Ini situasi yang berlaku pada hari Khamis lepas. Dah lama nak kongsi. Tapi, tak berkesempatan sangat.
Khamis lepas, ada program Iftar (berbuka puasa) anjuran Persatuan Siswa Siswi Islam (PSSI) PUO. Tajuk yang dibincangkan pada malam tu adalah tentang 'AQIDAH'. Isu yang sangat penting untuk dibahaskan bagi umat Islam. Alhamdulillah, dapat juga pengisiannya walaupun sekejap cuma penyampaiannya.
Habis je program, ada seorang lelaki (yang saya tak pasti sem berapa), buat permintaan pada pengacara majlis untuk beri kesempatan pada dia berqasidah.
"Saya selalu rasa rindu pada Rasulullah. Kadang-kadang, saya jadi tak fokus sangat dalam kelas sebab terlalu rindu. Sampaikan dalam kelas pun, saya selalu alunkan 'Wahai Purnama.... Wahai Purnama...'. Nak ceritanya, Rasulullah ni, lebih indah daripada bulan purnama.", kata lelaki itu.
Saya dan sahabat-sahabat yang lain mendengarnya dengan penuh khusyuk. We're touched, actually. Huhu.
"Rasulullah... Selalu berkorban untuk umatnya. Tapi, kita ni, kedekut sangat nak berselawat pada Rasulullah. Sampaikan, Syeikh saya pernah kata, Rasulullah pernah tanya, 'kenapa umat-ku tak mahu berselawat kepada-ku? Kenapa terlalu sedikit umat-ku yang berselawat kepada-ku?'. ", sambungnya lagi.
Tiba-tiba...
Suara si lelaki tadi bergetar. Kata-katanya tersekat-sekat.
Saya terkesima. Allahu... Tinggi sungguh kecintaan dan kerinduan lelaki ini terhadap Rasulullah Sallahu 'alaihi wasallam. Sampaikan.... sebut sahaja 'Rasulullah', air matanya sudah mula bergenang. Kata-kata menjadi tersekat-sekat. Dek kerana, perasaannya yang terlalu mendalam.
Subhanallah. Hingga ke saat ini, saya tak boleh lupa situasi yang berlaku pada malam tu. Terselit juga rasa kagum pada si lelaki tadi.
Saya melihat ke dalam diri. Ya Allah... Begitukah sikapku terhadap Rasul-Mu?
Ya Rasulallah... Maafkan daku, kerana rinduku dan cintaku kepada-mu masih belum benar-benar jitu...
Adakah palsu? Ya Allah... Nau'zubillahi min zalik.
Ya Allah.... T_T
No comments:
Post a Comment