Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.' "

(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)


Wednesday, February 6, 2013

Tahniah Kak Su ! (aka Suhana Amiril) ^_^

Assalamua'laikum pembaca semua :)

Hari ni, saya nak berkongsi sesuatu. Ya Allah... Berita yang sangat menerujakan diri saya. Subhanallah....! Tak henti-hent memuji Allah. Terlalu kagum dengan kuasa-Nya dan atas keizinan-Nya segala perkara yang tiada menjadi ada.

Pagi tadi, saya dapat mesej daripada seseorang. Kakak senior yang saya kenali ketika belajar di KIPSAS dulu.

1 new message from Kak Su ;)
'Salam.. Husna, akak ada hantar sesuatu pada inbox Husna. Nanti Husna tolong tengok yee ^_^'

Saya pun, apa lagi, 1 jam lepas dah settle apa yang saya perlu buat, saya terus pinjam laptop dan broadband orang (Hehe. Muka tak malu. Jangan tiru. :D )
Lepas tu, saya teruslah buka inbox fb... :)

Lepas dah buka tu, subhanallahhhh..... Sangat teruja bila tahu kakak senior tu, dah berjaya hasilkan sebuah buku motivasi.... Ya Allah.... Subhanallah.... No wonderlah Kak Su selalu tidur lambat atau tak tidur malam...

Subhanallah... Semoga suatu hari nanti, saya pun dapat hasilkan beberapa buah buku buat umat. Insya-Allah, Aamiin.... Kamu semua doakan saya ya? :)

Tahniah sangat-sangat saya ucapkan buat Kak Suhana Amiril yang dah berjaya hasilkan 'sesuatu' buat umat di luar sana. Semoga terus sukses.Kak Su doakan saya juga ya...? :)

Kalau boleh, hadiahkan sebuah untuk saya...! (Muka tak malu lagi. Hehe. Jangan tiru tau! ^^ )

Okay. Jadi, saya nak promote lah kat koma, kalau boleh cubalah dapatkan buku tu. Insya-Allah banyak manfaatnya... Buku motivasi kan, tentulah bermanfaat... ! :)

Untuk maklumat lanjut, layarilah :

Ni buku yang Kak Su tulis :


Mabrook ya ukhtie...! Semoga Allah redha :)

Salam sayang daripada Husna, untuk Kak Suhana Amiril :)))

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...