Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.' "

(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)


Friday, March 24, 2017

Kenapa Allah Pisahkan Kita?



Ada orang kata, dia sedih sangat-sangat apabila putus cinta. Sampaikan, matapelajaran dia merosot. Dapat 'pointer' teruk. Rasa lemah.... Terlalu cinta sampai seolah-olah tak mampu hidup tanpa cinta dia. Dan macam-macam lagi.

Saya juga pernah tidak jadi menikah dengan orang yang pernah saya sayang. Mula-mula, saya memang sedih. Sedih sangat. Saya jadi seorang yang pendiam.... Muram... Tapi, Alhamdulillah tak lama. Sebab, saya selalu berdoa kepada Allah agar berikan saya kekuatan. Saya mohon, Allah bantu saya. Saya memuhasabah diri saya. 

Saya nak diri saya ini sedar bahawa, hilangnya cinta manusia, tak membawa apa-apa makna kerana kita masih boleh berpijak di bumi yang nyata. Namun, tanpa cinta Allah, bagaimana agaknya pengakhiran kita? Mampukah hidup dengan tenang dan bahagia? Tidak! Kerana, cinta Allah adalah segala-galanya. Tanpa cinta Allah, memang sengsara. Namun, tanpa cinta manusia, kita masih boleh berbahagia. Kerana cinta Allah mengatasi segalanya.

Buat kamu yang pernah mempermainkan hati saya, saya nak ucapkan terima kasih. Melalui kejadian yang dulu, hati saya semakin terdidik untuk semakin mencintai Allah dengan sebenar-benar cinta. Dan selepas daripada kejadian yang dulu, saya bebas daripada terikat dengan mana-mana cinta lelaki yang belum halal buat diri saya. Sungguh, saya berasa benar-benar bebas.

Sebab itu, sehingga kini, saya masih memilih untuk menjadi 'single' kerana saya masih belum bersedia untuk dicintai dan mencintai mana-mana lelaki. Namun, tidak dinafikan, saya juga sentiasa memohon kepada Allah agar dikurniakan jodoh yang soleh wa musleh, dan yang sekufu dengan saya.

Saya bersyukur sangat-sangat, saya dengan awak, tak jadi meneruskan perhubungan ini sampai ke jinjang pelamin. Sebab, selepas itu, saya sedar yang sebenarnya kita tak sekufu.

Maksud saya, kita tak sekufu dari segi pemikiran.

Kalau awak jenis yang begitu menyukai dan mempercayai para habib, saya pula sebaliknya. Namun, tidaklah saya mengatakan golongan habib itu sesat, cuma banyak perkara yang meragukan saya mengenai mereka.

Kalau awak antara penyokong kuat 'Ustaz' Zamihan, saya pula sebaliknya. Bukan membenci dia, namun, saya tidak suka kepada kata-katanya yang kasar dan sering berbaur permusuhan.

Kalau awak antara penentang kuat golongan yang kononnya disebut 'wahabi', saya pula sebaliknya. Saya akui, dulu saya hampir terpengaruh dengan pelabelan sedemikian (pelabelan yang dianggap buruk oleh pelabel), sehinggalah saya membuat pembacaan yang banyak tentang ini dan kemudian menghadirkan diri ke kuliah-kuliah para asatizah yang kononnya digelar 'wahabi' ini. Ternyata, mereka tidaklah seburuk yang disangkakan. Malah, kata-kata mereka lebih harmoni dan menenangkan. Hujah-hujah berilmiah sering dibentang. Al-Quran dan As-Sunnah menjadi pegangan. Namun, ternyata ramai pendengki yang tugasnya memang mendengki, tidak akan pernah berhenti untuk memfitnah dan mentohmah.

Saya bersyukur sangat-sangat, awak dengan saya dipisahkan. Saya memang tak menyesal kita berpisah. Saya bersyukur. Bersyukur sangat, Alhamdulillah. Alhamdulillah sangat.

Saya doakan, semoga kita semua diberi hidayah oleh Allah. Semoga awak menilai semula dan membuat kajian awak juga setelah mendengar kuliah daripada syeikh-syeikh dan habib-habib awak. Allah telah mengurniakan kita akal yang waras, maka marilah kita manfaatkan ia sebaik-baiknya, in shaa Allah.

Kita tidak sekufu. Sebab itu Allah pisahkan kita.

Bayangkan kalau memang kita jadi menikah, boleh jadi, rumahtangga akan porak-peranda kerana ketidaksekufuan itu. Ya Allah, nau'zubillahi min zalik.

Semua ada hikmah yang tersirat mahupun tersurat, in shaa Allah.

Semalam, ayah kamu datang menziarahi saya di kolej. Kami berbual-bual panjang setelah sekian lama tak bersua. Jauh di sudut hati saya, ianya bukanlah sesuatu yang mudah. Bukan mudah untuk sentiasa menjaga hubungan silaturahim ini dan buat-buat macam biasa sedangkan saya pernah terluka dengan perbuatan dan kata-kata kamu.

Apatahlagi, hanya saya yang tetap menjaga hubungan silaturahim dengan ayah dan ibu kamu, sedangkan kamu tak lagi menjaga hubungan silaturahim dengan ibu saya. Benar, kita tak lagi ada apa-apa, tapi hubungan silaturahim tetaplah harus dijaga, dan tiada sebab untuk kita memutuskannya kerana setiap mukmin itu bersaudara.

Pilihlah untuk bersikap rasional. 

.

Catatan Hati Yang Hanya Mampu Terluah Melalui Penulisan.
Nilam Puri, Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...