Banyakkan mengaji.
Banyakkan berfikir untuk berzikir. Insya-Allah. Jika suatu masa kita tersasar, kembalilah kepada Allah. Susulkan sesalan itu dengan memohon keampunan daripada-Nya. Buktikan melalui tindakan bahawa kita benar-benar sesal dengan kelalaian dan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Buktikan kepada Allah. Ya, buktikan kepada Allah, bukan sekadar sesalan di lisan, tetapi susulkanlah dengan tindakan. Buktikan !
“Katakanlah! Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)”. (az-Zumar: 53-54)
Emm. Saya nak kongsi satu ceramah ni. Ceramah tentang cinta.
Tajuknya ‘Makna Cinta Kita’ yang disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha. Bagus
sangat ceramahnya. Kalau ingin cinta kita itu terpandu, bolehlah tengok ceramah
ni. Banyak input yang kome akan dapat, Insya-Allah. Ada masa nanti, downloadlah
dari Youtube. Kalau saya ‘dahagakan’ nasihat tentang cinta ni, saya akan tengok
lagi ceramah tu walaupun dah berulang-ulang kali tengok. Saya cuma ingin,
fitrah ini sentiasa terpelihara tanpa noda..... Saya takut. Takut azab Allah.
T_T
Itulah saja yang dapat saya kongsikan. Terima kasih kerana
sudi luangkan masa membaca fikrah saya. Jika ada sebarang pendapat nak
dikongsikan, tinggalkanlah komen di bawah ye. Insya-Allah. Saya pun sangat
mengalu-alukan perkongsian fikrah daripada orang lain. Jazakumullahu khairan
katsira. :)
**************************************
Mari kita amati dan hayati kata-kata di bawah ini :
Saya suke tulisan akak 😘
ReplyDelete