Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.' "

(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)


Friday, February 7, 2014

Melukai-Mu , Lantas Aku Terluka ...


Malam itu, sepanjang berada di dalam kereta ayah, aku mendiamkan diri. Sibuk dengan ‘urusan’ handphone saja. Sesudah keluar daripada kereta, aku menghampiri kakakku dan terus menangis di bahunya. Kakakku terpinga-pinga.

“Eh, kenapa ni? Tiba-tiba je menangis?”, tanya kakakku.

Aku menggeleng-geleng.

“Tak ada apa-apa. Sorry, termenangis. Tak dapat nak tahan.”, ujarku sambil cuba tersenyum untuk menceriakan hati yang terluka. Diiringi pula ketawa yang aku buat-buat.

Terluka? Ya, aku terluka. Aku sangat terkejut. Jiwaku terkejut bukan kepalang. Orang yang selama ini aku letakkan kepercayaan, mengkhianati perasaanku. Memberi aku harapan palsu, sedangkan dia tiada perasaan terhadapku. Menaruh hati terhadap orang lain, tetapi meluahkan perasaan kasih terhadapku. Wajarkah begitu...?

Suatu masa, aku memuhasabah. Aku tahu, aku sudah tersilap langkah. Aku sangat tidak matang dalam mengurus hidup ini. Aku terlalu mudah memberi kepercayaan kepada orang lain. Sehinggalah suatu masa.... aku dikecewakan.

“Kamu ni, cepat sangat menilai orang dari segi luaran.”, terngiang-ngiang kata-kata kakakku.

Aku diam, menunduk. Aku akui itu. Benar, dalam ketidaksedaranku, aku terlalu cepat memberi kepercayaan terhadap seseorang yang baru aku kenali, terlalu cepat menilai diri seseorang dari segi luarannya. Husnu zhon itu perlu, tapi, berwaspada itu lebih utama ; itu yang aku pelajari daripada kata-kata kakakku.

“Kamu nak tahu tak? Dalam sedar atau tak, cara kamu dengan lelaki tu, macam nak buat ‘Couple Islamik’? Kakak dah kata, tak yah contact dah. Tapi, kamu degil. Nak jugak contact. Kakak memang dah agak, benda-benda macam ni akan jadi.”, kakakku berkata.

Pada awalnya, aku cuba menafikan kata-kata kakakku. Namun, setelah itu, aku terdiam sebentar. Berfikir sejenak tentang kata-kata kakakku.

“Tapi kak... Bukannya saya selalu contact pun dengan dia... Kenapa kakak cakap macam ni? Apa maksud kakak, yang kakak dah agak semua ni jadi...?”, ujarku.

“Dik.... Lelaki yang baik, takkan guna cara macam ni untuk buktikan yang dia benar-benar serius dengan kita.”

“Tapi kak.... Semua orang kan pernah buat silap. Saya pun sama. Semua manusia tak sempurna.”

“Ya... Kakak tahu... Tapi... Hmm... Entahlah.”

Kata-kata kakakku tergantung di situ. Mungkin tidak mahu menambahkan lagi bebanan di fikiranku. Aku juga terdiam, kelu. Namun, fikiranku melayang ke sana ke mari. Banyak perkara yang bermain di fikiranku.

Aku selalu terfikir. Andai masa ini, dapat diputar kembali.... akan aku pinta kepada Allah supaya memutarkannya kembali. Inginku perbetulkan segala kekhilafan diri. Tatkala terkenangkan ‘peristiwa’ ini, air mataku benar-benar tidak dapat ditahan. Aku sedar, aku silap. Aku sudah tersilap langkah. Dan sudah melangkah terlalu jauh ... Kadangkala, aku buntu, bagaimana aku mahu menjernihkan semula laluan hidupku. Agar aku berhati-hati dalam melangkah. Agar tidak terpijak kaca tatkala melangkah.

“Kakak... Adik tahu, adik dah tersilap dulu. Bila adik teringat balik perkara ni, ya Allah... Sedih sangat. Kalau masa ni boleh diputar... Adik nak putar. Nak betulkan semuanya.”, suaraku sudah mula bergetar. Suatu perasaan yang sangat dalam terasa di hatiku ini. Ada sesuatu yang tidak terluah melalui lisan dan perkataan.

Ya Allah... Aku sangat rindu diriku yang dahulu. Mempunyai prinsip yang jitu. Mempunyai wawasan dan hala tuju kerana Yang Satu.

Suatu masa, aku duduk lagi dan bermuhasabah. Sosokku yang dahulu, aku bandingkan dengan yang sekarang. Ternyata berbeza. Jauh berbeza. Sangat jauh berbeza. Masya-Allah.... :’(

Hanya Allah yang Maha Mengetahui apakah perbezaan-perbezaan itu. Dalaman aku....sudah tidak sekuat dahulu. Ya Allah.... Aku mahu iman yang benar-benar teguh untuk aku terus kekal ampuh.... T_T

Aku takut ...
Allah tidak mahu memandang wajahku ketika di akhirat nanti kerana dosa-dosaku ini ...

Aku takut ...
Allah mencampakkan semula segala amalan yang telah aku lakukan selama ini ...

Aku takut ...
Allah tidak mengurniakan rahmat dan berkat kepada diriku lagi ...

Aku takut ...
Allah tidak mengampunkan dan memaafkan dosa-dosa aku yang menggunung ini ...

Aku takut ...
Allah tidak menyayangi dan mengasihiku lagi kerana dosa-dosaku ini ...

