Bismillahir Rahmanir Rahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang.
Assalamua'laikum buat insan yang sedang
membaca penulisanku ini. Semoga Allah merahmatimu. Aamiin~
Sedikit coretan inginku kongsikan di sini.
Aku 'tinggalkan' buku-buku 'keseorangan' buat sementara waktu walaupun
hakikatnya, banyak waktu aku tinggalkan 'mereka'. Tidak mengerti? Oh, tidak
mengapa. Selepas membaca coretan ini, pasti kau mengerti. :)
Ustazku dulu pernah berpesan, "Setiap
hari, berdoalah kepada Allah agar DIA menggantikan hati kita kepada hati yang
baru."
Ya Allah... Aku mahu hati yang baru.
Hatiku kini sudah kotor. Banyak titik hitam yang terkumpul dan bertompok-tompok
di sana-sini. Allahu rabbi... :'(
Ustazku juga pernah berkata,
"Celakalah orang yang dulu hatinya putih (suci) bercahaya lalu bertukar
menjadi hitam kerana melakukan maksiat kepada Allah S.W.T."
Allahu... Nau'zubillahi min zalik. Aku
hanya tertunduk mendengar kata-kata itu. Aku sangat bimbang jika hatiku menjadi
sebegitu. Dulu...... Aku pernah jauh dari-Nya. Namun, hidayah-Nya kutemu jua.
Segala-galanya dengan keizinan daripada-Nya. Namun, kini... Aku tidak pasti,
masih sucikah hatiku sama seperti aku mula-mula bertaubat dulu?
Oh Allah. I really miss the old me. Ya Rabbi... T_T
Sejak melangkahkan kaki ke IPTA ini,
keistiqamahan aku teruji. Kadangkala, aku sedar. Namun, aku biarkan ia
tenggelam bersama waktu yang tetap berputar. Namun, dalam masa yang sama,
hatiku tetap berbisik, 'Dulu aku tak macam ni...... T_T '
Tapi... Apalah guna kesedaran tanpa
tindakan....? Oh, aku sungguh rugi kerana membiarkan kesedaran itu pergi tanpa
tindakan yang menyusuli.... :'(
Dulu ...
Aku dikenali sebagai insan yang kuat
kerana tetap dan teguh berada di landasan-Nya walaupun dicemuh dan dicerca.
Walaupun majoriti insan di sekelilingku tidak dapat menerima penghijrahanku.
Aku masih ingat, sewaktu di sekolah menengah, aku sering dipinggirkan dek
kerana cuba 'membawa' keIslaman aku ke mana-mana jua. Teman akrabku ialah
air mata. Ya, air mata. Sewaktu di tingkatan 3 (waktu itu, aku masih baru dalam
'dunia' penghijrahanku) , aku kurang diterima oleh kawan-kawanku. Setiap kali
mereka ingin berborak-borak dan berbual-bual, aku diketepikan. Tidak semua yang
bersikap sebegitu, namun majoritinya begitulah.
'Eh Husna mana boleh dengar...' ,
begitulah tutur kata yang sering mereka keluarkan setiap kali aku ingin join perbualan mereka.
Aku redha. Aku pasrah dengan ketentuan
Allah. Aku yakin, Allah bersama orang-orang yang mengejar redha-Nya.
Keperitan menjadi 'Miss Lonely' itu, aku
harungi sehinggalah aku di Tingkatan 5. Perit memang perit. Sakit memang sakit.
Namun, aku yakin, hikmah-Nya pasti terselit. Waktu di awal-awal aku harungi
situasi itu, aku memang selalu menangis. Aku memang tidak kuat untuk hadapi
semua itu kerana mind-set aku yang begitu teruk. Aku selalu
'tanamkan' dalam minda yang "Aku tak kuat. Aku tak terdaya nak hadapi
semua ni lagi". Balik rumah, menangis. Pergi sekolah, tiada semangat.
Balik rumah, mengadu dan luah kepada emak. Sampailah suatu saat.....
"Tukarlah sekolah ! Asyik menangis je
setiap kali balik dari sekolah !" , emak bersuara dengan nada yang tegas.
Namun, sebenarnya, aku tahu yang emak ingin memujuk aku. Emak benar-benar
serius hendak menguruskan pertukaran sekolah aku. Sewaktu itu, aku berada di
Tingkatan 4.
Lama aku berfikir... Aku tanamkan kekuatan
dalam diri aku. Aku banyakkan berdoa kepada Allah. Keputusan lantas kubuat.
"Tak apalah mak. Una sekolah je kat situ. Una boleh.. Cuma, beri Una masa untuk kuat." , lebih kurang
begitulah kata-kata yang aku katakan kepada emak. Maaflah, tak berapa ingat
dialognya.
Sampailah suatu masa... Aku temui kekuatan
diri aku. Dengan izin-Nya. Alhamdulillah.
Aku mencari hikmah di sebalik semua ini.
