Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.' "

(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)


Thursday, January 30, 2014

Ya Allah... Aku Jatuh Cinta !

Bismillahirrahmanirrahim.
Mungkin ada yang agak terkejut dengan perkongsian saya kali ni. Rilex....~
Baca sampai habis dulu. ^_^v


REMAJA DAN CINTA

CINTA? Ramai yang teruja dengan perkataan ini, betul? Dan cinta.... selalu dikaitkan dengan remaja. Biasanya remaja la. Sebab jiwa remaja ni, berbeza. Jiwanya bergelora. Kadang-kadang, suka mencuba sesuatu yang baru. Sewaktu remaja ni lah, kita nak ‘cipta’ cerita yang indah-indah belaka. Walau cerita duka pasti ada, tapi jadikan ianya suatu pengalaman yang sangat memberi pengajaran. Maka, pasti cerita duka itu menjadi sesuatu yang bermanfaat supaya kita dapat jadi manusia yang sentiasa beringat. :)

Fitrah semulajadi manusia, dia nak disayangi.... Nak menyayangi.... Nak dicintai.... Nak mencintai.... Tapi, fitrah ini, jika tidak diuruskan dengan baik maka ia akan bertukar menjadi FITNAH. Inilah yang Ustazah Fatimah Syarha selalu bicarakan. Ya Allah, saya sungguh takut jika fitrah saya bertukar menjadi fitnah. Nau’zubillahi min zalik!



BAGAIMANA FITRAH BERTUKAR MENJADI FITNAH?

Fitrah bertukar menjadi fitnah apabila syariat Allah diketepikan. Ya Allah... Nau’zubillah... T_T
Zaman sekarang ni, ramai sangat orang Islam yang ‘mengamalkan’ budaya couple. Astaghfirullah... Lindungi hamba ya Allah.... T_T

Ramai sangat orang yang mabuk cinta manusia. Selalu calling2 time malam-malam... Pukul 2, 3 pagi pun, masih bergayut kat telefon. Sanggup melayan cot cet cot cet sampai larut malam. Hilang terus rasa ngantuk! Sanggup tak tidur sebab melayan si dia sampai larut malam ye? Astaghfirullah... Nau’zubillah.... Kan bagus kalau spend masa untuk baca Al-Quran dan tadabburnya sampai larut malam. Bukannya dok melayan boypren atau gelpren... Nau’zubillah... T_T

Ada jugak yang saya tengok, lepas solat terus tengok handphone. Sebab nak check mesej daripada si dia yang tersayang..... Astaghfirullah. Fokuslah, awak. Awak tu baru lepas solat. Baru lepas menghadap Allah. Lupakanlah sekejap hal dunia tu. Saya teringat kata-kata ustazah saya,

“Kita kalau nak tahu seseorang tu ataupun diri kita sendiri, khusyuk atau tidak sewaktu solat tadi, cuba kita perhatikan, selesai je solat, orang tu buat apa? Kalaulah lepas je bagi salam kedua, orang tu terus capai handphone, terus bercakap perkara-perkara lagho, itu tandanya, orang tu memang tak khusyuk time solat tadi. Confirm orang tu dok terfikir perkara lain time solat. Kalau siap je solat, orang tu terus capai handphone, tu tandanya, orang tu dok terfikir pasal handphone dia je time solat tadi. Kalau dia terfikir pasal makanan time solat, confirm lepas solat tu, dia mesti akan cakap pasal makanan.”

Haa. Tak percaya? Kamu boleh buat ‘siasatan’ dan ‘pemerhatian’ kamu sendiri. :)

Tapi, saya sangat setuju dengan apa yang ustazah saya perkatakan. :)

Lagi satu. Saya tengok, orang yang sedang mabuk bercinta ni, dia selalu nak control suara dia time bercakap dalam telefon. Lembut-selembutnya dia akan kawal suara dia. Perlahan-seperlahannya dia akan bercakap dengan si dia. Allahu rabbi..... Buat apa nak control macho atau control ayu? Tak payahlah gitu... Buat apa control macho atau control ayu kalau tak reti nak control rasa MALU?
Malulah pada Allah.... Malulah pada Allah... Malulah pada Allah yang sentiasa memerhatikan kita. Yang sentiasa mengawasi gerak-geri kita.

