Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.' "

(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)


Thursday, February 24, 2011

Jangan Mudah Melafazkan 'CINTA'

" Tulp! ", ruang chat di Facebook berbunyi. Yusra yang sedari tadi yang 'khusyuk' melayari internet terkejut. Dia segera menggerakkan tetikus lalu menekan ruang chat tersebut.




' Salam, Yusra.... ', Nazira yang merupakan rakan sekelasnya menyapa.


' Wassalam, Zira.... ', balasnya.


' Zira ada nak minta pendapat Yusra ni. Harap Yusra boleh tolong Zira.'


' Insha Allah, Zira... Kalau Yusra boleh tolong. Ada apa tu? '


' Macam ni. Yusra tahukan pasal perasaan Zira pada Farhan tu? Zira dapat rasakan yang perasaan Zira pada dia semakin mendalam sampai Zira lukakan hati Zainal, boyfriend Zira yang sekarang. Zira tak nak buat macam tu. Zira ingat, dengan couple dengan Zainal, Zira boleh lupakan Farhan. Tapi, tak tahulah kenapa, Zira memang tak boleh lupakan dia langsung. Malah, perasaan Zira pada Farhan semakin mendalam lagi daripada yang sebelumnya. Zira betul-betul sayangkan Farhan. Tolong Zira, Yusra...... Tolong.........'


' Ok, macam ni la Zira. Cinta memang lumrah. Semua orang nak menyayangi dan disayangi. Tapi tengok balik cara kita, betul ke cara macam tu yang patut kita buat untuk buktikan yang kita sayang pada seseorang tu. Kalau kita sayang seseorang tu kerana Allah, kita takkan rasa resah, gelisah dan kalau ada orang suka pada dia pun, kita tak marah sebab dia memang layak disayangi semua orang kalau akhlaknya baik lagi pun dia bukan betul-betul HAK kita. Zira tahukan, simpan perasaan pada seseorang yang BETUL-BETUL kita sayangi, kita akan dapat pahala syahid jika waktu akhir hayat kita ,kita masih tak luahkannya lagi... Doa'lah. Kalau Zira betul-betul sayangkan Farhan, Zira kena kembali kepada PENCIPTANYA, bukan MANUSIA. manusia tak dapat bantu kita sepenuhnya, Zira.....'


' Zira tahu semua tu, Yusra. Cuma sekarang ni Zira keliru dengan perasaan Zira sendiri. Zira kadang-kadang rasa sayangkan Farhan sangat-sangat sampai Zainal pun Zira tak nampak. Zainal tu baik, Yusra...... Zira tak nak kecewakan Zainal semata-mata kerana rasa sayang Zira pada Farhan... Zira betul-betul tertekan sekarang ni Yusra..... Sampai kadang-kadang tu, Zira termimpi-mimpikan Farhan. Walaupun Zira tahu, Farhan dah pun jadi buah hati orang lain, tapi Zira tetap akan sayangkan dia. Mungkin itulah yang Zainal rasa, tapi, Zira terpaksa putuskan hubungan dengan Zainal sebab Zira tak nak buat dia betambah kecewa kerana Zira.... Zira betul-betul tertekan ni, Yusra....


' Alhamdulillah kalau Nazira tahu.... Kalau tahu, mesti amalkan.. Hmmm, Nazira.... Jangan diikutkan sangat perasaan tu. Takut-takut perasaan tu dah disuntik oleh syaitan laknatullah... Syaitan tu sangat kreatif Nazira.... Perkara-perkara macam ni memang senang syaitan nak hasut. Terutama perkara yang berkaitan dengan perasaan terhadap seseorang yang berlawanan jenis... Lagi la senang 'dia' nak hasut. Zira, 'tiada cinta sebelum kahwin'.. Zira dah baca buku 'Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul' kan? Zira renung-renungkanlah kembali bait-bait kata dalam buku tu. Bagi Yusra, Yusra memang tak boleh percaya pada lelaki yang luahkan cintanya dengan cara ber'couple '... Itu bukan caranya. Dan cara tu tak ikut syariat. Walaupun orang kata dia tak buat apa-apa, tapi Yusra TAK PERCAYA. Syaitan tu kreatif dan berinovatif. Sedangkan orang yang ikut syariat pun kadang-kadang teruji, apatah lagi orang yang TAK IKUT SYARIAT.... '




' Emmmm, ok Yusra. Terima kasih atas nasihat dan sudi dengar luahan hati Nazira. Maaf ganggu Yusra petang-petang ni. Salam.....'