Aku takut ...
Allah tidak lagi redha kepadaku kerana aku selalu memungkiri janji-janji manis terhadap-Mu, ya Rabbi...

Ya Allah... Nau’zubillahi min zalik. :’(

Tanpa cinta manusia, aku masih boleh berpijak di bumi yang nyata ini, seperti biasa. 
Namun.... Tanpa cinta yang Maha Esa... Hidup aku akan menjadi tidak bermakna. Sungguh tidak bermakna. Dan ternyata sia-sia hidup jika tanpa cinta-Nya.

Aku sedar... Aku terlalu banyak mengkhianati-Nya. Lantas, ujian ini diturunkan oleh-Nya agar aku kembali semula mencari cinta Dia. Hatiku dilukai kerana aku banyak ‘melukai’ diri-Nya. Tentu banyak perkara yang telah aku buat, yang membuatkan Allah ‘terluka’. Tapi... Allah sangat baik. Allah selalu beri hamba-hamba-Nya peluang untuk belajar daripada kesilapan. Allah kata, pintu taubat sentiasa terbuka buat hamba-hamba-Nya yang mencari redha-Nya ... Baiknyaa Allah. Walaupun aku selalu buat Allah ‘terluka’, tapi... tatkala aku terluka, Allah selalu ada. Sebut saja nama Dia, terasa tenang tak terkira.

Allah tak pernah pinggirkan hamba-hamba-Nya, walaupun Allah selalu dipinggirkan dalam kehidupan seharian manusia. Ya Allah ... Betapa kurangnya aku bersyukur atas segala-gala yang diberikan oleh-Nya. T_T

Ya Allah...
Aku merayu. Janganlah Kau palingkan wajah-Mu daripada melihatku ketika di akhirat nanti dek kerana dosa-dosaku ini. Dek kerana aku selalu melukai-Mu dalam kesedaranku atau ketidaksedaranku ...

Aku mohon ya Allah. Janganlah Kau uji aku tentang sesuatu yang aku tidak mampu untuk memikulnya...

Ya Allah ...  Jika inilah petunjuk yang jelas, yang aku cari-cari selama ini, aku redha ya Allah. Aku pasrah. Namun, ya Allah. Aku mohon, jangan Kau uji aku sesuatu yang aku tak mampu nak pikul. Kuatkan aku dalam menghadapi hidup ini, sebagai hamba yang solehah di sisi-Mu.

Terimalah aku kembali, duhai Allah... Aku mahu jadi solehah. Aku mahu kembali, mencari jiwaku yang dahulu. Jiwaku yang mula-mula bertaubat dahulu...

Beri aku peluang ... Untuk kembali kepada-Mu ...

Ya Allah... Jangan Kau pesongkan hatiku setelah Kau beri Aku petunjuk ...
Tiada yang lebih berharga dalam hidup ini, melainkan mendapat hidayah daripada-Mu ...


******************************


Copy and paste from someone. Semoga mendapat ikitibar daripada pengalaman orang lain.
Dan... Semoga kita lebih matang dalam menjalani hidup ini. Tiada manusia yang sempurna dalam hidup ini. Kembalilah kepada Allah. 

Apabila kita ditimpa sesuatu yang kita tak jangka, kita akan lebih beringat ... Waktu itu, baru kita BENAR-BENAR sedar daripada 'lamunan' yang panjang. Kalau sebelum-sebelum ini, sekejap sedar, selepas itu buat balik ; ulang semula dosa-dosa yang sememangnya sudah tahu ianya dosa, tapi, apabila Allah timpakan sesuatu yang memang kita tak expect, waktu itu, barulah terasa kepala kita ini ibarat dihantuk oleh sesuatu sampai kita BENAR-BENAR tersedar.

'Ya Allah! Rupa-rupanya, akulah pendosa yang tegar!'

Ibaratnya, begitulah.

Nau'zubillahi min zalik. 


Sesungguhnya, kita memang pendosa. Kerana, hakikatnya, manusia memang tak akan terlepas daripada melakukan dosa pada setiap hari. Ada yang dilakukan secara sengaja, dan ada yang tidak. Sebab itu, kita kena banyakkan beristighfar. Banyakkan muhasabah. Teruskan bermujahadah. Benar, mujahadah sangat payah lagi-lagi apabila iman lemah. Saya pun, banyak kali juga tewas dalam mujahadah saya. 

Saya ingin bangun kembali. Saya ingin menang dalam perjuangan melawan hawa nafsu ini !

Cukup-cukuplah dosa-dosa yang telah saya buat selama ini. 

Untuk kita pendosa, selalu-selalulah buat solat sunat taubat. Sebaiknya, dibuat pada setiap hari. Saya tahu itu. Tapi, kadang-kadang, saya istqamah untuk tunaikannya secara berturut-turut dalam minggu itu. Kadang-kadang, tidak istiqamah. Sekali tertinggal atau sengaja tinggal, kena mujahadah untuk istiqamah mulakan semula.

Allah Maha Menilai segala usaha hamba-hamba-Nya, saya yakin itu. Dan, niat yang baik pasti dipermudahkan oleh Allah jika kena caranya. Insya-Allah.

Yuk, kita bentuk semula hati kita. Semoga kita punyai hati yang benar-benar tunduk dan patuh akan perintah-Nya. Insya-Allah. Aamiin Ya Rabb !



Mari kita hayati kata-kata di bawah ini :-




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...