Soal hati... Soal perasaan... saya tahu memang sangat berat nak dipikul. Saya pun manusia. Saya pun remaja. Tapi, mohonlah pada DIA yang Maha Menerbitkan rasa cinta agar memberi kita kekuatan untuk memelihara rasa cinta itu. Agar cinta itu diberkati-Nya. Agar cinta itu dirahmati-Nya. Agar cinta itu mengikut panduan Tuhan, bukan panduan syaitan. Agar cinta itu mengikut panduan wahyu, bukan panduan nafsu.



Cinta ini... kalau tidak dipelihara mengikut acuan syariat-Nya, saya takut akan mendapat murka. Saya percaya, kamu juga takut dengan murka Allah, betul? Jadi... Kuatkanlah iman. Kuatkanlah pegangan. Jaga diri. Jaga hati. Andai suatu masa, kita benar-benar teruji dan diuji, mohonlah pada Allah agar sentiasa memberi kita petunjuk untuk mengharungi hari-hari mendatang yang tidak akan lekang dengan dugaan dan godaan.

Hidup di dunia ini adalah untuk Allah. Kematian kita juga adalah untuk Allah. SEMUANYA adalah semata-mata untuk Allah. Kalau kita hilang cinta manusia, kita masih boleh berpijak di bumi yang nyata seperti biasa. Namun, jika kita hilang cinta Allah, ahh, sungguh tak bermakna segala-galanya. Kalau hilang cinta Allah, kita takkan boleh rasa bahagia SELAMA-LAMANYA! Ya Allah...... T_T

Letakkan target dalam hidup ialah MARDHATILLAH. Iaitu, inginkan keredhaan daripada Allah subhanahu wa ta’ala. Jika Allah tak redha dengan kita, ya Allah..... alangkah sia-sianya amal yang kita lakukan selama ini. Jadi, bila kita nak buat apa-apa keputusan dan tindakan, utamakanlah Allah. Dalam hidup ni, kita sentiasa mempunyai pilihan. Cuma 2 pilihan. Iaitu, sama ada pilihan yang membawa ke arah kebaikan atau keburukan. Dan pilihan yang dipilih itulah yang akan membawa kita ke 2 tempat di akhirat kelak. Iaitu, sama ada SYURGA atau NERAKA. Saya yakin, semua nak masuk SYURGA kan? Jadi, pilihlah pilihan yang membawa kebaikan. Jangan diturutkan godaan syaitan. Kuatkan iman, mantapkan pegangan. Insya-Allah.


DARIPADAKU UNTUKMU...

Apabila kita dicintai dan disayangi... begitu bahagia sekali! Namun.... Bersederhanalah. Berpada-padalah. Jangan sampai ter’over’ tingkah. Jangan sampai cinta yang suci itu dinodai oleh nafsu. Banyakkan berdoa pada Allah... Banyakkan mengadu pada Allah... Banyakkan muhasabah... Semoga kita bersifat sengan sifat wasatiyyah.... Insya-Allah...

* Wasatiyyah = kesederhanaan

Apabila kita dicintai dan disayangi... hati begitu berbunga-bunga sekali! Kadang-kadang tersenyum sendiri. Beringatlah. Jangan sampai terlalu asyik dengan cinta duniawi. Ingatlah Allah. Ingatlah Allah. Banyakkan zikrullah. Apabila kita jatuh cinta, dekatkanlah diri dengan Allah. Makinlah rapatkan diri dengan Allah. Semoga cinta kepada Allah takkan pernah berubah. Semoga cinta kepada Allah tak sirna tatkala hadirnya cinta manusia.

Ya Allah... Bimbangnya hati ini. Resahnya hati ini. Jika ‘rasa’ yang KAU terbitkan ini, membuatkan diri ini semakin lalai. Ya Allah... Takutnyaa... T_T

Banyakkan istighfar. Banyakkan selawat. Banyakkan mengaji. Banyakkan berfikir untuk berzikir. Insya-Allah. Jika suatu masa kita tersasar, kembalilah kepada Allah. Susulkan sesalan itu dengan memohon keampunan daripada-Nya. Buktikan melalui tindakan bahawa kita benar-benar sesal dengan kelalaian dan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Buktikan kepada Allah. Ya, buktikan kepada Allah, bukan sekadar sesalan di lisan, tetapi susulkanlah dengan tindakan. Buktikan !