' Sama-sama Zira. Insha Allah... Wassalam... Jaga diri elok-elok ye.... :) ' 


' Ok. Insha Allah... Yusra pun. '


Yusra memandang ruang chat untuk kali terakhir dan menekan butang pangkah. Yusra mengerling ke arah jam mejanya. Pukul 4.00 petang. Dia segera menutup komputer ribanya.


' Hmm... Laparlah pulak. Nak makan nasi jap la.' Yusra bermonolog sendirian.


Yusra segera mengambil sepinggan nasi dan lauk.


'' Hmm, sedapnya.... Bismillahirrahmanirrahim..... Allahummaa..... '' Yusra menadah tangan dan membaca doa sebelum makan. Lapar sungguh dia.




Sambil menikmati hidangan, Yusra teringat akan masalah yang dihadapi sahabatnya sebentar tadi.


' Kenapalah manusia ni selalu mengejar cinta manusia?? Dimanakah cinta Allah diletakkan.....?? Mereka selalu fikir dengan ber'couple ' ni, jalan penyelesaian untuk meluahkan perassan cinta mereka.... Cinta?? Ada apa dengan cinta??  Ya Allah.. Aku bersyukur Engkau selamatkan aku dahulu sebelum aku hanyut dengan perasaan cinta dan sayang kepada lelaki... Syukur Ya Allah.... Engkau memang Maha Pemurah... Subhanallah.... Zira... Jangan tertipu dengan perasaan sendiri. Jangan tertipu dengan syaitan... Ah ! Aku benci syaitan ! Benciiii.....! ' hati Yusra berkata-kata dan meronta-ronta. 


" Uit ! Yusra ! Fikir apa tu? Tembus pinggan tu Yusra tenung lama-lama. Haha....." tegur abang Yusra, Ubaidah, sambil mencuit perutnya.


Yusra terkejut.


" Ish abang ni ... Terkejut Yusra. Kalau Yusra mati baru tahu. " Yusra membalas sambil mencebik.


" Tipula dia ni. Mana ada sampai buat orang mati.... Hahaha.. Jangan merajuk pulak ! Hahaha...." Ubaidah yang berumur 22 tahun membalas. Yusra pula berumur 18 tahun yang merupakan pelajar Tingkatan 6 di sekolah menengah yang berdekatan dengan rumah mereka. Yusra dan Ubaidah memang sangat akrab. Maklumlah, dua beradik sahaja.


" Hmmm.... Ye la, abangku Ubaidah...." Yusra memandang ke arah abangnya dan meneruskan suapan demi suapan ke mulutnya.



*******************************************************************************************
Wahai hamba-hamba Allah sekalian,

Apa yang nak saya sampaikan melalui kisah yang ringkas tadi ialah.................

Janganlah mengejar cinta manusia sebelum mengejar cinta Allah...... Dugaan waktu remaja memang sangat kuat. Saya juga remaja. REMAJA BIASA. Banyak benda yang kita nak cuba waktu umur remaja macam ni. ...

Waktu bercinta, memang macam-macam kita nak buat untuk si dia.... Sanggup topupkan, sanggup habiskan kredit semata-mata nak call dia sebabnya nak dengar suara dia. Kalau tak dengar atau tak jumpa dia satu hari, TAK SAH ! Memang dah jelas cinta ni dah terjerumus oleh NAFSU semata-mata.... 

Na'uzubillahiminzalik......