Ternyata, sejak perkara ini berlaku ke atas diriku, aku menjadi seorang insan
yang berdikari. Tiada lagi pergantungan kepada teman-teman. Setiap kali aku
berasa sedih kerana dipinggirkan, imanku berbisik,
"Tak apa Husna. Allah ada dengan kau.
Fizikal je kau nampak keseorangan, tapi sebenarnya Allah sentiasa teman."
Subhanallah. Bisikan iman ini sangat
memberi kesan yang sangat mendalam dalam hidup aku. Sejak itu, aku tidak
bergantung harap pada sesiapapun. Supaya kurang rasa dikecewakan. Supaya tiada
lagi tangisan.
Memang aku rasa asing berada di
tengah-tengah manusia di sekolah itu pada waktu itu. Namun, aku sentiasa berdoa
pada Allah agar DIA berikan aku kesabaran dan kekuatan dalam menjalani hidup di
dunia SMKTTDI ketika itu. Hakikatnya, aku memang selalu nampak macam 'alien'
dalam kalangan non-muslim ketika itu. Masakan tidak, yang Muslim pun rasa aku
ini asing, apatah lagi yang non-Muslim.
Suatu masa, aku pernah ditegur oleh B,
seorang lelaki berbangsa Cina dan sebaya denganku. Ketika itu, kami bertugas di
tempat yang sama iaitu di bahagian Dewan Terbuka. Kami sama-sama pengawas
sekolah.
"Husna, you cubalah bergaul-gaul
dengan orang-orang sekeliling. You asyik duduk seorang diri je. Kenapa?" ,
kata B. Lebih kurang begitulah. Aku tak berapa ingat susunan dialognya.
Aku membalasnya dengan senyuman. Cukuplah
sekadar senyuman walaupun mungkin B akan fikir macam-macam tentang diri aku.
Biarlah. Jika aku terangkan kepadanya pun, dia tidak mungkin akan mengerti.
Aku sekadar mampu berbisik di dalam hati,
'Bukan aku tak nak, B. Duduk rapat-rapat antara lelaki dan perempuan, bukanlah
cara aku. Bergelak-gelak ketawa kuat-kuat dengan lelaki ajnabi, bukanlah cara
aku. Bertepuk tampar sana sini dengan lelaki, bukanlah cara aku. Takkanlah aku
nak duduk kat situ dengan diorang and interrupt time diorang bercakap sesuatu
yang bukan aku suka cakap? Yang aku rasa, daripada aku bercakap perkara macam
tu, lebih baik aku tak payah bercakap dan diam. You will never understand
what's in my mind, B. That's not my way. If you want to judge me, let you be.
If you want to label me, it's up to you. If you ask me 'why, why and why' and
want me to explain but you don't want to understand, so, there's no point of my
explanation. So, better I just keep my mouth close.’
Sudah banyak kali dia menegur aku sebegitu. Aku diamkan saja.
Daripada cara B, mungkin dia rasa aku pelik. Tak apa, biarkan dia. Dia tidak
mengerti situasi aku.
Banyak
perkara yang aku lalui di alam sekolah menengah dulu yang membentuk diri aku
untuk jadi KUAT. Tidak banyak bergantung harap. Berdikari. Setiap kali
kesusahan demi kesusahan yang menimpa aku, aku semakin banyak berfikir dan
memuhasabah. Oh, sungguh indah pentarbiyahan Allah. Sungguh unik. DIA beri aku
ujian, sebab mahu aku jadi insan yang hebat di mata-Nya. Oh, sungguh indah. DIA
mendidik aku agar sentiasa memuhasabah diri dan banyakkan merintih dalam doa
yang sering aku panjatkan kepada-Nya. Ya Allah... Aku bersyukur atas segala yang
menimpa diri aku selama ini. Aku redha dengan segala ketentuan-Mu.
Alhamdulillah.
Berkat
menjadi ‘Miss Lonely’ jugalah, aku menjadi orang yang sangat rapat dengan buku.
Ya, bukulah yang menjadi kawan yang paling baik dan paling rapat dengan aku.
Tatkala sudah letih dan penat menghadap buku-buku, aku akan tertidur bersama
buku-buku di atas meja aku. Begitulah kehidupan seharian aku di sekolah
menengah. Selalu bersendirian di meja sendiri dan spend time to study.
Apa yang membuatkan aku sentiasa semangat hendak ke sekolah adalah kerana
guru-guruku yang banyak memberi dorongan kepadaku. Aku menjadi orang
kepercayaan guru-guru sewaktu di sekolah dulu. Guru-guru selalu memberi
perhatian yang penuh kepadaku. Aturan Allah memang cantik. :’)
Walaupun
aku dipinggirkan oleh kawan-kawan, tapi dalam kalangan guru, aku diraikan.