“Katakanlah! Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)”. (az-Zumar: 53-54)

Emm. Saya nak kongsi satu ceramah ni. Ceramah tentang cinta. Tajuknya ‘Makna Cinta Kita’ yang disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha. Bagus sangat ceramahnya. Kalau ingin cinta kita itu terpandu, bolehlah tengok ceramah ni. Banyak input yang kome akan dapat, Insya-Allah. Ada masa nanti, downloadlah dari Youtube. Kalau saya ‘dahagakan’ nasihat tentang cinta ni, saya akan tengok lagi ceramah tu walaupun dah berulang-ulang kali tengok. Saya cuma ingin, fitrah ini sentiasa terpelihara tanpa noda..... Saya takut. Takut azab Allah. T_T


Itulah saja yang dapat saya kongsikan. Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca fikrah saya. Jika ada sebarang pendapat nak dikongsikan, tinggalkanlah komen di bawah ye. Insya-Allah. Saya pun sangat mengalu-alukan perkongsian fikrah daripada orang lain. Jazakumullahu khairan katsira. :)



**************************************

Mari kita amati dan hayati kata-kata di bawah ini : 


Monday, January 27, 2014

Cintaku Tidak Jitu. :'(


Ini situasi yang berlaku pada hari Khamis lepas. Dah lama nak kongsi. Tapi, tak berkesempatan sangat.


Khamis lepas, ada program Iftar (berbuka puasa) anjuran Persatuan Siswa Siswi Islam (PSSI) PUO. Tajuk yang dibincangkan pada malam tu adalah tentang 'AQIDAH'. Isu yang sangat penting untuk dibahaskan bagi umat Islam. Alhamdulillah, dapat juga pengisiannya walaupun sekejap cuma penyampaiannya.


Habis je program, ada seorang lelaki (yang saya tak pasti sem berapa), buat permintaan pada pengacara majlis untuk beri kesempatan pada dia berqasidah. 

"Saya selalu rasa rindu pada Rasulullah. Kadang-kadang, saya jadi tak fokus sangat dalam kelas sebab terlalu rindu. Sampaikan dalam kelas pun, saya selalu alunkan 'Wahai Purnama.... Wahai Purnama...'. Nak ceritanya, Rasulullah ni, lebih indah daripada bulan purnama.", kata lelaki itu.

Saya dan sahabat-sahabat yang lain mendengarnya dengan penuh khusyuk. We're touched, actually. Huhu.

"Rasulullah... Selalu berkorban untuk umatnya. Tapi, kita ni, kedekut sangat nak berselawat pada Rasulullah. Sampaikan, Syeikh saya pernah kata, Rasulullah pernah tanya, 'kenapa umat-ku tak mahu berselawat kepada-ku? Kenapa terlalu sedikit umat-ku yang berselawat kepada-ku?'. ", sambungnya lagi.

Tiba-tiba...

Suara si lelaki tadi bergetar. Kata-katanya tersekat-sekat.

Saya terkesima. Allahu... Tinggi sungguh kecintaan dan kerinduan lelaki ini terhadap Rasulullah Sallahu 'alaihi wasallam. Sampaikan.... sebut sahaja 'Rasulullah', air matanya sudah mula bergenang. Kata-kata menjadi tersekat-sekat. Dek kerana, perasaannya yang terlalu mendalam.

Subhanallah. Hingga ke saat ini, saya tak boleh lupa situasi yang berlaku pada malam tu. Terselit juga rasa kagum pada si lelaki tadi.

Saya melihat ke dalam diri. Ya Allah... Begitukah sikapku terhadap Rasul-Mu? 
Ya Rasulallah... Maafkan daku, kerana rinduku dan cintaku kepada-mu masih belum benar-benar jitu... 
Adakah palsu? Ya Allah... Nau'zubillahi min zalik. 




Ya Allah.... T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...