Wahai sahabat-sahabat yang disayangi sekalian,


Saya tertarik dengan kata-kata Fatimah Syarha Mohd Noordin, apabila dia menyatakan :


".... cintailah Allah, maka cinta pasangan SOLEH turut kau MILIKI...."


Kalau kita bercinta waktu umur yang masih muda macam ni pun, apa yang kita dapat ?


" Ha ! Saya tahu ! DAPAT DOSA ! "


Baiklah. Saya lebih suka cerita tentang pengalaman saya bila nak bercerita ni. Sahabat-sahabat nak tahu tak yang dulu saya PERNAH BERCINTA ? 


" Hmm... Mestilah tak tahu... hehe ,"


Ya. Waktu tu saya Form 2 ( sebelum Allah S.W.T beri petunjuk-Nya pada saya ) ... Tapi hubungan saya tu, tak kekal lama sebab saya rasa serba salah. Rasa BERDOSA. Beberapa bulan je saya ber'couple ', dan kami putus. ( Jangan ikut cara saya yang ini ye.... Jangan bercinta tak ikut syariat. Nanti tak dirahmati Allah... ^ ^ )


Tapi saya sangat bersyukur kepada Allah, kami tak pernah jumpa pun sebab saya kenal si'dia' melalui telefon sahaja... Dan sekarang saya dah pun tukar nombor telefon saya supaya saya tak dapat berhubung dengan si'dia' lagi..... Kalau kami jumpa, saya tak tahulah apa yang akan jadi... 


" Masha Allah... Syukur Alhamdulillah, Engkau selamatkan aku daripada terus hanyut dalam dunia PERCINTAAN MANUSIA yang sangat jauh daripada JALAN-MU..., "


Beberapa bulan selepas tu lah, pintu hati saya terbuka untuk terima petunjuk-Nya melalui sebuah novel Islamik. Alhamdulillah ~  ...




Walaubagaimana pun, PENGALAMAN banyak mematangkan diri saya... Insha Allah ~  ...


Sekarang saya dapat bezakan yang mana KACA yang mana PERMATA .... Alhamdulillah... Insha Allah..


Saya rasa Allah tu memang sangat PENGASIH dan PENYAYANG... Kalau dulu saya jauh daripada DIA, DIA semain DEKAT dengan saya... Walaupun dosa saya menggunung tinggi... Terlalu banyak sampai TAK TERKIRA...


" Ya Allah... Betapa penyayang-Nya Engkau... Subhanallah.... ,"


Firman Allah S.W.T : 
Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya", - sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah pertunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan) lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).
(Az-Zumar 39:3).


Wahai saudara-saudara perempuanku sekalian,


Dengarlah pesanan tulus ikhlas daripada hamba Allah yang sangat lemah ini...


Janganlah percaya dengan kata-kata dan janji-janji manis lelaki... Kalau benar si 'dia' lelaki yang baik, 'dia' takkan menjerumuskan kamu ke arah maksiat. Si 'dia' tidak akan mengajakmu untuk bercinta....


Kamu nak tahu apa sebabnya ??


Dengan ber'couple' , semua benda yang kita / mereka buat, semata-mata kerana NAK NAMPAK BAIK... Agak-agaknya lah, NAK NAMPAK BAIK depan ALLAH atau MANUSIA yang 'dicintainya' ??




Dengan ber'couple' , kita 'angau' dengan dunia kita sendiri. Kita lupa Allah, kita LUPA DIRI kita... Kita boleh berubah serta merta kerana 'CINTAKAN' si'dia'...


" Bukan macam tu lah, Husna.... Aku dulu pemalas, tapi sejak aku kenal si'dia' , aku jadi SEMAKIN RAJIN.. Si'dia' selalu ajak aku pergi study sama-sama, kalau keluar pergi jalan-jalan ( dating ), bila dah masuk waktu solat, 'dia' selalu ajak aku pergi sembahyang dulu... 'Dia' BAIK, Husna.... 'Dia' ingatkan aku dan ajar aku tentang HIDUP.... 'Dia' suruh aku pakai tudung bila nak keluar rumah... Aku pun pakailah... 'Dia' memang baik, Husna.... "


Tidak, tidak, tidak. Kamu buat semua tu kerana ALLAH atau MANUSIA? Kamu jadi rajin kerana ALLAH atau kerana MANUSIA? Kamu pakai tudung kerana ALLAH atau MANUSIA?