Subhanallahil ‘azhim. ALLAH memang baik. Terharu dengan Allah. :’)
Berkat
doa yang aku panjatkan, aku berjaya harungi hidup di sekolah menengah
sehinggalah tamat SPM. Syukur Alhamdulillah ! Result exam pun, Alhamdulillah,
mampu membuatkan emak tersenyum. Tiada apa-apa yang membahagiakan hati aku,
melainkan dapat melihat senyuman emak kerana kejayaan anaknya. Alhamdulillah !
Aku memiliki kekuatan dalaman kerana keberkatan doa emakku dan rahmat daripada
Allah yang MAHA KUAT. Kekuatan itu datang daripada Allah,maka mohonlah
daripada-Nya... Doa itu senjata mukmin, maka janganlah pernah berhenti daripada
berdoa kepada Allah....
Sehinggalah
ketika aku menjejakkan kaki ke Kolej Islam, aku masih istiqamah dengan kekuatan
yang Allah ‘bekalkan’. Melihat Islam yang hanya sekadar nama pada kolej itu
sahaja, membuatkan hatiku hancur berkecai. Aku fikir, orang-orang di dalamnya
benar-benar menjaga pergaulan dan soleh solehah belaka dek kerana ianya
bertitle “Kolej Islam”, namun ternyata sangkaan aku meleset. Barangkali aku
lupa, Islam itu bukan pada nama, bukan pada ‘title’, tapi Islam itu pegangan. Kalau
seseorang itu tidak berpegang dengan pegangan yang sebenar-benarnya, maka dia
masih perlu diIslamkan. Tapi, kalau seseorang itu benar-benar kuat dan kukuh
pegangannya terhadap Islam, maka, dialah muslim yang SEBENAR ! Ianya soal
pegangan. Bukan soal nama atau ‘title’ semata-mata. Aku lantas memuhasabah.
Hidup diteruskan dengan penuh pasrah. No more expectation upon something. Tiada
kekecewaan dan diri tidak runsing.
TUP
! Aku terpaksa berhenti dari Kolej Islam meskipun aku sangat mencintai bidang
yang aku pelajari di sana. Aku benar-benar ingin fasih berbahasa Arab. Aku
benar-benar ingin mendalami ilmu Tamadun Islam. Namun, Allah lebih tahu apa yang
terbaik buat diriku dan sekalian hamba-Nya. Dek kerana pembiayaannya mahal, aku
terpaksa berhenti. Semester 1 sahaja berjaya ditamatkan. Aku mendapat pointer
yang cemerlang. Hanya kepada Allah pujian dipanjatkan. Alhamdulillah... !
Dulu...
Aku memang rajin study. Selalu pergi ke library. Menelaah buku sana sini. Tapi,
sekarang... Aku kurang rajin. Dulu, aku selalu ada target aku sendiri nak buat
apa untuk hari ini dan hari seterusnya. Setiap hari ada target. Tapi
sekarang... Sejak aku berhenti dari kolej Islam yang aku sangat cintakan
bidangnya, aku jadi kurang semangat. Kadang-kadang, aku susah nak faham diri
aku sendiri. Aku tak tahu kenapa aku jadi seperti ini. Kenapa aku kerap rasa
tak semangat. Kerap mengantuk tak tentu hala. Kurang ikhlas. Serba serbi
kurang. Sebab itu, aku mahu sangat Allah kurniakan aku hati yang baru. Hati aku
kini sudah kotor. Banyak sangat konflik dalam diri aku sekarang ini. Mungkin,
dari segi zahir memang tak kelihatan sebab aku kerap lawan, tapi dari segi
dalaman, hanya Allah saja yang tahu apa yang aku alami dan rasa.
Sekarang
... Aku study juga. Cuma.... Tidaklah serajin dulu. Dan tidak teratur seperti
dulu. Aku sedih. Sedih sangat. Kenapa aku jadi macam ini. Semester 2 sudah
hampir tiba ke penghujungnya, tapi aku..... masih lagi rasa kurang bersemangat.
Entah mana pergi kekuatan aku yang dulu. Sedih. Aku sedih. Kenapa aku jadi
selemah ini. Baru diuji sikit, sudah mahu mengalah. Ya Allah... Aku sedih.
Kekuatan
aku sudah hilang... Di mana aku mahu cari ?
Semangatku sudah terbang melayang... Ke mana ‘dia’ pergi ?
Aduhai
diri.... Kekuatan itu tidak ‘lari’. Kuncinya adalah diri sendiri.
Aduhai diri.... Semangat itu tidak pergi, jika kau pandai mengurus diri.
Ya
Allah... Semoga aku berjaya dalam mujahadah aku ini. Janganlah kau pesongkan
hatiku setelah KAU memberi aku petunjuk. Aamiin. T_T
Buat
kamu yang membaca coretan ini, doakanlah aku. Aku sangat hajatkan doamu.
Kenanglah namaku dalam doamu.... Doakanlah aku dan kaum muslimin dan muslimat
yang lain. Doakanlah.
~ SyahidatulHusna Binti Birkamsin
~ 2350
~ Kamsis, PUO.
No comments:
Post a Comment