Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.' "

(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)


Wednesday, June 27, 2012

Kisah Cinta Antara Qais dan Laila


Pemuda tampan dan kuat beribadat bernama Qais terpaut pada gadis bangsawan yang cantik bernama Laila. Cinta Qais berbalas. Laila juga mencintainya. Namun, nasib mereka malang. Lamaran Qais ditolak oleh keluarga Laila kerana Laila sudah ditunangkan dengan sepupunya. Kedua-dua mereka mereka yang asyik dilambung ombak cinta itu melalui penderitaan hati yang dahsyat, kerana cinta mereka dihalang oleh keluarga.

Pada suatu hari, Laila menghantar utusan kepada Qais bagi menyampaikan cadangannya.

Utusan yang dihantar itu berkata,
"Qais, sekiranya engkau mahu, aku boleh aturkan pertemuanmu dengan Laila. Caranya adalah dengan terus masuk ke dalam bilik Laila."

Qais segera menjawab cadangan utusan itu,
"Sesungguhnya, aku takut azab pada hari akhirat yang dahsyat sekiranya aku mengingkari Tuhanku. Aku takutkan api neraka yang tidak pernah padam. Aku tidak rela bertemu Laila dengan cara itu."


Utusan tadi pulang menemui Laila. Laila kagum dengan keteguhan iman Qais. Perkara ini membuatkan Laila terus memendam rasa dan berkurung di dalam biliknya sehingga dia meninggal dunia sendirian. Begitu sekali pendirian Laila dalam mempertahankan cintanya dan ingin mencontohi ketaatan Qais kepada Tuhannya.

Qais pula, apabila mengetahui berita kematian Laila, beliau menziarahi kubur Laila dengan perasaan yang hancur. Qais tertidur di atas pusara Laila kerana melalui perjalanan yang jauh. Qais bermimpi Laila datang kepadanya dalam keadaan cantik dan kelihatan bahagia sambil berkata kepada Qais,
"Aku kini bahagia wahai kekasih hatiku. Ketaatanmu mendorongku memperoleh kebahagiaan yang kekal abadi dalam syurga Tuhanku."

Qais memandang Laila dengan penuh rindu, dirayunya kekasihnya itu dengan kata-kata,
"Laila kekasih hatiku, seru namaku daripada keindahan di sana supaya kita dapat bertemu dan bersama selama-lamanya."

Laila menjawab,
"Wahai kekasihku Qais, tidak lama lagi kita pasti bersatu untuk selama-lamanya."

Selepas Qais terjaga daripada tidurnya itu, beliau tidak berdaya untuk bergerak ke mana-mana lagi. Qais memendam rindu yang mendalam kepada Laila.

Tujuh hari berada di atas kubur Laila, Qais akhirnya meninggal dunia. Begitu hebatnya pautan cinta yang tidak dapat dileraikan sehingga dibawa mati. keteguhan iman dan takwa menyelamatkan mereka daripada tipu daya, hawa nafsu dunia dan kemudiannya menyatukan mereka di sisi Allah.

Sumber  : Istikharah Cinta terbitan PTS Millenia SDN. BHD
oleh Ummu Anas dalam buku Siri Inspirasi Wanita

2 comments:

  1. MasyaAllah hebat benar cinta antara dua hamba Allah ini. Aku kagum dengan sifat Qais sebab dia tak mahu masuk bilik Laila sesuka hati. Allah hu Akbar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga Allah kurniakan cinta yang benar buat kita semua. :')
      Dan moga kita tak terpedaya dengan syaitan yang membuatkan kejahatan terasa indah walaupun salah di sisi Allah.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...