Itulah yang saya maksudkan, NAK NAMPAK BAIK . NAMPAK BAIK di mata MANUSIA... Pernah tak kita terfikir :


" Hish, kalau aku buat macam ni, apa pulak ALLAH kata? TAK MANIS di pandang ALLAH... Malulah... "


Sebaliknya :


" Hish, kalau aku buat macam ni, apa pulak ORANG kata? TAK MANIS di pandang ORANG. Malulah... "


Allah berfirman yang bermaksud: 
“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” 

(Surah ali-‘Imran: ayat 31) 


Dengan ber'couple', kita selalu MENGAWAL suara kita bila nak bercakap dengan si'dia'... Lunak sangat suara. Lembut sangat. LEMBUT GIGI daripada LIDAH... Masha Allah... 


Saya teringat kata-kata Imam Muda Asyraf :


" Suara tu tak aurat. Tapi suara yang DILUNAK-LUNAKKAN dan DILENGGOK-LENGGOKKAN itu AURAT. "


Na'uzubillahiminzalik..


Dan yang paling penting dan bahaya, kita menyibukkan diri kita untuk MERINDUINYA... Kita menyibukkan diri kita untuk mengingatinya di setiap detik dan waktu..


Alangkah baiknya kalau kita MENGINGATI ALLAH di setiap detik dan waktu...


" Husna.. Saya rasa rindu sangat dengan si'dia'... Sampai tak boleh tidur malam.. Masuk dalam mimpi saya... Hampir setiap hari... Saya terlalu 'mencintai' 'dia' la, Husna ... "


Masha Allah... Na'uzubillahiminzalik...


Dengan ber'couple' juga, kita sanggup datang jauh-jauh semata-mata nak tatap wajah 'kesayangan' si'dia'...


Dengan ber'couple' , kita sanggup habiskan duit semata-mata nak buktikan rasa kasih dan sayang kita kepada si 'dia'....


" Boyfriend I yang sekarang ni baik sangat-sangat, Husna... Dia selalu topupkan I. Kalau nak keluar dengan I pun, dia kata tak payah bawa apa-apa. Bawa diri je. Dia sponsor semuanya... "


Masha Allah... Na'uzubillahiminzalik....




Dengan ber'couple' , semua benda kita nak buat untuk si'dia'. Semua kemahuan si'dia', kita sedaya upaya nak tunaikan....


Masha Allah... Na'uzubillahiminzalik....


Wahai saudara-saudara perempuanku sekalian,


Saya di sini bukan bercakap kosong. Saya berkata-kata melalui pengalaman lampau saya.


PERCAYALAH. Semuanya TIPU. 


" Apa yang tipu ?? "


Percintaan di alam remaja ni semuanya PALSU. TIPU. Jangan PERCAYA.


Saya nak ingatkan sekali lagi. Lelaki yang BAIK, tidak akan sekali-kali menejerumuskan diri kita ke arah MAKSIAT. Dia takkan mengajak kita untuk BERCINTA . BER'COUPLE'. Percayalah...




" Saya rasa , saya dah JATUH CINTA pada awaklah... Kita COUPLE boleh? Itupun kalau awak sudi.... "


Tidak, tidak, tidak... Jangan PERCAYA. Saya ulang sekali lagi, saya bercakap melalui PENGALAMAN walau perkara yang berlaku pada saya tu, beberapa bulan sahaja... Tapi Alhamdulillah, peristiwa lampau banyak mengajar saya. Mengajar saya untuk menghadapi kehidupan yang akan datang. Insha Allah ~ ... Semua tu terjadi kerana adanya IZIN daripada ALLAH... Alhamdulillah ~


Sekarang, saya dapat menilai antara KACA dan PERMATA... Mudah-mudahan, Insha Allah ~




Wahai hamba-hamba Allah sekalian,


Jangan mudah melafazkan CINTA... Cinta yang saya maksudkan, cinta kepada mereka yang berlawanan jantina... PARAH nanti... Percayalah... Maksud saya, cinta yang suka-suka tu, yang saja nak rasa macam mana COUPLE tu... Cinta yang ini memang bertentangan dengan syaria't... kan ? ^ ^


Kadangkala, Allah datangkan perasaan tu awal pada kita sebab Allah nak UJI kita. Allah tahu kita KUAT untuk menghadapi dan menerimanya. Percayalah. Cintailah seseorang kerana Allah... Tak kisahlah, ibu bapa ke, guru-guru ke, kawan-kawan ke, dan semua umat islam... Insha Allah ~


Rasulullah S.A.W bersabda :
Tiga perkara menyebabkan terasa kemanisan iman, Allah dan Rasul-nya hendaklah dicintai lebih daripada yang lain,mencintai manusia kerana Allah semata-mata dan benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya seseorang jika dicampakkan ke dalam api neraka”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Andai hatimu tertaut pada seseorang setelah hatimu tertaut pada cinta Allah dan Rasul, simpanlah perasaan itu. SIMPANLAH. Tak perlu zahirkan dengan perbuatan atau lisan kepada si'dia'.. Cukuplah Allah sahaja yang mengetahui kerana Allah Maha Mengetahui SEGALA ISI HATI...  DOA'LAH... Andai 'dia' memang jodohmu, 'dia' tidak akan ke mana. Allah akan datangkan juga si'dia' kepadamu. Doa'lah.. Doa' sahaja yang dapat membantu kita. Doa' kan senjata Mukmin.... ^ ^


Dan yang paling penting, SABAR... 


Saya juga tertarik dengan kata-kata Hilal Asyraf :



" Hal ini kerana, definisi ‘cinta’ saya adalah: “Hendak bersama dengan dia ke syurga. Iya. Itulah dia ‘Cinta’ pada saya. Selain definisi itu, saya tidak akan menerimanya. "


" Bukan ‘dapat kahwin dengan dia atau tak dapat’ yang kita risaukan. Saya tidak pernah mengambil ukuran ‘dapat kahwin dengan dia atau tak dapat’ sebagai ukuran kejayaan sesuatu percintaan. Tetapi kejayaan sesuatu percintaan itu pada saya adalah, ‘berjaya ke syurga bersama-sama dengan dia, atau tidak’. Itu dan itu sahaja. "


Gambar hiasan : Pasangan yang telah membuktikan bahawa mereka tidak bercinta sebelum kahwin, tetapi mereka sangat bahagia dan lebih bahagia. Insha Allah ~ ^ ^



Semoga hidayah Allah kekal bersama orang-orang yang mencari redha-Nya. Dan semoga rahmat Allah kekal bersama orang-orang yang berkasih sayang kerana-Nya....  Semoga kita juga kuat untuk menepis dugaan CINTA LELAKI....
Insha Allah~ 
Amin~

Usah mengejar CINTA, sebelum mengejar CITA....

Oleh itu, wahai sahabat-sahabat yang kukasihi kerana Allah, CINTAILAH yang MAHA MENCINTAI.. Kamu tidak akan berasa resah apatah lagi berasa gelisah..


Allah S.W.T berfirman: 
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram"
(Surah ar-Ra'du : Ayat 28)

Wallahua'lam.... ^ ^















1 comment:

  1. Assalamualaikum. Terima kasih di atas teguran dan nasihat yang diberikan.Saya masih remaja dan tidak dinafikan gelora jiwa remaja amat kuat dan saya masih lagi di alam persekolahan menengah. Kadang² terpikir jugak, kawan² yang jenis suka bercouple ni macam mana la pemikiran diorang. Sampaikan, ada sorang kawan saya ni pernah mintak nasihat "cinta" dari saya, saya pernah couple pon๐Ÿ˜…

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...